Saturday, February 27, 2016

jejak jepun day 1: Overnight di Haneda Airport...

12 februari 2016...

minasan kon'nichiwa (hi all)!!

seminggu sudah berlalu sejak aku balik dari trip 8d7n menjelajah bumi matahari terbit, jepun yang memang terkenal dan menjadi bualan seantero dunia tentang kebersihan negaranya,kecanggihan teknologinya serta disiplin dan kesopanan rakyat mereka. aku sangat teruja dengan trip kali ini sebab dah lama kot berangan nak ke jepun ni. tambahan pula visa ke jepun telah dimansuhkan untuk pemegang passport Malaysia, memang terbaeklah kan. hampir setahun aku merancang untuk trip kali ini..terima kasih kepada AA, aku dapat tiket return serendah rm660/pax untuk KL-Haneda (12/2/2016) dan Kansai-KL (19/2/2016).

Penerbangan dari KL ke Haneda international airport, Tokyo mengambil masa lebih kurang 7 jam. Di tokyo, terdapat 2 airport, Narita dan Haneda.Narita airport lagi jauh dari central tokyo, iaitu lebih kurang 65km berbanding Haneda airport cuma lebih kurang 15km dari central tokyo.

pebezaan waktu antara Malaysia dan Jepun hanya 1 jam, iaitu waktu di jepun awal 1 jam...contohnya jam 8am di Malaysia, di Jepun sudah jam 9am...logik la kan, nama pun negara matahari terbit!


copy from google.

negara jepun terdiri daripada 47 wilayah dengan 8 kawasan utama seperti dalam peta di atas. untuk trip kali ini, aku cuma sempat jejak di 2 kawasan utama iaitu di kantou (tokyo) dan Kansai (kyoto & osaka).

flight aku dari klia2 jam 2.40 petang dan di jangka mendarat di haneda international airport jam 10.40 malam waktu jepun. tapi delay lebih kurang 30 minit sebab hujan di klia2..flight tak boleh nak take-off.aku mendarat di haneda lebih kurang jam 11.10 malam waktu tempatan.

memandangkan last tren ke central tokyo jam 12 tgh mlm,aku plan untuk bermalam kat airport je..ye lah tak nak tergopoh gapah kan..nak clear kastam pon ambil masa jugak..risau terlepas tren je sebab nak kena tukar tren lagi nak ke central tu...di samping mendapat pengalaman baru,boleh jimat duit hotel jugak;p

pemeriksaan kastam pulak mudah dan cepat.tiada apa yang perlu di 'declare'.semua roti,sambal bilis, serunding,rendang ayam, maggi,coklat biskut aku bawak lepas dengan jayanya;p

setelah selesai pemeriksaan kastam, terus ke tourist information counter kat level 2 untuk beli 2 days subway pass, dengan harga ¥1200/pax. fyi, pass ini adalah khas untuk pelancong sahaja dan hanya dijual di airport ye. memang takde kat mana-mana subway station pon. jadi jangan lupa untuk beli pass ni...memang berbaloi-baloi..tak percaya? korang kiralah sendiri harga tiket tren tanpa pass ini menggunakan hyperdia.com...ikut route yang korang dah plan, tengok berbaloi ke tak..

subway pass...checked!

jangan lupa ambil semua pamphlet dan map yang ada sebagai bahan bacaan sebelum tido nanti.......it's FREE je kot;p

setel urusan tiket, terus ke tingkat 3 pulak untuk ke prayer room dan cari 'port' merehatkan diri.

prayer room @ haneda airport.

ada 2 prayer room disediakan..untuk lelaki dan perempuan, tapi tidak dilabelkan pun.jadi masa korang sampai tu, sila jenguk dulu..jemaah lelaki ke perempuan dalam tu.kalau takde sesiapa yang menggunakan bilik tu masa korang sampai, silalah masuk mana-mana bilik pon.

