Showing posts with label Japan-Tokyo. Show all posts
Showing posts with label Japan-Tokyo. Show all posts

Thursday, October 13, 2016

jejak jepun day 4: my 3rd disneyland...it's Tokyo Disneyland!

continue from HERE...

hari ke-4 aka hari terakhir di Tokyo...malam ni akan gerak ke kyoto dah...
misi menjejak kaki ke semua disneyland yang wujud di muka bumi ini diteruskan lagi....fyi, ada 5 disneyLAND dan 1 disneyWORLD dalam dunia ni;

  1. Anaheim, California Disneyland
  2. Florida Disneyworld
  3. Hong Kong Disneyland- checked!
  4. Paris Disneyland- checked
  5. Tokyo Disneyland- checked!
  6. Shanghai Disneyland..newly added.. Jun 2016!
3 dah berjaya ditawan, tinggal lagi 3 untuk diterjah...haha gigih tak...aku pon tak tahu la kenapa aku suka sangat disneyland ni...padahal lebih kurang sama je pon semua...kalau ada beza pon 1@2 game je...lain padang lain belalang, jadi lain orang pon lain la jugak kegilaannya..

Thursday, June 30, 2016

Jejak jepon day 3 pt2: Hachiko...eh camii mosque i'm coming!

bila rindu jepon bertamu...alkisah bersambung;p

sambungan dari SINI...

destinasi seterusnya mencari masjid untuk solat jamak. kami ke Camii mosque di Yoyogi Uehara. untuk ke masjid ni, senang je,

Sunday, April 10, 2016

jejak jepun day 3: misi mencari gundam di pulau buatan, Odaiba!

sambungan dari entri ini...

ohayo gozaimasu!
pagi hari ke-3 di negara matahari terbit ni, bermula dengan hujan yang turun dengan lebatnya.haha makin malas la rasa nak keluar dari selimut...apatah lagi untuk mandi!!;p

kami keluar dari rumah lebih kurang jam 9.30 pagi...agak lewat sebenarnya sebab musim sejuk...waktu siangnya pendek..tapi apa nak buat kan...kita hanya merancang..Allah yang menentukan..plan asal nak ke harajuku, tapi memandangkan hari hujan, agak susah untuk jalan-jalan kat sana...jadi kami plan ke odaiba dulu sebab kat sana ada mall...kalau hujan lebat boleh lari masuk dalam mall;p

Monday, April 4, 2016

jejak jepun day 2:Ueno & Roppongi night street!

sambungan dari sini...

usai check-in, kami keluar lagi untuk menikmati suasana malam di ueno night street. dari stesen hiro-o (H03), naik tren terus ke  stesen ueno (H17)..kalau nak singgah akihabara, boleh berhenti di stesen akihabara (H15)...H tu untuk hibiya line..nombor tu pulak nombor stesen.

Sunday, April 3, 2016

jejak jepun day 2: Airbnb tokyo@ apartment Soda san!

sambungan dari sini...

ok kembali bersiaran..bila rindu jepun bertamu...waaaaa nak repeat!nak repeat!must repeat!hehe insyaallah...

setel membuat lawatan singkat ke fuji san, kami balik ke bandar tokyo semula untuk check in pulak.ramai yang berpendapat bahawa penginapan di bandar tokyo ni sangat mahal...tapi bagi aku ada je kot yang murah!haha yang penting kena bijak mencari...

Thursday, March 3, 2016

jejak jepun day 2: Fuji san!

sambungan dari SINI...

13/3/2016
Shinjuku bus terminal- kawaguchiko


dari haneda airport terus gerak ke stesen shinjuku, untuk naik bas ke fuji san. kat haneda takde line metro/toei..just private line. antara pilihan yang paling murah;

route 1: keikyu airport express- sengakuji- daimon-shinjuku...¥410 + subway pass (2 kali transfer)
route 2: tokyo monorail- hamamatsucho (daimon)- shinjuku...¥490 + subway pass (1 kali transfer)

plan asal memang nak amik keikyu line, sebab lebih murah tapi sebab gerak agak lewat dari airport, aku pilih route 2, risau tak sempat nak kejar bas jam 7.40am ke kawaguchiko.

Saturday, February 27, 2016

jejak jepun day 1: Overnight di Haneda Airport...

12 februari 2016...

minasan kon'nichiwa (hi all)!!

seminggu sudah berlalu sejak aku balik dari trip 8d7n menjelajah bumi matahari terbit, jepun yang memang terkenal dan menjadi bualan seantero dunia tentang kebersihan negaranya,kecanggihan teknologinya serta disiplin dan kesopanan rakyat mereka. aku sangat teruja dengan trip kali ini sebab dah lama kot berangan nak ke jepun ni. tambahan pula visa ke jepun telah dimansuhkan untuk pemegang passport Malaysia, memang terbaeklah kan. hampir setahun aku merancang untuk trip kali ini..terima kasih kepada AA, aku dapat tiket return serendah rm660/pax untuk KL-Haneda (12/2/2016) dan Kansai-KL (19/2/2016).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...