Sunday, February 7, 2016

Iseltwald Lodge Lake Interlaken!

entri kali ini, aku nak kongsi tentang hostel yang aku stay sepanjang 3D2N di interlaken, swiss. memang highly recommended!

Bagi mereka yang belum tahu, 'interlaken' bermaksud antara 2 tasik. tasik yang dimaksudkan ialah tasik Thun & Brienz. lokasi iseltwald lodge ni betul-betul mengadap tasik Brienz.

selain akses dengan kereta, boleh juga akses dengan menaiki bas dari stesen tren interlaken ost, bagi sesiapa yang datang ke interlaken menggunakan tren. sila naik bas nombor 103 ke stesen bas Iseltwald Dorfplatz .jalan 5 minit dari stesen bas dah sampai hostel.
pihak hostel juga akan bagi kupon untuk naik bas FREE selama korang menginap di hostel mereka.best kan!boleh ke link ini untuk booking. harga 1 malam untuk 7 bed dorm aku dapat €26.09/pax, untuk twin room pulak €32.99/pax. harga bilik bergantung kepada musim jugak. jadi pandai-pandailah buat plan.pastikan tempah awal sebab hostel ni memang cepat sold out!lagi-lagi kalau  peak season.

jom layan gambar pulak!

herzlich willkommen in iseltwald lake lodge, interlaken!

view from veranda;p

another view from veranda...hehe spotted 'my audi' for 3d2n...

lepak santai minum kopi.

shared bathroom & toilet.



twin room on the 1st floor. pic untuk bilik dorm pon lebih kurang macam ni, just add on the double deckers la.

another awesome view from the room at 1st floor.


lepak-lepak port, next to the pantry.

view from the main entrance to the check-in counter.don't forget to collect all the brochures..it's FREE!!

the pantry...completed with microwave, kitchen,fridge and all the basic needs.

jangan malas untuk masak ok! semua dah tersedia, no excuses..kalau korang punyer bajet ciput macam aku la, if not, proceed je la makan luar kan;p

our masterchef...hehe

lepas guna jangan lupa cuci semua pinggan mangkuk dan dapur.

nampak tak bakul nun jauh kat belakang tu?bakul tu disediakan khas untuk letak makanan yang kita nak share dengan penghuni lain. nak dijadikan cerita, masa beli sos sphagetti bolognese kat karlsruhe, lupa nak refer dengan adik aku pasal ingredient dia..sekali ada pork la pulak...nasib baik perasan jugak sebelum nak masak tu...kalau tak memang selamat masuk perut la..jadi kami masuk kan je la berbotol-botol sos tu dalam bakul;p

dah cuci, lap sampai kering baru susun kat rak yang disediakan ya

tetap masak sphagetti, tapi dengan sos cili dan sos veggie je la..tetap yummeh! makan sambil tengok pergunungan alps...terbaek;p

kesimpulannya, hostel ni memang best. sepanjang 3d2n kat interlaken ni, memang masak je, sebab memang mahal kalau nak makan luar. kami shopping barang dapur kat karlsruhe, sebab datang dengan kereta kan...hehe sebab barang kat swiss ni super duper mahal kot!

siapa kata tak boleh cuti bajet kat swiss? 

"when there is a will, there is a way"
.
.
.
till then
xoxo.



2 comments:

  1. Wow..cantiknya..bilalah nk sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik sangat...rasa tak nak balik je haha.
      Insyaallah akan sampai jugak tu;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...