Showing posts with label saudi arabia-umrah. Show all posts
Showing posts with label saudi arabia-umrah. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

penyucian jiwa ditanah suci...last part

entri pt.7...

20 mac 2014...
sedih....nak balik KL dah...hari ni nak kena buat tawaf wida' aka tawaf selamat tinggal sudaa...so pagi ni just packing bag utk make sure tak lebih muatan..haha untuk saudi airlines, new rules..luggage up to 25kg only...cerita pasal tawaf wida' ni, nak kena tahu jugak pantang larang selepas tawaf ni, kalo tak sia-sia je tawaf tapi tak diterima...

antara larangan yang ustaz bagitau tak boleh buat;

  • ambil gambar- gambar korang ke kaabah je ke bangunan ke scenery ke semua pon tak boleh!!...tapi ni la yang ramai buat.so jangan gedik nak posing bagai lepas tawaf tu terus keluar je, jangan pandang belakang lagi dah.kalo nak posing jugak, make sure sebelum tawaf ok.
  • shopping- ni lagi satu...lepas tawaf tetiba teringat souvenir tak cukup lagi..jangan mengada nak bershopping lagi..kalo nak beli jugak, tunggu kat airport jeddah...borong la satu troli pon xde sape nak marah...tapi kalo setakat nak beli jajan & air makan semasa perjalanan, itu dimaafkan.
  • lepak masjidil haram-memang kita tidak dibenarkan stay lama kat masjid selepas selesai tawaf wida'...kena keluar terus...contoh macam aku, selesai tawaf wida' kul 11.30pagi, waktu zohor kul 12.30tghari, tapi aku dah tak boleh tunggu untuk solat berjemaah dah...so, solat kat hotel je la...
  • pastikan korang tak terbawa balik apa-apa dari tanah haram...even butir pasir yang melekat kat tapak kasut/selipar pon tak boleh ok...kena cuci bersih.
  • tidur kat hotel- pon tak boleh..kalo tertidur tu dimaafkan, tapi kalo saje je dok baring atas katil then terlelap...itu dikategorikan sebagai sengaja nak tidur...
tu je la kot...setakat yang aku ingat....tawaf wida' ni WAJIB ye kawan-kawan, sesiapa yang meninggalkannya dikenakan dam..

Mazhab hanafi,Hanbali,Syafie dan Jumhur ulama.
  Dalilnya:


(لا ينفرن احد حتى يكون آخر عهده بالبيت)

Maksudnya:"Janganlah seseorang itu meninggalkan (baitillaharam) sehinggalah diakhiri dengan baitillahilharam(tawaf wada')".

sebelum tawaf wida'...us@ the best place on earth;p

selesai tawaf,balik hotel, lunch dan gerak ke airport jeddah kul 2.30 petang...perjalanan ke airport ambil masa dalam 45minit...keluar je sempadan tanah haram, terungkailah semua pantang larang tawaf wida' tadi...so dah boleh nak selfie ke tidur ke shopping ke....maka berakhirlah sudah kembara penyucian jiwa untuk kali ini...dengan harapan yang mengunung untuk datang lagi dan lagi dan lagi...insyaallah.

flight jam 10.30pm waktu saudi aka jam 3.30am waktu malaysia...
 
jeddah-riyadh lebih kurang 1jam je, cam kb-kl...transit kat riyadh jap...dalam 1-2jam untuk ambil makanan,tukar cabin crew, isi minyak....tak perlu turun pon.

babai riyadh...hello KL! in 7hrs...

* fyi...harga petrol kat saudi 0.50sar/liter, diesel 0.25sar/liter....kat mesia??errrr pitam terus;c
.
.
.
till then
xoxo.



Sunday, March 30, 2014

penyucian jiwa ditanah suci...pt.7

entri pt.6...

