Showing posts with label orient trip-Shenzen. Show all posts
Showing posts with label orient trip-Shenzen. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

day 7: bye shenzhen...


still lagi di shenzhen pagi ni...bermalas-malasan kemas beg lagi untuk check-out dan gerak ke destinasi seterusnya...yangshuo..memandangkan lama lagi nak tunggu malam, so kami decide nak explore lagi shenzhen secara berhemah dan tenang..hihi lepas check-out, bagpack aku tinggal je dulu kat hostel sebab nak jalan-jalan lagi, free of charge je..diorang tak kisah pon..tu la benda yang aku memang suka kalau stay hostel ni..sekali lagi ke dongmen street untuk last minit sopim..haha window shopping je ..sambil duduk tengok gelagat orang lalu lalang..haha i loike;p actually boleh je kalau nak pergi folk village ke, dafen oil painting village ke tapi kitorang je dah malas nak sesak-sesak, just nak lepak santai je...

petang sudaa balik hostel, amik bag dan solat jamak ...masa tu la jumpa backpacker Fang woei chan, chinese girl from malaysia yang baru check-in kat hostel ni dalam proses pengembaraan ke UK by land..terbaek...sempat la lepak-lepak borak jap sebelum gerak ke Louhu port..dia ni memang best, cukup duit terus resign jadi accountant untuk menjayakan misi 3 bulan kembara ke UK ni...haha aku? traveller santai je..blom hard core lagi sampai nak resign bagai kan...masa aku tulis entry ni, dia dah sampai kyrgystan dah...haha best of luck to you Fang woei!!!


sekitar Louhu port, shenzhen..lepak-lepak sebelum naik bas malam ke yangshuo.memang lama jugak lepak sini..diorang yang tak pernah keluar dari sini memang akan pandang pelik je kami yang bertudung ni...ye la diorang dengan dunia sendiri je kot,,,fb,twitter,youtube,google semua tak boleh akses...search engine pon khas untuk tanah besar china je ok..salah satu nyer baidu.inc...untuk sosial media macam facebook,diorang guna renren..pon khas untuk china only...tapi jangan risau korang still boleh guna proxy untuk access fb;p

harga tiket sleeper bus RMB230~rm115..naik tempat sama dengan beli tiket semalam,jangan lupa tulis yangshuo dalam tulisan cina siap-siap untuk memudahkan proses beli tiket..sebab kalau cakap je nanti bunyi tak sama ..kang salah bagi tiket pulak...haru..keadaan bus stop dia ok je..kena scan bag macam kat epot jugak..tapi sila bertabah jika guna toilet kat sini...haha aku bagi nama toilet longkang...kalo nak tau camne rupenyer meh la datang sini...

* bun rugi gila ko tak masuk aritu...hahaha*


ni la keadaan dalam sleeper bas ni..cool..pengalaman pertama naik bas berkatil double decker okeh..hehe ada 3 rows, jarak dalam sekaki lebih je antara row..memang kecik je katil tapi muat elok tido takde masalah..siap mimpi lagi ..kami amik katil atas, aku nyer tepi tingkap, bun punyer tengah-tengah..

masa naik korang akan dibekalkan 1 plastik beg untuk isi kasut..sila bertabah jika dalam bus tu ada pulak yang bau stoking ke hape...nasib masa aku naik ni takde pulak sebarang bau yang tak menyenangkan..alhamdullilah...

jangan lupa pakai 'bed belt' kalo tak nak tergolek jatuh bawah..bas bertolak tepat kul 8.30 malam, 2 kali berhenti untuk melepaskan apa-apa hajat dan sampai yangshuo dalam kul 6.30 pagi...perjalanan selama 10 jam memang tak terasa pon..serius..tak tipu ye..haha..ke aku yang tido mati?

dah sampai nanti pakcik bas akan jerit..yangshuo..yangshuo..siap datang kejut lagi..haha masa naik semalam memang dah pesan siap-siap dengan pakcik tu..dan memang dia akan ingat la coz takde orang lain yang pakai tudung selain kami je...hehe..dalam keadaan lemah gemalai mamai kami pon mula mengatur langkah untuk turun dari bas.....
.
.
.
till then 
xoxo.





Monday, December 2, 2013

day 6:HK-Shenzhen

entri day 5..pt2

guten morgen alle...heute werde ich meine geschichte uber meine fahrt fortsetzen orientieren....huh tetiba rasa cam kat deutchland...haha nak tulis pasal china tapi mood german..apakes?ni la jadinyer kalo dah entri xsudah2..orient trip ni 13d12n...ni baru hari ke-6....sila bertabah disitu..ok berbalik kpd cerita sebenar...semalam di alam fantasi..pagi ni bangun dah kembali ke alam realiti...siap kemas barang, terus check-out utk meneruskan perjalanan mengukur jalan di bumi china ini...helloo S.H.E.N.Z.E.N!!

