Tuesday, January 13, 2015

overland 2014: bangkok ke krabi...pt 8

sambungan dari entri ni...

bye-bye bangkok...hope to see u again soon!

masih di hari yang sama.bila nak habis pon aku tak tahu.banyak sangat yang nak dikongsi tapi penyakit malas memang tahap nazak dah. masuk tahun baru pon cerita overland 2014 ni belum berpenghujung. haha akan aku habis kan jugak sebelum projek mega untuk 2015 pulak berlangsung.hehe.ok sambung balik.sampai di hualamphong station, terus bergegas ambik bag sebab tren pon dah tunggu. kami naik je tren terus jalan.nasib tak terlepas tren.



naik tren terus cari seat ikut nombor kat tiket.jangan panik bila nampak seat dan bukan katil.sebab memang sistem tren diorang macam ni.dalam pukul 9 macam tu seat akan bertukar jadi katil.hehe memang aku ada baca pengalaman blogger lain sebelum ni.tu yang teruja nak naik tren ni.aku yakin yang KTM bukan macam ni kan?

nanti staff akan datang untuk proses transformation!nampak..dia akan siapkan semua sampai jadi katil yang memang selesa habis.

katil aku kat atas.tapi sumpah selesa sangat, rasa macam tidur atas katil kat rumah je.muat cantik je untuk aku yang berketinggian 155cm.kalau mat salleh yang kaki agak panjang tu mungkin kena bengkok sikit la kot. seharian berjalan di kota bangkok, memang penat.naik je katil aku terus zzzzzz


Day 7: 17/11/2014

bangun dengan senyuman...eh ye ke?ok  tipu.bangun dengan perasaan pelik bin ajaib. nak kata aku tak boleh tidur memang tipu la sebab memang lena sangat.tapi aku ada jugak sesekali terjaga. rasa macam tren tak bergerak.eh dah sampai ke? malas nak fikir banyak, sambung je tidur.bila terjaga lagi selepas 2-3 jam, tren masih tak bergerak!apa pasal?? nah aku belanja gambar dulu...

mamat brazil bawah katil bun, belakang tu family dari france.

motif gambar? ramah sangat ke aku sampai sempat borak dengan jiran-jiran?.hehe nak dijadikan cerita memang sempat sangatlah kalau perjalanan yang sepatutnya hanya 12 jam dari bangkok ke surat thani bertukar menjadi 21 jam!!!!haha nampak muka masing-masing dah tak keruan.mamat brazil dan family dari france ni dah terlepas bot terakhir jam 3 petang untuk ke pulau apa aku lupa.

tren ni sepatutnya tiba di surat thani jam 7 pagi tapi disebabkan hujan lebat dan ada tren rosak, tren tiba jam 5 petang di surat thani.hohoho memang kejang montot la .patutlah masa aku terjaga malam tadi rasa macam tren tak bergerak. ingatkan perasaan aku je...hakikatnya memang sah tak bergerak la.aku bernasib baik sebab plan aku lepak santai je.takde beli tiket naik bot ke apa.jadi pasrah je la.

kakak manis yang baik hati.katil bawah aku.

akak ni memang baik  dan concern sangat.bila travel naik tren macam ni, penting untuk kita bersikap prihatin dan toleransi.kenapa aku cakap macam tu? sebab kalau orang seat bawah tak nak kemas katil dia, kita yang katil atas ni memang kena melangut kat atas tu sampai sudah.kalau malam takpelah, boleh tidur je, tapi bila dah siang ni, memang agak kejang dan rimas la kat atas tu sebab nak tidur dah tak larat, nak tengok permandangan kat luar, tingkap takde.

akak ni tanya aku kalau nak kemas katil dia tak kisah.kesian kot tengok aku dah tak keruan kat atas tu.hehe aku apa lagi terus lompat turun bila akak tu panggil staff untuk tukar katil jadi seat balik.akak ni siap offer aku makan roti dengan marmalade jem.memang terbaeklah kan sebab aku pon agak kebulur, dari pagi dok makan coklat je.plan nya nak sarapan kat surat thani je bila sampai.ada je orang jual nasi goreng dalam tren, tapi aku macam was-was la nak makan.selagi tak kebulur, tahan je lah kan.

lega rasa bila dapat tengok luar tingkap!

