Sunday, August 23, 2015

ich bin ein Berliner! pt.2

sambungan dari SINI...

20 may 2015- Berlin to Karlsruhe ( 5hr 30mins)

hari ke-5 di bumi jerman...dan hari terakhir di tanah berlin.tren ke karlsruhe petang, jadi masih ada masa untuk ke tembok berlin!sebelum tu, check-out dulu dan simpan bag kat luggage storage kat hbf.nak simpan kat hostel pon boleh, tapi alang-alang nak naik tren petang nanti pon kat hbf, jadi tak payah nak patah balik ke hostel.

Gepack center aka luggage storage



luggage locker : €4/locker

saiz lokernya memang besar..aku sewa sebiji boleh muat 6 backpack, saiz 30-65L. lampu LED hijau tu menunjukkan loker yang masih kosong.boleh simpan selama mana ko nak...best kan.lepas setel simpan beg, terus gerak ke berlin wall.


Berliner Mauer aka Berlin Wall


F.R.E.E.D.O.M!
rest in love...berlin;c
 A part of 155km, 3.6m Berlin wall!

untuk ke sini, boleh naik tren ke Ostbahnhof station. memang santai habislah lepak sini.secara ringkas sejarah tembok yang terkenal seantero dunia ini...


Tempoh Kewujudan: Aug 1961- Nov 1989... 28 tahun!
Dibina oleh: pihak German Democratic Republic (GDR) atau jerman timur. (soviet)
Atas sebab:
untuk memisahkan & mengasingkan wilayah Berlin Barat, yang di kuasai oleh perancis & amerika (sekutu) daripada Berlin Timur dan semua daerah Jerman timur lain.

katanya nak elak daripada fahaman fasisme, iaitu ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu. fasisme juga mementingkan perpaduan antara masyarakat bangsa yang sama.

ramai ahli keluarga yang terpisah dan ramai jugak yang menjadi korban sepanjang 28 tahun kewujudan tembok ni...siapa sahaja yang cuba nak lari panjat tembok,terus kena tembak on the spot!

ehsan google: lokasi tembok & pos pemeriksaan aka checkpoint.

Charlie Checkpoint

pos pemeriksaan yang paling femes!kat sini boleh dapatkan 'cop' charlie checkpoint dengan sedikit bayaran la..dalam banyak-banyak checkpoint yang ada, hanya charlie checkpoint yang dikekalkan sebagai tourist attraction.


untuk ke sini, boleh naik U-bahn ke Kochstrasse

selesai di cahrlie checkpoint, terus ke alexanderplatz sekali lagi untuk cari makan dan shopping di primark sebelum naik tren balik karlsruhe...ada restoran kebab turki, tepi bangunan primark.aku lupa nak snap picture kat sini...tapi bila dah sampai sini, boleh jalan cari je,confirm jumpa.

maka dengan itu selesai sudah misi 3d2n menawan kota berlin!vielen dank berlin for the great momentos....karlsruhe..i'm coming back!!
.
.
.
till then
xoxo.



2 comments:

  1. kiranya euro4 tu boleh simpan berapa lama kita nak? itu sudah untung hiksss

    cantik plak Berlin Wall tu bila letak ambar graffiti mcm tu

    perh..im comingb back katanya...mesti best lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang untung sangat....gila tak best...memang best la kot hehe;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...