Sunday, April 6, 2014

penyucian jiwa ditanah suci...last part

entri pt.7...

20 mac 2014...
sedih....nak balik KL dah...hari ni nak kena buat tawaf wida' aka tawaf selamat tinggal sudaa...so pagi ni just packing bag utk make sure tak lebih muatan..haha untuk saudi airlines, new rules..luggage up to 25kg only...cerita pasal tawaf wida' ni, nak kena tahu jugak pantang larang selepas tawaf ni, kalo tak sia-sia je tawaf tapi tak diterima...

antara larangan yang ustaz bagitau tak boleh buat;

  • ambil gambar- gambar korang ke kaabah je ke bangunan ke scenery ke semua pon tak boleh!!...tapi ni la yang ramai buat.so jangan gedik nak posing bagai lepas tawaf tu terus keluar je, jangan pandang belakang lagi dah.kalo nak posing jugak, make sure sebelum tawaf ok.
  • shopping- ni lagi satu...lepas tawaf tetiba teringat souvenir tak cukup lagi..jangan mengada nak bershopping lagi..kalo nak beli jugak, tunggu kat airport jeddah...borong la satu troli pon xde sape nak marah...tapi kalo setakat nak beli jajan & air makan semasa perjalanan, itu dimaafkan.
  • lepak masjidil haram-memang kita tidak dibenarkan stay lama kat masjid selepas selesai tawaf wida'...kena keluar terus...contoh macam aku, selesai tawaf wida' kul 11.30pagi, waktu zohor kul 12.30tghari, tapi aku dah tak boleh tunggu untuk solat berjemaah dah...so, solat kat hotel je la...
  • pastikan korang tak terbawa balik apa-apa dari tanah haram...even butir pasir yang melekat kat tapak kasut/selipar pon tak boleh ok...kena cuci bersih.
  • tidur kat hotel- pon tak boleh..kalo tertidur tu dimaafkan, tapi kalo saje je dok baring atas katil then terlelap...itu dikategorikan sebagai sengaja nak tidur...
tu je la kot...setakat yang aku ingat....tawaf wida' ni WAJIB ye kawan-kawan, sesiapa yang meninggalkannya dikenakan dam..

Mazhab hanafi,Hanbali,Syafie dan Jumhur ulama.
  Dalilnya:


(لا ينفرن احد حتى يكون آخر عهده بالبيت)

Maksudnya:"Janganlah seseorang itu meninggalkan (baitillaharam) sehinggalah diakhiri dengan baitillahilharam(tawaf wada')".

sebelum tawaf wida'...us@ the best place on earth;p

selesai tawaf,balik hotel, lunch dan gerak ke airport jeddah kul 2.30 petang...perjalanan ke airport ambil masa dalam 45minit...keluar je sempadan tanah haram, terungkailah semua pantang larang tawaf wida' tadi...so dah boleh nak selfie ke tidur ke shopping ke....maka berakhirlah sudah kembara penyucian jiwa untuk kali ini...dengan harapan yang mengunung untuk datang lagi dan lagi dan lagi...insyaallah.

flight jam 10.30pm waktu saudi aka jam 3.30am waktu malaysia...
 
jeddah-riyadh lebih kurang 1jam je, cam kb-kl...transit kat riyadh jap...dalam 1-2jam untuk ambil makanan,tukar cabin crew, isi minyak....tak perlu turun pon.

babai riyadh...hello KL! in 7hrs...

* fyi...harga petrol kat saudi 0.50sar/liter, diesel 0.25sar/liter....kat mesia??errrr pitam terus;c
.
.
.
till then
xoxo.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...