antara tren yang tersadai tunggu giliran nak jalan.trek jadi 1 laluan je, sebab tu delay sampai 10 jam tu.

mamat brazil tu turun kat sini.nasib bun tak sebaik aku.hanya boleh turun bawah selepas mamat brazil ni turun.hehe lagi 3 ke 4 stesen nak sampai surat thani.

akhirnya...sampai jugak  di surat thani.naik bas pulak nak ke pekan krabi.lebih kurang 3 jam perjalanan.hari ni aktiviti aku melangut dalam tren dan bas je lah jawabnya.tapi best jugak sebab sempat borak dengan ramai backpackers dari seantero dunia.sampai pekan krabi, ambik van pulak nak ke Aonang.tambang thb100/pax.

aku dah booking dengan popeye guesthouse kat aonang,krabi dengan rate thb500/pax untuk 2 malam aka rm25/nite. tapi nak dijadikan cerita aku tak terfikir atau lebih tepat...aku lupa pulak nak call guesthouse bagitau tren delay dan akan lewat check-in.dah sampai owner cakap bilik full!tak salah owner jugak sebab aku sampai tu dah lewat, lebih kurang jam 9.30 malam.dia dah let go bilik aku sebab peak season, ramai yg nak check-in katanya.nasib aku baik lagi sekali bila owner popeye ni dapat carikan bilik kosong kat guesthouse kawan dia..Alhamdulillah.

disinilah aku check-in untuk 3d2n...dengan rate thb700/pax.lebih thb 200 dari bajet.tapi masih ok la.

bilik pon ok.spacious and comfy;p

toilet pon bersih.

makcik yang gigih nak bawa pokok mangga balik france!

aku jumpa makcik ni dengan laki dia masa dalam bas nak ke krabi.mungkin dia pon naik tren sama yang delay, tapi gerabak lain.dia ikut aku nak check-in kat popeye sebab dia cakap murah sangat aku dapat bilik.aku dah macam kesian pulak bila sampai popeye bilik dah full.nasib baik dapat cari bilik lain.
memang terbaek lah makcik ni.dia cakap dia suka sangat makan mangga, jadi terus beli anak pokok mangga nak bawak balik france!haha macam mana dia nak bawa naik flite pon aku tak tahu.dia bawak pokok tu dah hampir 2 minggu dan percutian diorang ni akan tamat dalam masa 2 minggu lagi.kalau beli benih logik la jugak, ni pokok kot!umah dia selatan france, sempadan dengan italy.mungkin pokok ni boleh hidup katanya sebab cuaca lebih kurang panas macam kat sini.haha all da best aku ucapkan pada makcik ni;p

bamboo restaurant, aonang krabi.

setel check-in, keluar balik cari makan.seharian bertahan dengan coklat dan sekeping roti akak manis dalam tren tadi.keluar hotel, jalan ke kanan, terus jumpa restaurant ni.makanan dia?TERBAEKKKK
capital letter terus.memang super sedap weh!serius!ke aku memang lapar tahap gaban?haha. dah sampai aonang ni, tak payah nak risau pasal makan halal sebab memang berlambak.pilih je kedai yang berderet ni.

stay kat aonang ni memang best.pantai dekat.makan sedap.kalau di bandar krabi tu aku tengok macam biasa je.agak jauh dari pantai.jadi kalau nak lepak santai tepi pantai, pilihlah hotel sekitar aonang.boleh jugak sewa motor untuk pusing pekan krabi.tuk-tuk pon ada.tapi aku macam biasalah hanya menggunakan sepasang kaki cantek kurniaan tuhan yang maha Esa sajo untuk pusing-pusing melihat keindahaan ciptaan-Nya.

dah kenyang, jalan ke pantai pulak.tapi dah malam gelap gelita nak tengok apa pon tak boleh.jadi duduk kejap sebelum jalan balik semula ke hotel untuk rehat selepas menempuh perjalanan yang panjang dari kota bangkok...kemana pulak esok? bangun tido pagi esok baru fikir...
.
.
.
till then
xoxo.




4 comments:

  1. Replies
    1. memang thorbaekk..leisure habes!

      Delete
  2. alahai byk lagi travel trip yg JM missed..nantilah datang terjah lagi ehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jm..jm..thanks for drop by;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...