Tuesday, December 22, 2015

turun naik metro di paris!

kalau entri sebelum ni aku dah cerita pasal penginapan rasmi aku di kota cinta ni, entri kali ni aku nak fokus kan pada pengangkutan pulak.pengangkutan rasmi aku di paris ialah 100% menggunakan metro. nama pon budget traveller...tak kan nak naik taxi limo pulak kan...



metro kat paris ni bukan macam bas metro kajang tu, tapi sama macam LRT rapid KL tu...
untuk download metro map di paris korang boleh klik sini...aku nak tempek gambar map pon besar sangat, tak jelas jugak nak tengok..untuk pilih jenis tiket mana yang lebih berbaloi-baloi dan jimat pulak boleh baca kat sini..jadi..pilihan di tangan korang,bergantung pada itenerary masing-masing.

aku guna mobilis day pass untuk 2 hari..tapi harus di ingat, day pass kat paris ni berbeza dengan day pass kat german..kalau kat german, dia akan valid untuk 24 dari masa kita touch tiket...contoh kalau guna arini jam 6 petang, valid sampai 6 petang besoknya...tapi kalau kat paris ni, dia valid untuk hari tu je..kalau guna jam 6 petang pon, akan tamat sampai waktu operasi tren pada hari tersebut sahaja..

kalau travel dalam kumpulan ramai macam aku, lebih baik untuk beli standard tiket 't+' yang paket 10 pcs tu, sebab kalau beli satu-satu, harga dia €1,8/pcs...tapi kalau beli paket 10pcs tu jadi €14,10 je...so dapat jimat lebih kurang €4...dah boleh makan kebab tu!

pack of 10 carnet.tiket mobilis pon lebih kurang macam ni, lupa nak snap gambar pulak.

ringkasan antara tourist attractions dan stesen metro.

kebanyakkan tempat tarikan pelancong berada dalam zon 1...apartment aku pulak berada di stesen terakhir metro line 7, dan termasuk dalam zon 3...tapi masih dikira dalam zon 2, sebab hanya 1 stesen je termasuk zon 3...jadi aku boleh beli mobilis untuk zon1-2 je...harga mobilis ni lagi mahal kalau cover banyak zon, jadi pastikan pilih penginapan yang berada di zon 1-2 je untuk jimat tiket tren.

tempat tarikan lain yang sempat aku terjah guna metro;

Hard Rock Cafe, HRC - Grand Boulevard/ Richelieu Drouot station. (metro line 8 & 9)

Sacre-Couer- Anvers station (metro line 2)

Notre Dame- Saint Mitchel station (metro line 4)

Eiffel tower- Bir Hakeim/Trocadero station (metro line 6 &9 )

arc de triomphe- Charles de Gaulle etoile station (metro line 1,2 & 6)

musee du louvre- palais royal musee du louvre station (metro line 1 & 7)

champs-elysees- metro line 1 &13

disneyland!

disneyland- dari apartment, aku naik metro line 7, kemudian tukar di stalingrad metro line 2, sampai stesen nation, tukar naik RER A ke disneyland....

kesimpulannya, sistem pengangkutan di paris ni memang tak ubah macam naik lrt kat KL je...cuma coverage dia lagi luas la.semua tempat tarikan boleh di akses dengan menggunakan metro dan RER.
tu je la kot pasal metro kat paris ni..

.
.
.
till then
xoxo.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...