18 May 2015 hamburg-berlin (1hr 40mins)
Guten morgen hamburg!hari ni dah nak check-out.memandangkan tren ke berlin nanti jam 1930hr, masih ada banyak masa untuk jalan-jalan lagi di hamburg..jadi setel check-out, simpan bagpacks dalam bilik loker kat hostel dulu..it's FREE!plan aku hari ni nak ke hafencity...atau lebih tepatnya pelabuhan lama yang telah dibangunkan semula..tak lengkap kalau datang hamburg ni tapi tak terjah ke pelabuhannya yang popular ni..
hari ni aku naik tren untuk ke hafencity.kalau kat KL kita ada rapidKL,kat hamburg ni pulak di kenali sebagai..HVV...ada 4 jenis line...U/S/A/R...untuk maklumat lanjut tentang laluan dan harga tren boleh rujuk terus kat web HVV..memandangkan aku hanya sehari kat sini, aku beli tiket group untuk 9 pax dengan harga €11,20...boleh guna untuk sehari dan semua jenis tren..aku sempat naik U & S je..U ialah tren underground, S pulak tren biasa.
untuk ke hafencity, aku naik U-bahn U1 ke mesberg stn, stesen ke-3 dari stesen utama depan hostel aku.
kipas kapal gergasi!
nama pon kota pelabuhan...kipas kapal gergasi sebagai tugu?memang terbaeklah kan...katanya kipas ni dari kapal dulu-dulu...dari saiz kipas ni...agak-agak saiz kapalnya besar mana ye?ada sama besar dengan kapal titanic tak??
just us!
public theater
tengah jalan santai, tetiba terjumpa benda ni...cool!katanya public theater..ada speaker tu, kita boleh letak telinga dan dengar cerita dan muzik..ala-ala opera house gitu..ada yang boleh tengok screen jugak.kreatif kan...
posing lagi...
bangunan sekolah moden
dari hafencity, aku gerak ke destinasi seterusnya di Landungsbrucken stn (U3) untuk ke St.Pauli piers...the largest place in the port of hamburg, Germany and also one of hamburg's major tourist attractions.
st.pauli piers..
deretan payung kat tepi tu lah banyak jual souvenirs..fm,keychains,t-shirt dan macam-macam lagi..tapi harus di ingat, fm paling murah boleh dapat ialah €4/pcs!jadi beli untuk diri sendiri je lah;p
fish n chips kat sini pon sedap!harga dalam €4-5 untuk satu set.
hummel hummel
mulanya, aku tak tahu pon sejarah pasal hummel hummel aka water carrier ni.tapi masa tengah cari souvenir tu banyak sangat aku jumpa replica pakcik ni..fm, keychains,mug dll...aku macam curious la pulak...nak tahu lebih..surprisingly...masa tengah bayar fm kat kaunter satu kedai tu, makcik tu macam faham je dengan persoalan yang bersarang kat kepala aku ni...tetiba je dengan senyuman manis, dia terus hulur sekeping kertas kat aku...
story of hummel hummel
oooo begitu ceritanya...ok noted!mungkin ramai lagi yang tak tahu pasal sejarah hummel hummel ni...jadi aku tempek je kat sini...mana tau ada yang nak ke hamburg....dah sampai nanti takdelah jakun sangat bila terjumpa ikon hummel hummel yang bersepah tu;p
the world's biggest espionage steamer
nampak tak kat belakang kapal tu? paddle wheel ok...cam kapal dulu-dulu..aku tak naik pon, layan tepi je la...sebab kejar masa nak ke taman pulak.fee untuk naik boat ni dalam €14 untuk tour 1 jam pusing Germany's biggest harbour ni;p
salah taman!
setel di Landungsbrucken, gerak pulak ke Planten un Blomen (plants and flowers) park...the green heart of hamburg.untuk ke sini boleh naik tren ke Dammtor stn.,sempat jugak singgah posing kat Alter Elbpark...opposite planten un blomen..terjumpa taman ni pun sebab tersalah jalan masa nak cari planten un blomen..biasalah bila namanya tourist ni...sesat itu pasti!hehe by the way..cantik jugak tamannya..tak sia-sia la sesat pon;p
posing sakan @ planten un blomen, hamburg!
map planten un blomen..
memang besar taman ni..aku tak sempat nak jalan semua pon...cari taman rose pon tak jumpa-jumpa..haha mungkin tengah construction kot.aktiviti selebihnya lebih kepada lepak santai sambil makan pretzel;p
lepak santai kat playground yang besar!
lebih kurang jam 1600, kami gerak untuk ambil bag kat hostel dan makan-makan sebelum naik tren ke berlin jam 1930. percutian 2d1n di hamburg sudah sampai ke penghujungnya...perasaan aku?memang tak boleh nak luah dengan kata-kata la..teruja..suka..macam mimpi pon ada..tak percaya sebab berjaya sampai hamburg!
aufwiedersehn...hamburg!
.
till then
xoxo.
Sai...byk entri tertinggal x baca lagi..ada masa free nanti i sambung okey..
ReplyDeletehaha....dah macam skip kelas dah gayanyer;p
Delete