19 mac 2014; hudaibiyah,ladang jamal, umrah ke-4

sehari sebelum pulang ke KL...waaa...sedih...kalaulah aku boleh hentikan masa....memang tak boleh la kan...hari ni kami join satu lagi ziarah tambahan ke hudaibiyah untuk miqat umrah ke-4 serta lawat ladang unta,muzium sekali...bayarannya 25sar sahaja.



lawatan ke muzium hudaibiyah...

original quran zaman Othman bin Affan..

 
kami wif maqam ibrahim                              telaga zam-zam


cantikkan bulu mataku...


penangan debu padang pasir
super cute...aloloo..kalo lah boleh rembat sekor masuk kargo...

insiden menyayat hati....;c

@ladang jamal ...ladang ke?kandang je kot...korang akan lalu sini on the way nak ke masjid hudaibiyah untuk miqat.akan nampak kandang-kandang jamal ni tepi jalan je...betul la, bulu mata jamal ni memang panjang dan cun...haha aku yang dah pakai spek itam bagai ni pon tak tahan dengan debu padang pasir ni...geng jamal ni rilek je kot...

insiden sedih aku tengok kat sini, pergelutan antara anak jamal dengan pengembala tu berebut nak susu..kalo korang perasan dalam gambar kat atas, kaki belakang ibu jamal akan diikat untuk elak kena terajang masa diorang nak perah susu...kesian..diorang perah memang tanpa belas...walaupun ibu jamal tu dok meraung mengerang kesakitan....sedih.anak jamal tu pulak terpaksa bergelut nak minum susu ibunya yang memang hak dia kot!

jadi, jangan tanya aku macam mana rasanya susu jamal tu....memang tak sanggup aku nak beli minum sebab tak nak subahat...emo tetiba hihi...ke aku je yg lebih-lebih berperikebinatangan?? tapi betul...mengalir air mata ibu jamal tu...tak tau la aku kalo tempat lain diorang perah dengan lemah lembut...jamal tu unta dalam bahasa arab...lupa nak mention plak;p

setel kat sini,terus ke masjid untuk miqat...then terus balik ke masjidil haram...sampai masjid dah nak masuk waktu maghrib...so kali ni aku tawaf lepas maghrib...selesai tawaf, azan isyak berkumandang..moralnya, kaum adam yang berhajat nak solat depan kaabah, silalah buat tawaf selepas maghrib...insyaallah dapat..ayah aku dapat solat depan hajarul aswad...tapi kaum hawa tak boleh...polis akan tarik keluar...

lepas isya', sambung saei dan tahlul....alhamdulillah....selesai umrah ke-4..moga diterima oleh-Nya.....
.
.
.
till then
xoxo.




penyucian jiwa ditanah suci...pt.6

entri pt.5...

17 mac 2014; ceramah agama & tahlil

hari ke-8 kembara aku di tanah suci...cepat sungguh masa berlalu...hari ini kami berkumpul di dewan makan untuk mendengar ceramah bertajuk kelebihan kota mekah yang disampaikan oleh ustaz yg namanya aku dah lupa.....hihi.nama je lupa...isi ceramah tu aku ingat lagi....antara kelebihan kota mekah;


  • kaabah : ini dah tentu...mana ada kaabah kat tempat lain kan? tak payah aku nak cerita panjang pasal kaabah ni, yang memang semua dah tahu tentang kemuliaannya...
  • pahala 100000x ganda: Allahuakbar...mana nak dapat?sekali solat kat masjidil haram ni dapat pahala banyak ni??so jangan nak mengada solat kat hotel bila dah sampai sini...sangatlah rugi...tapi kalo dah tak mampu sangat sampai kena mengesot g masjid tu...dimaafkan la kot
  • air dari syurga: air apa lagi kalo bukan air zam-zam...air yang tak kan kering sampai bila-bila...
  • tempat mustajab doa: Subhanallah...di multazam,maqam ibrahim, hijir ismail, rukun yamani,hajarul aswad,atas bukit safa & marwah dll...berdoalah setiap saat dan detik berada di kota suci ni...mintak lah ko nak mintak apa..sesungguhnya Allah SAW tu maha mendengar,maha mengasihani,maha pemurah....
  • solat jenazah: kat sini setiap kali lepas solat 5 waktu, mesti ada solat jenazah...yang pahalanya seberat jabal uhud...so jangan malas nak buat solat ni...kejap dan senang je pon...takde ruku',takde sujud cuma 4x takbir je.....senang-senang je nak tambah pahala
  • tempat lahir junjungan besar Rasulullah SAW....



heavy construction @ masjidil haram...

