Tuesday, July 14, 2015

ich bin ein Berliner! pt.1

sambungan dari SINI...

hello berlin!

Perjalanan dari hamburg ke berlin cuma mengambil masa lebih kurang 1jam 40min sahaja menaiki tren laju ICE. harga tiket pulak bergantung pada nasib.kalau tengah sale memang murah la kan.boleh booking di web DB Bahn .aku dapat €104.5/pax untuk tiket karlsruhe-hamburg-berlin-karlsruhe.



Berlin Hauptbahnhof.(Hbf)

aku sampai berlin jam 9 malam.dari hbf, terus naik S-bahn (S5) ke friedrich str stn, untuk ke Oranienburger str dan check-in hostel.str ialah singkatan untuk strasse yang bermaksud street.kat berlin, aku stay kat generator hostel jugak, sama macam kat hamburg semalam. boleh rujuk kat website generator untuk map ke hostel...just 5 mins walk from the S-bahn.rate untuk dorm 8 katil with attached bathroom ialah €47.7/pax untuk 3d2n. bilik sama je macam kat hamburg cuma kat sini luas sikit.sampai bilik semua dah flat!haha apalagi zzzzzz.
...............................................................................................................................................................
19 may 2015-Berlin city tour.

aktiviti untuk hari ini ialah untuk terjah ke tempat-tempat yang patut diterjah di berlin.sebelum datang sini, aku hanya fokus nak ke brandenburger tor dan tembok berlin je..aku memang berangan nak ke sini sejak mula belajar bahasa jerman kat universiti dulu. tempat lain tu aku tahu melalui map yang aku ambil kat lobi hostel.ada free tour by hostel jugak...macam kat hamburg..bermula jam 10.15 pagi setiap hari.tapi aku macam biasalah... melangkah ikut naluri hati je..hikhik

ingat tak aku pernah cerita yang diorang kat sini tengah strike?banyak jugak tren yang cancel..jadi sebagai langkah berjaga-jaga, sampai je kat berlin hbf,aku terus ke kaunter tiket dulu untuk pastikan tren balik karlsruhe esok petang masih ok...but damn!diorang cakap tren ke karlsruhe esok petang pon dah cancel and diorang advice supaya aku balik by today!uwaaa gila ke hape?aku baru sampai berlin semalam kot!!!seyes sedih gila masa ni..tapi apa boleh buat, diorang pon tak boleh nak janji bila pulak akan ada tren...dengan pasrah adik aku call hostel, minta refund untuk 1 malam kalau boleh...tapi hampeh...memang burn je la;c

dengan berat hati, patah balik hostel untuk kemas beg dan check-out..waaaaa hati dah meraung kot!plannya letak bag kat hbf, then bolehlah ke brandenburger tor je!sebab tren balik karlsruhe petang...jadi memang kena korbankan berlin wall;c

setel check-out,sampai hbf..tak puas hati punya pasal, sekali lagi adik aku ke kaunter tiket untuk tanya option lain yang ada...kali ni dengan staff lain pulak..hehe lucky us, kami boleh balik esok petang ke karlsruhe sebab ada tren tambahan, tapi awal sikit dari masa asal la...but still a good news to hear then!yeahhhh terus call hostel cakap nak check-in balik bilik tadi!haha nasib baik bilik still available...setel satu masalah!


 Alexanderplatz (S5,S7);

muka-muka ceria boleh jalan-jalan di berlin!

untuk tiket tren, boleh beli day tiket untuk group of 5 dengan harga €16.9. untuk info lebih tentang harga tiket boleh rujuk kat web S-bahn.sebelum ke brandenburger tor, sempat singgah di alexanderplatz dulu untuk ke primark, beli kasut untuk mak aku...cuaca agak sejuk, jadi tak berapa sesuai nak pakai sandals.primark ni memang sangat popular kot kat europe ni...ye lah boleh dapat barang berkualiti dengan harga serendah €3!sila jangan convert RM ye...memang murah sangat kat sini...karlsruhe pon ada primark ni..hihu


Brandenburger tor  (U55- tren khas dari berlin hbf sahaja)

kat berlin, 100% gambar diambil pakai henpon yang tak berapa nak canggih je...sebab kamera adik aku dah abis bateri dan charger pulak tertinggal di karlsruhe..uwaaaa sabar jela.

checked!

Tor tu maksudnya gate...jadi apa yang istimewa tentang gate ni? boleh baca dari sini.. yang aku tahu, gate ni adalah antara landmarks yang famous di german...and also a sign of peace.tugu kuda dan dewa kat puncak gate ni di panggil quadriga sebab ada 4 ekor kuda.quadriga ni jugak pernah dicuri oleh napoleon untuk letak kat atas puncak arc de triomphe di paris.


