Tuesday, December 22, 2015

Apartment Airbnb di paris memang terbaek!



pengalaman pertama aku guna airbnb dan ternyata memang berbaloi-baloi.kat paris ni, harga hostel pon boleh tahan mahal jugak.memandangkan trip kali ni melibatkan warga emas dan kanak-kanak ribena, jadi aku kena cari penginapan yang lebih selesa tapi masih kategori bajet..apartment la pilihan terbaik. sewa untuk apartment ni ialah €460 aka rm 1930 untuk 4d3n , 9 pax. lebih kurang rm80/night/pax...memang murah sangat la kan...lengkap dengan dapur, boleh masak bagai...memang terbaek!

screenshot's chat with marieta.

booking melalui airbnb ni memang tak perlu nak risau kena tipu ke apa..sebab diorang punya web memang terbaek. tujuan aku tempek screenshot tu sebab nak tunjuk, kita tak boleh nak deal dengan owner luar dari web airbnb, contohnya terus whatssapp/email owner sebab web akan block sebarang nombor telefon atau email peribadi.jadi salah satu 'trick' nya ialah taip macam message marieta kat atas tu.hehe...bila dah confirm booking baru web akan bagi no. telefon dan email personal owner. 

aku memang dasar cheapskate...jadi aku cuba minta discount dengan marieta thru whatssup je...tanpa melalui airbnb.. jadi aku boleh jimat untuk service fee airbnb..banyak jugak la lebih kurang €100! woohoo..tapi risikonya...kalau papehal jadi sendiri mau ingatla....nak murah punya pasal aku tawakal je ikut kata hati dan bagi sepenuh kepercayaan pada marieta, orang yang tak pernah aku jumpa lagi kot!tapi daripada conversation dengan marieta ni aku boleh rasa dia ni orang baik-baik..hehe..lucky me...everything went smoothly..thanks Allah;p

nanti nak ke paris boleh la contact marieta terus...nombor pon dah ada tu...hehe dengan orang lain aku tak jamin la ye..tapi dengan marieta ni memang ohsemm!


lokasi apartment: La Courneuve-place 8 mai 1945 metro station!

fuhh..panjang gila nama stesen metro pon..haha berbelit lidah aku nak menyebutnya.sangat mudah nak cari apartment ni...ambil metro line 7, sampai stesen La courneuve, ambil 2nd Exit, naik escalator, keluar terus nampak apartment macam gambar kat atas sebelah kiri. masuk pintu yang ada no.61 tu...rumah kat tingkat 2. amaran keras!..tiada lif...hanya tangga ye kawan-kawan..tapi tak tinggi mana..mak ayah aku pon boleh panjat...apatah lagi korang kan...



hallway masuk rumah dan dapur.

rumah ni ada 3 bilik, 1 bilik memang bilik marieta, 2 bilik lagi kita punya...yes..memang marieta tinggal sekali tapi dia tak kacau korang...tak sedar pon dia ada sebab dia akan keluar kerja pagi buta dan balik rumah tengah malam...cuma dia pesan jangan lock pintu dari dalam...lock pakai kunci rumah je..bilik semua ada lock.barang kat dapur korang boleh guna je tanpa segan silu...

marieta ni bukan french tapi spanish...no wonder la dia punya english is very good..tak bunyi french accent!dia pon sewa apartment tu, tapi sebab dia sewa sorang, dia bagi la sewa bilik lain yang ada..boleh la topup dia bayar bulan-bulan...dia cakap selalunya memang dia bayar sewa guna duit hasil sewa bilik je...siap dapat lebih lagi kalau peak season...bijak kan!

kawasan apartment ni memang kawasan pendatang aka foreigner..jiran marieta pon chinese.marieta cakap local french tinggal kat kawasan lain...


toilet dan shower room...siap ada bath tub okeh!



bilik 1: ada 2 katil double decker & 1 katil queen.. muat untuk 6 orang.


bilik 2: ada 2 katil double decker & 1 baby cot...muat 4 orang.


wifi pon ada...tapi password dia memang champion!haha


lintas jalan depan apartment untuk cari makan halal.

untuk dapat makanan halal kat sini pon mudah, just cross the road, akan nampak berderet kedai kebab dan kedai ayam goreng!pasar halal pon ada untuk beli barang basah kalau rajin nak masak la..


Supermarket Super U!

jalan kaki je dari apartment..kat sini la aku beli bekalan roti, biskut dll sebelum gerak ke disneyland...hehe..memang lokasi apartment ni terbaek...highly recommended!

ok...apa lagi korang nak? dekat dengan metro, supermarket, kedai makan halal,wifi...complete. siapa cakap kat paris ni mahal? dengan penginapan rm80/night...boleh dapat semua kot.rasanya dah panjang lebar aku cerita...next entry aku cerita pasal pengangkutan di paris pulak..
.
.
.
till then
xoxo.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...