18 mac 2014; umrah Tanaiem & gua hira'



ada 3 lokasi untuk bermiqat apabila kita berada di mekah ni, di masjid jaranah tempat aku miqat 2 hari lepas, masjid tanaiem yang akan aku pergi untuk miqat umrah kali ke-3 ni dan hudaibiyah yang akan aku pergi esok.boleh refer gambar diatas. lokasi miqat ni berada di border tanah halal sebelum masuk tanah haram ye kawan-kawan. tanah haram hanya boleh dimasuki oleh umat islam sahaja...

umrah kali pertama aku buat antara lepas waktu isyak & subuh, umrah ke-2 selepas waktu zohor dikala terik pancaran sang mentari.untuk umrah kali ke-3 ni, aku buat pagi sikit dalam kul 10.30am...

malam pulak aku decide nak buat ziarah tambahan ke gua hira' dengan bayaran 25sar sahaja...alang-alang dah sampai sini, semua tempat pon aku nak pergi selagi boleh kan...


 #jabal Nur @gua hira'

mission accomplished!haha jabal nur berjaya di tawan dalam masa 40minit...gigih aku mendaki ditemani sinaran bulan mengambang sambil dihidangi permandangan indah lampu neon kota mekah....nun jauh tersergam indah menara abraj al-bait aka menara jam tertinggi di dunia...big ben london pon kalah okeh...

nampak tak ramai dok tunggu turn nak solat kat dalam gua yang super kecik tu?gua hira' la tu, tempat Rasulullah SAW mendapat wahyu yang pertama ketika berusia 40tahun...gigih sungguh...aku yang belum masuk 30-an ni pon dah mengah nak naik gua ni...Rasulullah SAW setiap hari kot turun naik bukit ni nak ambil makanan yg dihantar isteri tercinta Siti Khadijah....respect!

semua berjaya menawan puncak jabal nur ni kecuali mak aku yg kena tinggal tengah jalan...haha terus patah balik turun...tak larat.sepanjang pendakian ke puncak, korang akan jumpa peminta sedekah lebih dari 10 orang...so sediakan duit 1 riyal secukupnya...senang nanti kalo nak sedekah...kalo korang rasa nak bagi lebih pon tarak hal...lagi bagus kan...bukan mandatori kena bagi 1 riyal ni..jangan salah faham pulak..
aku hentam bagi rm1 je..sebab duit riyal aku xde yang kecik...yang ada cuma note 50,100 riyal...kopak le aku nak bagi diorang...

.
.
.
till then
xoxo.





Tuesday, March 25, 2014

penyucian jiwa ditanah suci...pt.5

entri pt.4...

15 mac 2014; free & easy

usai solat subuh berjemaah di masjidil haram yang ganjarannya 100000 kali ganda dari masjid lain, terus gerak balik hotel untuk breakfast dan rehat.hari ni free & easy je. time to recharge energy balik, sebelum aktiviti ziarah esok.cuaca kat mekah berbeza dengan madinah.madinah lebih sejuk & nyaman udaranya.mekah ni agak panas dan berhabuk teruk akibat daripada heavy contruction yg sedang rancak dijalankan sekitar masjidil haram. so mask is a must!



16 mac 2014; ziarah luar & umrah kali ke-2


#jabal thur

sejarah ringkas pasal bukit ini ialah pernah menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW & Saidina Abu Bakar sewaktu penghijrahan dari mekah ke madinah. masa ni geng kafir quraisy mekah nak bunuh Rasulullah SAW sebab risau dengan pengaruh ajaran islam di kalangan penduduk mekah.

abu jahal la bagi idea untuk bunuh Rasulullah SAW.diorang kepung rumah baginda.masa keluar baginda ambil segenggam pasir lalu dibacakan ayat 9 surah yassin yang bermaksud;

"Dan kami adakan dihadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat"

dengan izin Allah SWT, baginda selamat keluar dan terus gerak ke madinah bersama saidina abu bakar.on the way, jumpa bukit ni, singgah untuk berlindung.masa naik kaki baginda melecet dan dipapah abu bakar sehingga jumpa sebuah gua atas bukit ni.masa kat dalam gua ni baginda terlelap di riba abu bakar.waktu baginda sedang tidur tu, abu bakar kena patuk dengan ular berbisa/kala jengking...xsure sebab banyak versi penceritaan...

sebab tak nak Rasulullah SAW terjaga, saidina abu bakar tahan je sampai akhirnya jatuh air matanya ke pipi Rasulullah SAW. selepas diceritakan saidina abu bakar, baginda terus ludah ke kaki sahabatnya itu sambil baca al-fatihah.dengan izin Allah SWT, terus sembuh.tu lah sedikit sebanyak ceritanya...nak tau lebih boleh gugel..

