Saturday, February 27, 2016

total budget 8D7N..japan's trip 2016!

ohayo gozaimasu!!!

ok, dalam entri kali ini, aku akan bentangkan bajet keseluruhan untuk trip 8D7N (12-19 feb 16) aku menjelajah bumi matahari terbit, tokyo-kyoto-osaka, jepun. macam biasa, aku akan bahagikan mengikut kategori seperti di bawah.nilai tukaran matawang yang aku dapat masa tukar pada 5 feb 2016 kat nu sentral ialah RM3.58 untuk ¥100.


ringgit vs yen??pitam!

Total yen aku bawa untuk trip kali ini ialah ¥50000!!.aka RM1790. aku dapat 5 keping duit ¥10000. haha cuak jugak fikir...cukup ke tak ni???nak tau cukup ke tidak...jom layan perbentangan bajet terhebat abad ini;p


Kos yang telah di bayar di Malaysia; (rm 960.40)


  • flight tic, Kl-Haneda Tokyo, Kansai, Osaka-KL: rm660
  • luggage Kansai-KL: rm 35.50/pax
  • Airbnb tokyo-3D2N Apartment Soda San: ¥3000/pax @ rm107.40
  • Overnight bus tokyo-kyoto: ¥4400/pax @ rm157.50


  • Kos di Jepun;

    Accomodations; (rm103.82 @ ¥ 2900)
    • Kyoto Guesthouse Hannari 2D1N: ¥1900/pax @ rm68.02
    • Airbnb Osaka-3D2N Fujimori Yuji San Apartment: ¥1000/pax @ rm35.80
     Transportation; (rm 511.20 @ ¥14280 )
    • tokyo 2 days subway pass: ¥1200/pax @ rm42.96
    • monorail haneda airport-hamamatsucho stn (interchange stn to metro/toei line):¥490/pax @ rm17.54
    • return tic, bus shinjuku-kawaguchiko: ¥3500/pax @ rm125.30
    • private line to odaiba: ¥640/pax @ rm22.90
    • JR line to disneyland: ¥240/pax @ rm8.60
    • taxi disneyland to Yokohama stn: ¥2570/pax @ rm92 (emergency case!)
    • 1 day kyoto city bus pass: ¥500/pax @ rm17.90
    • bus horikawa shimodachiuri- Saiin station (Hankyu railway to osaka) :¥240/pax @ rm8.60
    • saiin station kyoto to umeda station, osaka: ¥610/pax @ rm21.80
    • 2 days Osaka Amazing Pass: ¥3000/pax @ rm107.40
    • return tic, JR line to Universal City: ¥160 x 2/pax @ rm11.50
    • train tic to Kansai Airport: ¥970/pax @ rm34.70
    * untuk osaka amazing pass tu, sila pastikan penggunaan pass adalah semaksimum mungkin untuk elak kan pembaziran yang sangat BANYAK bagi cheapskate macam aku! dalam kes aku, memang tak berbaloi langsung beli pass tu...nanti aku akan ceritakan dalam entri di osaka apa sebab aku cakap tak berbaloi pon beli pass tu...moral of the story..please..please and please plan your trip WISELY;p

    Entry fees; (rm490.50 @ ¥13700 )
    • Tokyo Disneyland: ¥6300/pax @ rm225.50
    • Universal Studio Japan (USJ): ¥7400/pax @ rm265
    Luggage Locker; (rm34.90 @ ¥975 )
    • shinjuku metro station: ¥125/pax @ rm4.50
    • Tokyo disneyland :¥850/pax @ rm30.40
    Shopping & foods; (rm... )
    • Ueno green tea ice cream & crepes: ¥183 @ rm6.60
    • Ueno Sanuki Udon Hanamaru: ¥215 @ rm7.70
    • Onagiri: ¥550 @ rm20 (¥110/pcs, tuna mayo, seaweed wrap)
    • air mineral: ¥100/ 500ml 
    • air vitamin:¥130/ 500ml  
    • hot choc:¥115/bottle
    • trully coffee: ¥290 @ rm10.40
    * antara harga minuman dan makanan yang aku ingat...total berapa yen/rm yang telah aku habiskan, aku tak berapa pasti, sebab berbotol-botol air aku minum kot..sekadar untuk bagi gambaran awal kepada korang yang sedang buat bajet trip ke jepun.


    TOTAL: ¥ 31855 ( accom+t/port+ entry fees+locker)
    Balance: ¥ 18145 (utk foods & shopping)


    GRAND TOTAL 8D7N (including flight ticket):

    RM960.40 (kos di Malaysia) +RM1790 (kos di jepun) = RM2750.40!!!



    * fyi..syiling yang ada lubang kat tengah sebelah syiling ¥1 tu, nilai dia ¥5..memang dia tak tulis kat situ, tanya orang kedai baru tau nilai dia...aku pon tak pasti kenapa dia tak tulis nilai kat syiling tu..korang tau kenapa??

    yen...yen...yen..

    bajet awal ialah tidak lebih RM 2500...tapi memandangkan nilai ringgit tengah jatuh waktu ni, jadi terlebih sudah rm250..redha je la kita hanya merancang..Allah yang menentukan..so...sapa kata nak travel ke jepun kena kaya dulu? aku dah buktikan, tunggu apa lagi...let's live to the fullest...jom tempah tiket ke destinasi seterusnya.....yahoo!!


    .
    .
    .
    till then
    sayonara peeps;p

    2 comments:

    1. Waaa..camne leh dpt tiket semurah tu..skrg klu try book cecah 1k jgk

      ReplyDelete
      Replies
      1. kena booking awal la...hehe ni beli jan 2015 lagi kot;p

        Delete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...