untuk masuk ke prayer room ni, sila tekan butang intercom kat sebelah kanan pintu tu dan cakap je 
'i want to use this room to pray'...akan ada operator jawab dan pintu akan terbuka secara automatik. aku tak pasti untuk apa diorang buat sistem macam tu. bukan setakat tu je, akan ada pak guard yang datang setiap sejam untuk periksa samada bilik tersebut tidak disalahgunakan untuk buat benda lain selain solat...contohnya untuk tidur ke makan ke lepak-lepak ke..haaa gigih kan!kalau surau kat klia2, confirm penuh orang tidur...macam mana aku tau dia datang check setiap jam? sebab port aku tido malam tu belakang tiang depan prayer room tu je pon.hehe;p

gelandangan @ haneda..checked!

kalau di incheon airport dulu, aku dapat port yang best atas kerusi panjang, tapi kat haneda ni aku cuma dapat port kat belakang tiang, atas lantai je, sebab semua kerusi dah fully booked! ramai gila kot gelandangan kat haneda ni... seriously, rasa sejuk tu menusuk sampai ke tulang!haha mana tak sejuk, suhu masa ni lebih kurang 4@5°C ! gigil tu memang gigil jugak lah, tapi penat punya pasal dan aku pulak demam selsema masa tu,lepas makan ubat, pejam mata, fikir tengah tidur atas tilam empuk dunlopillo..terus lena sampai pagi.

selain prayer room yang best, toilet di haneda ni pon tersangatlah best!actually hampir semua public toilet yang aku masuk di jepun ni best dan bersih..kat station bas ke, kat station tren ke...memang terbaek!

sangat bersih dan canggih...toilet di haneda airport!



jangan panik bila tengok banyak butang waktu masuk toilet kat haneda ni...ada english translation ok. yang paling best, siap ada butang 'dryer' untuk keringkan bontot!hehe memang nyaman la kan..ada jugak butang 'sound' bertujuan untuk cover bunyi 'plupp..plupp' poops ketika membuang..bila tekan butang tu, akan keluar bunyi seakan air terjun...haha sampai macam tu sekali diorang fikir...terbaek!


ni pulak nursery room aka pantry!

memang sangat best gelandangan di haneda ni. terasa bagai berada di hostel bertaraf 5 bintang lengkap dengan toilet yang canggih dan pantry kot! hehe sama level dengan prayer room jugak, sebelah dengan toilet, ada disediakan nursery room. aku saja usha dalam bilik tu, terus bersinar mata...ada hot water!!yela nama pon nursery room...mestilah ada air panas untuk bancuh susu budak....yahoo...boleh minum kopi panas sambil makan roti cicah sambal bilis untuk sarapan!!water cooler pon ada depan nursery room ni...

free wifi

free wifi uollls;p

ok lupa nak cerita...sebagai tourist, kita layak untuk dapat free wifi ni..cuma perlu scan passport kat mesin ni, yang terletak kat lobby ketibaan, level 2. masa keluar lepas kastam korang akan nampak mesin ni tepi escalator. jangan risau, ada step by step cara nak guna in english. letak passport korang, tekan scan, akan keluar resit yang tertera premium code.

tapi sebelum ke jepun, sila install apps' travel japan wifi' siap-siap dalam telefon korang.dah dapat premium code tadi, buka apps, boleh terus register je. lepas tu...apa lagi, enjoy la free wifi tu...fyi, hampir setiap pelusuk jepun ni memang ada wifi ok!berbaloi-baloi.


tu jela kot yang dapat aku kongsikan kepada korang yang merancang untuk gelandangan di haneda..jadi korang rasa best tak? moh le try sendiri;p
.
.
.
till then
xoxo.


5 comments:

  1. Pernah bergelandangan di Shanghai dan Beijing... jimat satu malam duit hotel... :)

    Masuk Jepun, makanan yang dibawa memang takde masalah... senang je lepas kat kastam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. shanghai airport pon besar kan...best jugak utk overnight..cheapskate macam ni la... mmg selalu nak jimat;p

      pasal makanan tu, member pernah cakap dia punya serunding kena declare...tu yang goyah sket..risau tak lepas..

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Nak tnye untuk 2 day subway pass x perlu booking kan?

    ReplyDelete
  4. wslm...sorry lambat reply...aah x perlu booked pon subway pass tu...sampai sana baru beli.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...