#padang Arafah
padang Arafah dari kejauhan...

destinasi seterusnya di luar tanah haram iaitu Padang Arafah yang jaraknya kira-kira 18km dari kota mekah.
bagi jemaah yang melaksanakan ibadah haji, mereka dikehendaki berkumpul di sini sekurang-kurangnya sebelum atau di awal waktu zohor 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

wukuf diwajibkan bagi jemaah haji kerana ia adalah detik kemuncak dan merupakan syarat utama sah haji.wukuf di padang yang tersangat luas ini seolah-olah menggambarkan keadaan manusia di padang mahsyar kelak.Allahuakbar...

kami tak berhenti pon, sekadar melihat melalui tingkap sewaktu bas melalui kawasan tersebut. Sambil membayangkan betapa besarnya rahmat Allah pada hari wukuf, aku berdoa semoga dipanjangkan umur dan dapat kembali untuk menunaikan haji...insyaallah.

#jabal Rahmah
 

jabal rahmah ni terletak di sekitar padang arafah.merupakan lokasi penting yang menyaksikan pertemuan di antara Nabi Adam AS dan Siti Hawa setelah beratus tahun lamanya terpisah kerana ingkar dengan perintah Allah serta terpedaya dengan hasutan iblis maka mereka pun makan buah khuldi yang terlarang dan dihantar ke dunia.

tempat ni telah dijadikan tempat untuk bermohon jodoh rentetan peristiwa itu. tapi sebagai umat islam yang percaya bahawa Allah itulah satu-satunya tempat untuk kita bermohon, maka pohonlah kepada Allah SWT dan bukan jabal rahmah ni. lebih afdal kiranya doa disampaikan sewaktu berada dihadapan rumah-Nya Kaabah dan di tempat-tempat yang mustajab doa contohnya di multazam, antara hajarul aswad & pintu kaabah.

tapi aku panjat gak bukit ni,hihi saja nak ambil feel...

#Mina
nampak atas bukit tu?kat situ penempatan golongan diraja Arab Saudi di Mina waktu musim haji...sila jangan mimpi nak satu khemah dgn kerabat okeh...kita golongan kebanyakan ni dok khemah putih tu je.

khemah putih ni kalis api tau..

#masjid Ja'ranah

lepas setel ziarah, kami singgah di masjid ni untuk niat umrah kali ke-2 dan solat sunat ihram. masjid ni memang menjadi lokasi tumpuan bermiqat walaupun  lokasi miqat ini adalah yang paling jauh jaraknya dengan masjidil haram, kira-kira 16km. setelah selesai semua,tanpa berlengah kami gerak balik untuk ibadah umrah kali ke-2 ni...
.
.
.
till then
xoxo.










penyucian jiwa ditanah suci...pt.4

entri pt.3...

13 mac 2014...ceramah agama perjalanan umrah & tahlil

so, sebelum ke kota mekah, aku nak share sikit bila kat madinah ni;

  • datang awal ke masjid untuk dapat tempat selesa...at least 1hr 30min-2hr sebelum masuk waktu
  • masuk masjid tak boleh bawa kamera,nanti polis dia akan check masa nak masuk...sorok2 sikit kalo degil nak bawak jugak
  • jangan beli quran utk wakaf yg dijual merata depan masjid, sebab cetakan dari sumber yang memang  tak di terima di masjid nabawi....korang bawa masuk tak pe, tapi lepas tu petugas masjid akan datang kutip balik dan dibawa keluar ke masjid lain.kalo nak wakaf bincang dengan mutawif masing2...diorang akan tolong beli & wakafkan.
  • sila melontar dengan sepuasnya...sebab kat mekah memang mahal dan tak banyak pilihan..jubah budak kat sini dapat 25sar/pcs..kat mekah mimpi je la paling murah pon 45sar/pcs.perfume,tasbih,kurma dll mmg semua lebih murah di sini...kat mekah dah boleh fokus untuk beribadah je..
  • barang kat jabal uhud lebih murah daripada yg dijual kawasan masjid nabawi
  • kalo nak beli jubah, sila ke kedai hj.rashid, ground floor al-saha shopping center.
tu je dulu..nanti kalo ada lagi aku add on later...


till we meet again...