Reichtag building,

kubah kaca yang ohsem nun jauh kat belakang tu.

bangunan parlimen jerman..haaa kat sini la cancellor Angela Markel akan bersidang untuk discuss isu-isu semasa.. bangunan ni kat area brandenburger tor je..keistimewaan binaan ni terletak pada kubah kaca kat atas tu .dari situ boleh nampak pemandangan 360 degree bandar berlin.terbaek!aku tak naik pon, cuma jeling dari luar je...hehe

dem deutschen volke...to the german people!

Holocaust Mahnmal  aka memorial to the murdered jews of europe;


terdiri daripada 2711 binaan batu konkrit membentuk maze..iaitu rangkaian sambungan/jalan yang mengelirukan dan mudah sesat tu..seperti holocaust peringatan yang luas.ada bilik pameran bawah tanah jugak..

holocaust ni ialah suatu program pembunuhan sistematik yang dilaksanakan oleh pihak nazi jerman yang dipimpin oleh Adolf Hitler terhadap kira-kira 6 juta penganut yahudi di seluruh wilayah eropah yang dikuasai oleh nazi selama perang dunia ke-2. sekitar 2/3 daripada penduduk yahudi dihapuskan.hitler pernah cakap, dia boleh hapuskan semua yahudi, tapi masih tinggalkan sedikit supaya kita semua boleh tahu tentang kekejaman yahudi...betul ke??...tapi awas!...selagi masih berada di bumi jerman, jangan sesuka hati ko nak sebut nama hitler ke buat tabik hitler ke..atau apa-apa jela yang berkaitan,sebab isu hitler ni memang isu yang sangaaaatlah sensitif...confirm diorang sentap...silap haribulan, boleh masuk lokap ok!

Berliner Dom (Berlin cathedral);  



untuk ke sini, boleh naik  S5/S7 ke Hackescher markt stn. sebelah stesen friedrichstrasse je..bukan 'fried' goreng tu ye...fyi sebutan untuk bahasa jerman ni mestilah baku sebaku-bakunya...senibina gereja lama yang memang cantik...budak architecture mesti suka kalau datang sini...sebab diorang lagi tahu nak appreciate buildings kan...

tower kat sebelah tu pulak ialah fernsehturm..aka berlin TV tower.nampak je macam sebelah..tapi bukan sebelah sebenarnya.tower ni area alexanderplatz yang aku pergi tadi...opposite dengan primark.boleh jalan jugak dari sini...dalam 20-30 minit jugak kot.

nampak tak anjing comel tu?kat sini memang bersepah!jangan tak tau..anjing pon boleh naik tren...kalau sekor je, percuma...tapi kalau berdua..sekor lagi tu kena beli tiket ok!adik aku cakap, kat sini anjing pon ada ID!kalah pelarian rohingya...

salam perantauan pose!haha

leisure with ampelmann...the green mile!

ampelmann ni simbol traffic light pejalan kaki je pon..tapi simbol ni memang 'dilahirkan' di berlin pada 13 oct 1961 atas sebab kenaikan statistik kemalangan jalan raya. traffic psychologist, Karl Peglau yang mula cetuskan idea nak buat simbol ni..katanya otak manusia akan lebih peka pada simbol yang unik dan menarik..

ehsan google: antara simbol yang ada...

the red mile & the green mile in action!

bersepah kat berlin ni souvenir ampelmann...beg,baju,payung,mug,pen,coklat,fm,keychains u named it! semua ada..sedia duit je banyak-banyak ye;p


HRC berlin...checked!

untuk ke sini boleh naik U9/U1 ke Kurfursten-damm stn...bukan kufur ye..haha pelik sungguh nama stesen pon..tersimpul lidah aku nak menyebutnya;p

hari pon dah petang...sehari berjalan naik turun tren...memang terbaeklah...berbaloi-baloi bayar tiket mahal pon.mak ayah aku tak larat nak ikut.. diorang rehat kat hostel je.

aku lupa dah makan kat mana haritu...nanti aku ingat aku update balik...

*ada restoran halal @ Hanchen haus, di stesen U-bahn Prinsenstrasse
.
.
.
till then
xoxo.


2 comments:

  1. ahakss...mmg susah tul nak sebut semua nama tempat tu...mmg enjoy betul....ntah bila dapat ke sana dalam keadaan ekonomi skrg hanya mampu baca pengalaman Sai je lah

    ReplyDelete
  2. Insya Allah jm...one fine day akan sampai jugak tu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...