  • dari stesen TST jalan ke stesen East TST, ikut underground tunnel, naik tren ke Hung Hom stn.
  • sampai Hung Hom, ambil tren ke Lo Wu stn.
*sebelum naik tren ke Lo Wu stn, jgn lupa utk refund octopus card kerana percutian di Hong Kong sudah sampai ke penghujung nyer..

dah sampai Lowu kena la melalui imigresen keluar HK & masuk china pulak..bun dah buat muka penat beratur panjang yang amat daa..sabar je la;p.lepas setel imigresen, jalan keluar bangunan dan cross over the train lines , nampak escalator terus ke kiri & turun bawah untuk ke stesen bas beli tiket sleeping bas ke yangshuo malam besok...kena beli awal takot habis pulak tiket nyer...setel beli tiket terus gerak cari metro nak ke hostel untuk check-in pulak



kat shenzhen ada kad lain untuk naik tren tapi aku tak beli pon sebab tak boleh refund kad macam kat HK..apekejadah nyer pulak kan..dah la kad paling murah 100yuan!!..memandangkan aku kat sini tak lama jadi aku pilih untuk guna token je..senang jugak..duit kecik boleh tukar kat kaunter..sama je macam lrt kat mesia rupa token nyer..jangan lupa minta map laluan tren kat kaunter ye..untuk pedoman jalan-jalan di sini nanti..baru la expert dan nampak macam local kan...hihi


GRAND THEATER HOSTEL SHENZHEN!!
Grand Theater stn exit E-ke kiri, jalan terus melepasi parking lot bangunan tinggi sekeliling tu, jalan ke belakang bangunan tu akan nampak bangunan tinggi across the street dengan pagar hitam bernombor 48.masuk bangunan tu naik ke tingkat 23.hostel di 23A-check-in.

ak tak nak cerita panjang pasal hostel ni & aku sangat-sangat tak rekomen pon untuk korang-korang yang datang sini untuk lepak disini..NO..NO..NO..huhu memang sangat teruk.masa aku sampai nak check-in boleh plak minah cina ni dok sedap landing kat katil ak tak nak bangun?macam siot..

bilik tu ada 2 katil double decker untuk 4 orang..tapi minah tu orang yang ke-5 yang aku tak pasti siapa.. dok menyemak tido kat sofa dalam bilik tu sampai ke sudah..2 orang lagi minah russia kot yang memang pengotor tahap dewa..aku rasa diorang ni dah macam menetap kat sini dan bukan singgah sehari dua macam kami...mungkin student kat sini..tapi memang tak pernah lagi aku tengok hostel yang teruk macam ni... nasib la guy yang kat kaunter tu ok..so aku pejam mata jela..1 malam je kot & the worst nite ever la aku rasa ..totally nightmare!!!so takde pic pon kat sini sebab tak sanggup nak amik sebagai kenangan...

sila jangan tertipu!tengok gambar kat web, memang sangat cantik hostel ni.mungkin kalau korang datang dalam group 4/5 orang boleh dok satu bilik ok la kot.tapi nasihat aku, cari je hostel lain..banyak lagi yang murah dan berbaloi.

next destination: W.O.W

Window of the World-tic 160rmb/rm80- Shi Jie Chuang stn exitI/J. bukak dari kul 9.00am-10.30pm

tempat ni ialah taman replika ikon/tugu tersohor dunia..korang boleh tengok replika yang menjadi ikon sesebuah negara di seluruh dunia..kecuali malaysia..hihi KLCC/KL Tower takde pulak..merlion singapore pon ada ok..huh mode tak puas hati;p replika kat sini di bina berdasarkan 3 ratio iaitu...1:1,1:5 & 1:15 dari saiz sebenar..
terbahagi kepada 6 bahagian;
  • area of Asia: grand palace of thai,gyongbok palace korea,itsukushima shrine japan,angkor wat cambodia,taj mahal india,merlion singapore..dll
  • area of Oceania: sydney opera house,maorish dwelling house
  • area of Europe: buckingham palace,eiffel tower,stonehenge,alhambra spain,notre dame,colosseum,cologne cathedral germany,trump de arc, windmill & tulips holland dll
  • area of Africa: pyramid of giza,african dwelling house,kenyan national park..
  • area of America: niagara falls,mount rushmoore,white house,statue of liberty dll..
  • the sculpture park: alps ice & snow world, sculpture bogel yang artistic sangat..jurassic park..
seperti biasa..map jangan lupa ambil ye masa masuk....ada banyak jugak show yang korang boleh tengok kat sini..tapi fireworks hanya pada hari sabtu,ahad & festival je..sedih..aku datang hari selasa kot;c..so layan je la apa yang ada...

leaning tower of Pisa ..italy

Stonehenge..UK
Eiffel tower..paris

Mahamuni pagoda Mandalay, angkor wat Cambodia, senibina eropah seperti ancient Athens, tower of london yang boleh mengimbau budaya eropah klasik gitu..ada jugak Colosseum,Pyramid, sydney opera house, grand canyon, niagara falls,taj mahal, st.basil russia dll..pendek kata, dalam masa 1 hari je kita boleh explore 1 dunia..hoho menarik jugak la..masa kat sini kamera aku dah habis bateri..so banyak pic yang aku snap pakai fon saja...

lepak sampai malam kat sini sebab nak tengok cultural show..dah setel show gerak ke dongmen shopping street..stn lao jie exit A/E..memang best jugak shopping sini...as always..kena bargain untuk dapat harga murah..dah penat tolong diorang tutup kedai ..masa untuk pulang ke reban...huahuawa balik.pejam mata tido..malas nak fikir dah...esok malam nak ke yangshuo sudaa...yehuu tak sabar dah ni
.
.
.
till then..
xoxo.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...