14 mac 2014...bertolak ke kota makkah al-mukarramah untuk mengerjakan umrah

tamatlah kembara aku di kota madinah selama 5d4n (10-14 mac 2014)...sayu sungguh masa hari terakhir nak meninggalkan kota yang penuh barakah ni...alhamdulillah aku sempat merasa solat jumaat di masjid nabawi, sebelum bertolak ke mekah...walaupon solat luar masjid di bawah pancaran terik sang mentari...hihi

gerak dari hotel jam 2.30 petang waktu madinah...waktu malaysia jam 7.30 malam.perjalanan ke mekah dalam 4-5 jam...singgah di masjid bir ali dulu untuk miqat umrah...masjid ni tak jauh, dalam 20minit je dari hotel...
masjid bir ali...

bagi jemaah dari madinah, disinilah tempat untuk miqat umrah...sampai kat sini terus solat sunat umrah & niat lah umrah...maka bermulalah pantang larang semasa ihram yang 13 itu...
  1. tutup kepala/sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti pakai songkok,serban dll, tapi boleh berteduh bawah pokok atau payung
  2. pakai pakaian bersarung, berjahit bagi lelaki
  3. menutup muka bagi wanita
  4. memakai sarung tangan
  5. memakai bau-bauan pada badan,pakaian,makanan,minuman @ menyedut ke dalam hidung
  6. memakai minyak rambut pada kepala atau janggut
  7. menanggalkan rambut@menghilangkan mana-mana bulu pada badan
  8. mengerat @ membuang kuku
  9. memotong, menebang @ mencabut pokok atau tumbuhan di tanah haram
  10. memburu binatang buruan yang halal dimakan @ membinasakannya sama ada di tanah haram/halal
  11. bersetubuh
  12. melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup,berpeluk yg menaikkan nafsu syahwat
  13. akad nikah sama ada ijab @ qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain
nasi talam..
makan nasi ni secara berjemaah seramai 5 orang.tak cukup 5 orang dia tak kan serve.nasib la kami memang dah berlima. masa ni stop kat r&r untuk makan malam dan solat jamak maghrib & isyak.aku lupa apa nama tempat ni, tapi jemaah yang datang dari madinah menaiki bas memang akan singgah r&r ni. dari sini dah tak jauh dah nak sampai mekah dalam 2 jam perjalanan lagi.


kat mekah kami stay kat hotel ni. sampai mekah jam 10.30pm waktu mekah, 3.30am waktu malaysia...huhu mengantuk & penat gila masa ni, tapi umrah perlu diteruskan, risau kalo lama sangat terikat dengan pantang larang ni kang ada yg kena bayar dam nanti...setel check-in, terus kumpul kat lobi untuk ke masjidil haram....weeee...too excited to feel tired!

best morning ever @ masjidil haram, makkah al-mukaramah!!

DONE!alhamdulillah...syukur...tawaf baitullah 7 keliling, saie 7 pusingan & bertahlul...tepat jam 3.30am waktu mekah @ 8.30 am waktu malaysia,setel umrah kali pertama...yeah..masuk masjid tunggu subuh jam 5.15am...

.
.
.
till then
xoxo.





penyucian jiwa ditanah suci...pt.3

entri pt.2...
ziarah #3: 12 mac 2014


#1: masjid Quba'
alhamdulillah...sampai juga aku ke masjid tertua di muka bumi ni...memang cantik sangat masjid ni... ada hadis mengatakan;

'barang siapa yang berwudhuk dirumahnya dan datang solat di masjid ini, maka ganjaran pahalanya adalah seperti pahala mengerjakan ibadah umrah'

so, pastikan ambil wudhuk kat hotel siap-siap ok.sampai je boleh terus solat sunat tahiyyatul masjid,dhuha,taubat,hajat dll...jarak dari hotel ke masjid ni dekat je pon dalam 20minit camtu je. kat sini pon banyak tempat untuk melontar aka shopping... term 'melontar' memang digunakan secara meluas dikalangan jemaah andalusia ni. setel kat sini, terus gerak ke destinasi seterusnya...

