Thursday, February 5, 2015

overland 2014: island hopping@krabi...pt.9

sambungan dari entri pt.8

day 8: 18/11/2014

morning krabi!!!!tak sabar nak pergi snorkeling....yeahhh.sebelum tu kena survey pakej dulu.semalam tak sempat nak survey sebab kebanyakkan kedai dah tutup. jadi nak tak nak kena bangun awal pagi ni.van akan pick-up untuk island hopping jam 8.30 pagi. memang banyak pakej yang ditawarkan.jadi...tepuk poket tengok bajet;p
  • phi-phi island (maya bay,monkey bay,lohsamah,viking cave,pileh bay,bamboo island)
  • 4 islands ( tup island,chicken island,poda island & pranang cave)
  • Hong island (pakbia island,lading island, hong island's bay and lagoon)
  • jungle tour
  • Phang nga sea
2 jenis pengangkutan tersedia untuk semua pakej kat atas ialah dengan menggunakan speed boat yang memang mahal dan longtail boat yang memang murah dan sesuai dengan bajet aku.


aku jalan sekitar deretan kedai yang ada..untuk cari harga yang terbaik.

maka inilah hasilnya...4 island longtail boat...thb400/pax..murah tak? ok la kan.lepas beli tiket, van akan datang pick-up depan hotel.tapi untuk kes aku, pick-up depan opis agen ni je.sambil tunggu van datang, sempat jugak sarapan kat subway seberang jalan, setentang dengan ofis travel agen ni.kenyang perut, senang hati. 

van akan hantar ke jeti/tepi pantai untuk naik bot.

nama pon longtail kan...memang penuh la. sila abaikan permandangan yang tak berapa nak senonoh tu...niat aku cuma nak tunjuk keadaan dalam bot ye;p

#1 Tup island!

selepas lebih kurang 30-40 minit naik bot, sampailah ke pulau yang pertama, tup island. guide akan bagi masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk berjimba disini.

#2: chicken island
pulau ayam ni tengok dari jauh je, tak singgah pon, tapi bot berhenti kawasan sekitar untuk aktiviti snorkelling.yahoo...memang teruja sungguh sebab kali pertama aku snorkeling turun dari bot di tengah-tengah lautan.kat sabah dulu pernah snorkelling tapi turun dari tepi pantai.memang terbaek.masa yang diperuntukkan kat sini lebih kurang 1 jam 30 minit jugak. kalau ikutkan hati, memang tak puas la, tapi nak buat macam mana dah pakejnya macam tu, layan jela.nak ikut kepala sendiri kena amik private bot la kot;p

tortoise island!

#3 Poda Island...checked!
kat sini lepak lama sikit sebab makan tengahari disediakan disini.simple je menunya, nasi putih,sayur campur dan ayam goreng.air mineral dah dibekalkan siap-siap masa turun dari bot.jangan risau pasal makanan sebab dijamin halal.semua dah termasuk dalam pakej.balun jela.

lepas makan,lepak santai dulu sebelum gerak ke destinasi ke-4 dan terakhir untuk pakej ni.

#4 Phranang cave aka beach!
krabi, thailand 2014;p

ingatkan nak jalan santai je kat sini,malas nak mandi manda bagai sebab perut pon tengah kenyang.tapi bila dah sampai, terus sawan,tak boleh nak kawal diri tengok air yang terlajak jernih!hehe terpaksa mandi jugak.tak lama pon kat sini, dalam 40 minit camtu je.boleh masuk gua jugak, tapi aku tengok dari luar je la, malas nak bersesak masuk gua, mandi lagi best.lebih kurang jam 4 petang, gerak balik ke aonang.

#pancake versi krabi!
puas rehat kat bilik, petang tu keluar pulak cari pancake yang katanya wajib try bila dah sampai krabi ni.kalau kat mesia kita panggil roti canai, kat sini diorang panggil pancake! haha memang guna adunan roti canai, cuma ditambah dengan pisang/mangga/lain-lain buah/telur kat dalam dan disudahi dengan pelbagai topping especially coklat.memang sodap;p


pekena pancake mangga coklat dan pisang nutella sambil layan sunset ditepi pantai..heaven!

the sun goes down...the stars come out..

and all that counts is here and now...

sang mentari dah pon berlabuh..pekerja pulau pon dah pulang...jadi moh le kita beransur dulu..bukan balik bilik tapi beransur untuk jalan-jalan tengok sekitar.meriah jugak malam di aonang.banyak kedai untuk shopping souvenir, tapi macam biasa nak kena bargain.tapi harga kat deretan kedai yang menghadap pantai ni memang lebih mahal kalau dibandingkan dengan kedai area hotel aku.

 kat sini jugak ramai mak nyah-mak nyah yang berkeliaran dengan make-up ala-ala barbie ke baby doll lengkap dengan heels 4"..menawarkan servis 'bergambar denganku'.servis 'lain' pon ada jugak kot tapi tu kena bincang belakang.haha kalau rasa iman tu goyah, tak yah la nak berlegar sangat kat kawasan ni.aku berlegar-legar ni pon tengah cari pakej van murah nak ke hat yai esok pagi.sempat la jugak rembat flag patch barang sekeping dua.hehe murah la jugak dapat usd3 utk 2 keping flag patch.


pancake pisang coklat. thb 35 je.

pulut mangga aka sticky rice thb 50;p

tengah jalan balik, sempat tapau pancake dan pulut buat bekal makan kat bilik.bun tengah pening kepala masa ni, jadi balik awal malam tu.nak lepak pon takde apa yang menarik.

tu jelah cerita sehari di krabi.esok pagi dah nak gerak ke hatyai.overall...aku rasa krabi memang best.insyaallah, akan datang balik suatu hari nanti, sebab banyak lagi yang nak diterokai disini.plan nak sewa motor keliling pulau ni pon belum tercapai lagi..hehe saja buat alasan untuk repeat!

.
.
.
till then 
xoxo.












2 comments:

  1. Murah tu ..4 Island RM40..hari tu dapat RM100 termasuk mknan Halal

    di Tup Island lah JM mkn2 dan layan sun set..entri krabi x publish lagi huhu

    kalau ke Krabi x mkn pankek mmg rugil ah SEDAp!!!

    ReplyDelete
  2. aah...mmg murah sangat...
    pancake krabi mmg terbaek!sekali layan 2 keping tak cukup...haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...