Saturday, February 7, 2015

overland 2014: hatyai...pt.10

entry pt.9...

day 9: 19/11/2014


sarapan thb 440!

pagi terakhir di krabi.sesudah check-out, jalan cari makan dulu.layan pad thai dan sandwich mahal dipagi hari sambil tunggu van datang pick-up ke hatyai.hihi lupa pulak nama restorannya, tapi area hotel je pon.



tepat jam 8 pagi, minivan ke hatyai pon sampai.aku beli tiket minivan ke hatyai dengan kos thb300/pax.banyak travel agen yang menawarkan tiket ke hatyai ni, jadi korang kena rajin jalan,survey lebih kurang dan buatlah pilihan yang bijak!perjalanan dari krabi ke hatyai mengambil masa lebih kurang 4-5 jam mengikut pembacaan aku sebelum ini.sepanjang perjalanan memang tak bosan, sebab boleh layan karoks!hehe tapi driver van ni tersangatlah gangster cara pemanduannya.tanpa teragak-agak aku terus pakai seatbelt.safety first uolls;p


get guesthouse: thb560/2n/2pax

kami sampai pekan hatyai lebih kurang jam 3 ke 4 petang.kata dalam 4-5 jam, tapi ni dah 7 jam!apakes?nak kata bawak slow macam siput, laju macam pelesit, nak kata banyak kali stop RnR pon sekali je untuk makan tengahari.tak tahulah mana silapnya.layan je la...selamat sampai pon dah kira syukur banyak.

plan asal aku nak stay 3d2n kat hatyai ni, dah booking pon kat get guesthouse,tapi bila dah sampai depan pintu GH, takde orang pulak..boleh?nak berniaga ke tak nak diorang ni? pintu semua kunci.macam-macam hal la...padahal dah inform dalam email bila nak check-in kot!.tekan loceng..senyap!ketuk pintu pon sunyi...lebih kurang 20 minit berlalu dok hello-hello kat situ, aku terus angkat kaki dan cari hotel lain!haha habis cerita.jadi tiada review tentang GH ni sebab tak berkesempatan nak stay sini.tak jauh jalan dari GH ni, jumpa hotel baru ....

the bed hatyai...urban chic stay!

gittew... tagline yang memang sesuai sangatlah dengan kami 'chic-chic' hot yang tengah gigih dok mencari hotel;p bangunan hotel dari luar memang superb moden,classy & very welcoming!hehe apa lagi terus masuk untuk tengok harga pulak, mampu ke tidak? thb 1200/nite/2pax! aku bayar untuk 1 malam dulu sebab nak tengok dulu best ke tak hatyai ni. kalau best boleh layan lagi 1 malam, kalau tak boleh terus balik.

memang agak pricey kalau nak dibandingkan dengan harga get GH yang aku dah booking tu, tapi masih ok la, belum sampai tahap boleh pokai ke apa kan.lagipun hotel ni akan jadi hotel terakhir untuk trip overland kali ni, jadi tak salah kalau nak bermewah-mewahan sikit as a reward for ourselves after go through all the obstacles;p

the hallway...amacam? nampak best kan? ke serem?

the bed...
bila bukak je pintu, perghhh...terkesima kejap!haha ni trip backpacker ke honeymoon newly wed? untuk rm120/nite...macam ni sekali biliknya?haha kat mesia rasanya dapat tak?ada kot....tapi confirm takde swan tu!hehe katil dia sumpah...comfy gila!memang tak nak bangun dah!

toilet & pantri...dah macam 5 star hotel okeh!

memang dah pasang niat nak lepak tengok tv je...malas dah nak keluar!haha

so suweett...tapi dengan bun??memang tak berapa nak sweet la jadinya!haha

air mineral yang dibekalkan as a complimentary drink. mati-mati aku ingat botol arak sebelum ni..;p

medan shopping...greenway!

malam tu ke sini, naik moto depan hotel dengan tambang thb 40.aku tak tau apa yang best sangat kat sini sampai orang kat kaunter hotel tu boleh cadangkan kami untuk ke sini!hampeh...tak best langsung kot...bosan.macam pasar malam je...tapi ramai jugak localnya...mungkin dah takde tempat lain nak lepak kot.

mango sticky rice (thb60)...lagik!

dah bosan pusing-pusing, sempat jugak aku rembat pulut mangga ni...hihi nafsu nak makan pulut mangga ni tak pernah hilang okeh walaupun sebelum keluar tadi dah balun 2 paket mee goreng sedap!yummeh.

bila nak balik, cari motor tambang, 1 pon takde!baru perasan, memang tak nampak tourist pon kat sini, majoritinya rakyat tempatan je.nak tak nak, kena jalan keluar ke jalan besar...mencari arah nak menapak ke Lee plaza yang femes tu.baru menapak 5 minit, hujan pulak turun dengan lebat.masa tu lah datangnya gerangan moto tambang.plan asal memang nak jalan je, sambil layan angin malam, tapi disebabkan hujan lebat, nak tak nak naik jela moto dengan tambang thb30/pax.

gerai makan sekitar Lee plaza, hatyai!

kat sini baru jumpa rakyat mesia yang berlambak!haha orang mesia memang suka datang shopping kat sini.. murah katanya.kat sini aku jumpa dengan sorang akak ni dengan laki dia dari changlun, kedah.katanya,setiap hujung minggu memang akan datang sini ambil stok baju bajan untuk dijual. dari changlun nak masuk ke hatyai memang dekat sangat kot!tak sampai 30 minit.

agak bosan jugak suasana malam kat hatyai ni...bagi aku la..orang lain aku tak tahu. kat Lee plaza pon takde apa, sama je macam mall yang bersepah kat mesia.mungkin pasar diorang la kot best sikit.setelah melalui malam yang membosankan di hatyai, aku mengambil keputusan untuk balik mesia besok pagi!tak nak tunggu lama-lama dah.hehe.

sebab utama aku singgah di hatyai ni pon sebab nak ke khlong hae floating market.tapi sedihnya pasar tu bukak hari jumaat-ahad jam 3ptg-9mlm. hari ni baru hari rabu.esok khamis..lusa baru jumaat...lagi pon pasar tu bukak petang, tak sempat jugak sebab plannya petang jumaat tu dah nak gerak balik kelantan, sebab flite bun ke KL sabtu petang.ada sebab untuk repeat la maknanya...hehe

.
.
.
till then
xoxo.









2 comments:

  1. aha..pegi berdua rupanya

    Get GH tu dah bayar lah..tapi x boleh check in..kalau mcm tu bad review lah GH ni..jgn sesape book GH nih..

    berbaloilah bayar RM120 kalau bilik hotel mcm tu

    yes..ke Hatyai haruslah try pulut mangga tapi pastikan kedai yg betul..pernah try satu kedai tu mangga masam!

    alamak!! rugi tul time x kena..x leh pegi floating market tu

    ReplyDelete
  2. blom bayar jm...sebab guna booking.com...tak payah bayar deposit
    mmg kena repeat la...sebab misi singgah hatyai ni pon sebab nak ke floating market je;p

    pulut mangga mmg terbaek!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...