Wednesday, June 24, 2015

Kota pelabuhan...Hamburg! part.1

sambungan dari SINI...

17 may 2015- from Karlsruhe to Hamburg (5hrs)

guten morgen!!!!jetlag lagi ke? mana sempat nak jetlag..tengah teruja nak ke hamburg ni!! keluar dari rumah agak awal sebab nak kejar tren ke hamburg jam 0651 pagi. naik tram guna tiket semalam, berbaloi-baloi kan!belum cukup 24 jam lagi sebab semalam punch tiket dah tengahari...jadi masih sah!


stesen tram Martystrasse, karlsruhe

rujuk skrin yang disediakan untuk waktu tram dan tram akan datang tepat pada masanya.boleh juga install application DB bahn kat smartfon...lebih senang untuk rujukan. jadi kita boleh buat anggaran masa untuk keluar rumah dan jalan ke stesen.takdelah lama sangat tunggu kat stesen...apps tu memang sangat berguna dan di yakini...kata adik aku.

reservation tic ICE to Hamburg.

sampai main station, terus refer display panel untuk info terkini..platform no.berapa nak naik nanti..dll.mana tau ada delay ke tren batal ke kan.persatuan pekerja aka union diorang ni memang kuat dan hebat sebab boleh memberi kesan kepada jutaan pengguna macam aku.kenapa? sebab adik aku cakap diorang sekarang tengah mogok..seminggu sebelum aku datang lagi dah bermula...bila akan berakhir?masih tiada jawapan...sampailah tuntutan diorang dipenuhi kot.tren aku ni pon delay tapi tak lama la..lebih kurang 15 minit je.jadi sebagai pengguna, kita kena alert ok! .waktu macam ni la apps yang aku cakap tadi sangat berguna.

sebelum berangkat..beli bekal pretzel dulu...yummeh

muka ceria kat platform tengah tunggu ICE

dah datang dah...berdesup!

scenery sepanjang perjalanan ke hamburg city...

jemaah @ hamburg station...

selepas 5 jam 30 min perjalanan, akhirnya...it's hamburg uolls!!sangat teruja..fyi hamburg adalah bandar ke-2 terbesar di jerman selepas berlin dan terletak di bahagian utara jerman.cuaca agak sejuk kat sini...sekitar 16 deg. memandangkan check-in kul 2pm, kami gerak cari makan dulu.

klein is small, gross is big portion!
santap dulu @ Huang restaurant.

restaurant ni dekat kawasan hostel je.cross jalan depan hostel jalan terus, akan nampak sebelah kanan.


the foods...yummeh!

nampak?aku beli 3 pinggan...ayam.daging.ikan semua bantai.portion dia sangat besar okeh..memang kena kongsi..kalau mampu habiskan sorang pon takde hal..harga sepinggan yang macam aku order ni €5.8 .seriously sedap giler!ke aku yang lapar?haha masakan thai memang tak pernah mengecewakan..

check-in @ Generator hostel, Hamburg!€17.1/pax/nite

setel makan,terus check-in hostel.lokasi hostel betul-betul depan stesen tren aku turun tadi.memang terbaek dan highly recommended!siap ada free tour lagi tu..tapi aku tak follow sebab bawa warga mas...tak boleh jalan laju.jadi buat tour sendiri je...senang dan tak terikat dengan masa. deko bahagian dalam hostel jugak agak moden dan sangat stylo..boleh jenguk kat web diorang..aku dah bagi link kat atas tu.apa yang ditunjukkan tu lah realitinya bila sampai sini.tapi hostel ni takde pantry ye...bar adalah.kalau nak masak bawak periuk belanga sendiri..masak dalam bilik je.

gambar dari web generator..

gambar bila check-in...memang sebijik...very nice & comfy!

aku amik dorm dengan katil double decker untuk 8 orang.bahagian bawah katil, ada kotak besi hitam yang besar untuk simpan bag..rangka katil juga diperbuat daripada besi...jadi takde masalah bunyi 'kriok..krekk' bila orang atas panjat katil..huhu faham kan maksud aku...bunyi yang sangat menjengkelkan bila naik katil double decker kayu...tetiba boleh sentap sebab rasa diri gemuks!haha


lengkap dengan toilet & shower lagi tu...tapi agak sempit bagi aku..kalau orang asia ok kot..kalau mat salleh tak tau la aku nak bayangkan..tapi diorang bukan selalu mandi macam kita kan...lagi-lagi dalam cuaca sejuk begini;p

nampak? through my window...main train station!

sampai bilik, rehat, solat dan bermalasan dalam bilik dulu sebelum keluar balik untuk city tour.it's sunday after all...no rush.kenapa? sebab kebanyakan kedai memang tutup hari ahad.fyi, mostly kat europe ni hari ahad memang sunyi sepi.hari ahad ialah hari untuk diorang berehat dan spend some quality time dengan keluarga setelah seminggu penat bekerja., tak macam hari ahad kat malaysia...very happening.hehe tak percaya?nantilah aku share pics..
.
.
.

till then
xoxo.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...