#2: jabal (bukit) Uhud
berlatar belakangkan perkuburan para shahid uhud...al-fatihah....

di sinilah terjadinya perang uhud pada syawal 3H/mac 625 M. tentera islam 700 org vs tentera kafir 3000 org. mengikut sejarah, tentera islam yang awalnya menguasai pertempuran meninggalkan kedudukan strategik mereka di atas bukit ni kerana berpendapat mereka sudah menang.so diorang pon turunlah nak ambil barang2 pihak quraisy. 

ini membolehkan angkatan berkuda quraisy makkah bawah pimpinan khalid bin al-walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang, menewaskan orang islam madinah. nabi kita pon cedera teruk masa ni.nampak puncak ramai orang tu?itulah lokasi yg nabi tempatkan para pemanah islam ketika perang tu..tapi dulu lagi tinggi la bukitnya..sekarang dah semakin rata dah..

#3: ladang kurma aka tamar

ladang ni sebelah jabal uhud je pon...so singgah je la..tak banyak nak cerita.kat sini boleh la tengok pokok kurma yg bersepah...ada jual kurma,coklat,kekacang dll...kurma sangat segar disini, tapi harga agak mahal kalo nak compare dengan kat pasar kurma...sebagai contoh kurma ajwa aka kurma nabi kat sini paling murah sr80-100/kg, kat pasar kurma boleh dapat sr55/kg...coklat pon mahal sr40/kg compare kat pasar hanya sr20/kg.so decide la nak beli kat mana...mak aku kat semua tempat pon dia akan melontar....hihi

kat pasar kurma aku tak snap pic pon...sebab sibuk melontar...so nak tau macam mana keadaannya?sila datang sendiri ok...hihi ayat kejam!

hasil lontaran riyal aku yg tak seberapa kat pasar kurma..almonds.apricot.choc dates.buah tin....yummeh!


#masjid Qiblatain ( 2 arah qiblat)

antara 3 masjid tertua dalam sejarah islam selain masjid nabawi & quba'. masa awal islam dulu, kiblat orang islam adalah ke arah baitul maqdis (masjidil aqsa) di jerusalem/palestine. tapi pada tahun ke-2 hijrah, bulan rejab,waktu sedang solat zohor, turunlah wahyu dari Allah kepada nabi Muhammad s.a.w unruk memindahkan kiblat ke arah masjidil haram di Mekkah. surah al-baqarah ayat 144;

'Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan'.
setelah turunnya ayat tersebut, nabi menghentikan sementara solatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke masjidil haram.sebab peristiwa inilah masjid qiblatain mendapat nama,bermaksud masjid berkiblat 2.

#masjid 7
merupakan gabungan dari tujuh masjid kecil, yang sebenarnya hanya enam masjid ditambah dengan masjid qiblatain yang dikunjungi pada waktu sama.tu yang disebut masjid tujuh tu.tidak ada perintah dari nabi mahupun dalil syari'at yang menunjukkan keutamaan untuk mengunjungi masjid-masjid ini.lagi pon sekarang ni dah tak sampai tujuh dah masjidnya...ada 2-3 je kot...

2 masjid ni aku tak sempat singgah,just lalu tengok dari dalam bas saja sebab kekangan masa.nak kejar solat zohor berjemaah di masjid nabawi yang ganjarannya 1000 kali ganda dari solat di tempat lain...

.
.
.
till then
xoxo.





Monday, March 24, 2014

penyucian jiwa ditanah suci...pt.2


11 mac 2014;

ni la tentatif program selama 5d4n kat kota madinah al-munawarah ni...semalam sampai airport, terus naik bas pulak dlm 30-40minit bergantung pada trafik la...untuk ke hotel.kat sini kami stay Mubarak Silver Hotel, bilik berlima, jalan tak sampai 5 minit dah sampai masjid nabawi...

                  

usai solat subuh, gerak balik hotel, breakfast dulu sebelum program ziarah dalam...jangan salah faham pulak, ziarah dalam ni bukan pergi jalan-jalan melawat kota madinah ni, tapi ziarah maqam nabi kita Muhammad s.a.w.aka raudhah (taman syurga).ziarah dalam masjid nabawi la maksudnya...sebab maqam nabi ni terletak dalam masjid ni. so xpayah la aku nak cerita panjang.boleh refer buku panduan je pasal doa ke adab ke dll masa di raudhah ni.


