Sunday, March 30, 2014

penyucian jiwa ditanah suci...pt.6

entri pt.5...

17 mac 2014; ceramah agama & tahlil

hari ke-8 kembara aku di tanah suci...cepat sungguh masa berlalu...hari ini kami berkumpul di dewan makan untuk mendengar ceramah bertajuk kelebihan kota mekah yang disampaikan oleh ustaz yg namanya aku dah lupa.....hihi.nama je lupa...isi ceramah tu aku ingat lagi....antara kelebihan kota mekah;


  • kaabah : ini dah tentu...mana ada kaabah kat tempat lain kan? tak payah aku nak cerita panjang pasal kaabah ni, yang memang semua dah tahu tentang kemuliaannya...
  • pahala 100000x ganda: Allahuakbar...mana nak dapat?sekali solat kat masjidil haram ni dapat pahala banyak ni??so jangan nak mengada solat kat hotel bila dah sampai sini...sangatlah rugi...tapi kalo dah tak mampu sangat sampai kena mengesot g masjid tu...dimaafkan la kot
  • air dari syurga: air apa lagi kalo bukan air zam-zam...air yang tak kan kering sampai bila-bila...
  • tempat mustajab doa: Subhanallah...di multazam,maqam ibrahim, hijir ismail, rukun yamani,hajarul aswad,atas bukit safa & marwah dll...berdoalah setiap saat dan detik berada di kota suci ni...mintak lah ko nak mintak apa..sesungguhnya Allah SAW tu maha mendengar,maha mengasihani,maha pemurah....
  • solat jenazah: kat sini setiap kali lepas solat 5 waktu, mesti ada solat jenazah...yang pahalanya seberat jabal uhud...so jangan malas nak buat solat ni...kejap dan senang je pon...takde ruku',takde sujud cuma 4x takbir je.....senang-senang je nak tambah pahala
  • tempat lahir junjungan besar Rasulullah SAW....



heavy construction @ masjidil haram...

18 mac 2014; umrah Tanaiem & gua hira'



ada 3 lokasi untuk bermiqat apabila kita berada di mekah ni, di masjid jaranah tempat aku miqat 2 hari lepas, masjid tanaiem yang akan aku pergi untuk miqat umrah kali ke-3 ni dan hudaibiyah yang akan aku pergi esok.boleh refer gambar diatas. lokasi miqat ni berada di border tanah halal sebelum masuk tanah haram ye kawan-kawan. tanah haram hanya boleh dimasuki oleh umat islam sahaja...

umrah kali pertama aku buat antara lepas waktu isyak & subuh, umrah ke-2 selepas waktu zohor dikala terik pancaran sang mentari.untuk umrah kali ke-3 ni, aku buat pagi sikit dalam kul 10.30am...

malam pulak aku decide nak buat ziarah tambahan ke gua hira' dengan bayaran 25sar sahaja...alang-alang dah sampai sini, semua tempat pon aku nak pergi selagi boleh kan...


 #jabal Nur @gua hira'

mission accomplished!haha jabal nur berjaya di tawan dalam masa 40minit...gigih aku mendaki ditemani sinaran bulan mengambang sambil dihidangi permandangan indah lampu neon kota mekah....nun jauh tersergam indah menara abraj al-bait aka menara jam tertinggi di dunia...big ben london pon kalah okeh...

nampak tak ramai dok tunggu turn nak solat kat dalam gua yang super kecik tu?gua hira' la tu, tempat Rasulullah SAW mendapat wahyu yang pertama ketika berusia 40tahun...gigih sungguh...aku yang belum masuk 30-an ni pon dah mengah nak naik gua ni...Rasulullah SAW setiap hari kot turun naik bukit ni nak ambil makanan yg dihantar isteri tercinta Siti Khadijah....respect!

semua berjaya menawan puncak jabal nur ni kecuali mak aku yg kena tinggal tengah jalan...haha terus patah balik turun...tak larat.sepanjang pendakian ke puncak, korang akan jumpa peminta sedekah lebih dari 10 orang...so sediakan duit 1 riyal secukupnya...senang nanti kalo nak sedekah...kalo korang rasa nak bagi lebih pon tarak hal...lagi bagus kan...bukan mandatori kena bagi 1 riyal ni..jangan salah faham pulak..
aku hentam bagi rm1 je..sebab duit riyal aku xde yang kecik...yang ada cuma note 50,100 riyal...kopak le aku nak bagi diorang...

.
.
.
till then
xoxo.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...