Thursday, July 2, 2015

kota pelabuhan...Hamburg! part 2

sambungan dari SINI...

see..memang lengang!

plan aku untuk petang ni, sekadar jalan santai menuju ke Rathaus dan sekitarnya...jangan salah faham pulak..aku bukan nak ke rumah tikus ye...tapi bangunan city hall/town hall .bangunan rathaus ni memang menjadi bangunan simbolik aka ikon di setiap bandar kat german ni dan juga tempat tumpuan pelancong seluruh dunia kerana seni binanya yang menarik dan berunsurkan sejarah...orang puteh cakap historical building la senang cerita;p


Sunday = window shopping!

sekarang, baru aku tahu asal usul ' window shopping' ni...hehe semua kedai tutup..jadi hanya mampu untuk jenguk menjenguk je lah;p

smile!
berhenti rehat kejap sambil belek peta nak ke rathaus. nama pon jalan santai...setiap sudut yang dilalui nak ambil gambar..haha bukannya datang selalu kan..peta aku ambil kat lobi hostel,for FREE.

nice church;p
on the way ke rathaus jumpa gereja ni...aku lupa namanya..kalau tak salah st.jacobi church kot.memang old school bangunannya dan yang penting memang sangat cantik.

love of my life;p

menapak ke rathaus!

nun jauh disana...nampak muncung hijau tu? yeah...itulah destinasi aku untuk hari ni...hehe tak jauh dah..perasan tak? jalan kat sini bersih gila kot!fyi...sepanjang aku jalan ke rathaus ni memang aku tak jumpa sampah pon tepi jalan!salute.

tapakakiku & semua @ hamburg!

gambar wajib setiap tempat yang dilawati.. fyi lambang dalam gambar kat atas ialah jata negeri bagi hamburg.

finally...it's Hamburg Rathaus uolls!
masa ni hujan rintik-rintik...memang cuaca sejuk sangat tapi tetap nak posing jugak..haha gigih mak aku berpayung bagai.masa yang diambil untuk jalan dari hostel ke rathaus ni lebih kurang 15 minit je.memang tak akan bosan sepanjang jalan tu sebab banyak benda nak tengok;p


hujan dah berhenti...lagi menjadi-jadi la sindrom nak posing kan;p

the one & only...9 of us!

masa tengah berposing kat sini..tetiba sorang makcik datang dan dengan baik hati offer untuk snap pic kami semua...hehe dah orang nak tolong kan...layan kan aje la..danke schon makcik;p

10 deg ok...grrrrr.apa lagi...mai secawan!

motif gambar kat atas bukan nak tunjuk henpon cikai tu...cuma nak tunjuk suhu semasa ye.jangan salah faham pulak.memang gigil kot...dah la baru lepas hujan.beku muka aku.nasiblah ada jugak kedai kopi yang bukak...layan kopi panas memang heaven la waktu sejuk-sejuk camni kan...slurrpp

layan swan pulak...

view kota hamburg yang agak suram sebab cuaca mendung...

tak malu ke bogel ni??

ma: Astagfirullah...tak malu ke bogel macam ni??
aku: patung je kot...bukan orang betul pon...biasalah tu kat sini memang macam ni..seni katanya;p
ma: patung pon..seni apa macam tu.tak malu ke??
aku: kat paris nanti lagi banyak mak oii..
ma:@#%$^%&^%&*


ecah vs badut.

tamat sudah hari pertama di hamburg..masih ada satu tempat lagi aku nak terjah...hafencity!simpan untuk esok pagi, sebelum gerak ke berlin pulak.

.
.
.

till then
xoxo.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...