ziarah #1:  maqam Nabi Muhammad s.a.w & 2 sahabat

nampak kubah hijau tu? bawah tu la maqam nabi kita...tengok la betapa ramainya manusia dari seluruh pelusuk dunia yang datang nak menziarah....maqam nabi bersama 2 sahabat beliau, Saidina Abu Bakar as-siddiq & Saidina Umar al-khattab.bukan senang nak masuk kat sini.bagi kaum hawa ada masa tertentu sahaja boleh masuk sini. biasa aku masuk lepas subuh...pintu akan dibuka bermula jam 7-9 pagi.kaum adam boleh masuk anytime.

bila dah masuk jgn lepaskan peluang solat di raudhah & berdoa...tempat makbul doa ni.memang agak mencabar tapi tawakal je la, minta tolong dengan Allah s.w.t mudahkan segalanya, insyaallah.banyakkan sabar & istighfar...kerana masa menunggu nak masuk paling cepat lebih kurang 2 jam ok...sila bertabah disitu. aku sempat ziarah 3x je sepanjang 5 hari disana...syukur alhamdullilah.tak sabar nak ziarah lagi...


                                      
ziarah #2:  perkuburan Baqi'- sebelum & selepas dipagar

lepas setel kat raudhah, keluar ikut pintu no.19, betul-betul sebelah perkuburan ni. kaum adam boleh masuk 1 jam selepas waktu subuh dan asar. perkuburan ni terletak di tepi sebelah kanan masjid. menempatkan kuburan isteri,puteri & sahabat nabi Muhammad s.a.w.penduduk madinah dan jemaah haji dan umrah yang meninggal di madinah juga akan dikebumikan disini.kaum hawa tak boleh masuk sini.so tengok dari luar je la...selebihnya, waktu persendirian, sila gunakan dengan bijak..jangan asyik sangat 'melontar' sampai lupa tujuan utama ke kota suci madinah al-munawarah ini...

.
.
.
till then
xoxo.




Sunday, March 23, 2014

penyucian jiwa ditanah suci...pt.1


alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...hanya itu yang mampu aku ucapkan...berakhir sudah kembara 12 hari penyucian jiwa di 2 tanah suci, kota madinah al-munawarah & kota makkah al-mukaramah..moga mendapat umrah yang mabrur...amin..

ini umrah aku yg pertama...harap-harap lepas ni boleh pergi lagi...hihi pendek kata kembara kali ini memang the best la kalo nak compare dgn china ke korea ke vietnam ke..memang xboleh nak compare kot.ayah aku bertindak sebagai mahram untuk umrah kali ni.kami berlima...aku.mak.ayah & 2 orang akak aku. flite aku ke madinah 10/3/14 jam 3.00 petang...dua hari selepas kehilangan pesawat MAS MH370...sedih.masa sampai klia, penuh dengan press yg masih berkampung untuk membuat liputan berita ditambah pulak dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai penumpang dan krew terlibat.sayu je....

aku naik Saudi Arabian Airlines...jakun jap..hihi selama ni asyik naik AA dgn MAS je kot..aku saja pilih saudi, tukar angin sikit...overall memang best...kapal dia besar, seat pon luas, makan pon best dan yg paling penting ada bacaan doa naik kenderaan sebelum berlepas ok...alhamdulillah...& jgn terkejut kalo tengok ramai pilot dlm flite tu.. uniform yang male flight attendant pakai sebijik cam baju pilot...so aku xsure baju pilot dia macam mana...pakai jubah kot?

ok cukup melalut...flite ni terbang dari kl-riyadh-madinah, total 11 jam, plus transit kat riyadh lebih kurang 2 jam untuk isi minyak,tukar cabin crew & loading makanan.fuhhh tapi transit duduk dlm kapal je la...tak turun pon...krew je dok turun naik.

 flite 11 jam pon xterasa lama sangat sebab ada entertainment...boleh layan movie,dengar lagu,baca quran,belajar cara nak buat umrah,tengok cartoon dll..
                                                                          
perut pon terjaga..betul la kata pepatah, kenyang perut senang hati...3x makan weh, mana sempat nak rasa lapar...2x heavy meal, 1x light meal..so layan je la apa yg ada sebelum mendarat di madinah, lebih kurang jam 2 pagi waktu malaysia @ jam 9 malam waktu madinah...fyi waktu sana 5 jam lebih lambat dari kat malaysia...so buat pertama kalinya...aku jetlag!

.
.
.
till then
xoxo.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...