Monday, February 9, 2015

overland 2014: hatyai-sg.kolok...the END!

entry pt.10...

day 10: 20/11/2014

akhirnya...entri untuk overland 2014 telah pon sampai ke penghujungnya...hehe lama sungguh nak habiskan cerita trip kali ni.

pagi di hatyai...agak sejuk sebab hujan sudah membasahi bumi sejak bila pon aku tak pasti sebab bangun nak solat subuh tu memang dah hujan.plan pagi ni nak ke kimyong market yang terletak tidak jauh dari hotel.boleh jalan lebih kurang 10 minit dah sampai. semalam masa jumpa akak dari kedah tu, dia cadangkan untuk ke kimyong market ni. banyak barang murah katanya. banyak lagi tempat lain yang boleh dilawati kat hatyai ni macam central festival mall, magic eye 3D museum, mall-mall lain yang berlambak, zoo dll.tapi aku dah tak berminat nak layan tempat-tempat biasa macam tu dah.lagipun dah nak balik petang ni...jadi lepak santai jalan kat local market adalah yang terbaek...boleh usha locals...


paling best kat pasar ni,aku dapat beli pelbagai jenis buah yang super fresh dan murah!hehe benda lain macam biasa lah, ada baju bajan,kasut,bag dll..lebih kurang dengan pasar kat mesia je.harga pon kena pandai tawar menawar. aku takde amik gambar kat sini sebab hujan, pakai poncho.susah nak pegang kamera bagai.tapi sebab nak tempek jugak gambar, aku gugel je..


macam ni lah keadaannya di kim yong market.deretan stall buah tepi jalan.kedai lain macam baju dll, dalam bangunan.
chestnut,1kg =rm20.super sedap!

kekacang...lebih kurang harga macam kat rantau panjang je.

buah-buahan yang super segar,murah dan yang penting manis!aku sempat beli anggur,lai,pisang kaki,pear,delima untuk bekal perjalanan ke sg.kolok petang tu..memang gigih gila angkut buah berkilo...hehe;p

setel beli buah, balik hotel untuk check-out jam 12 tengahari dan terus tahan van depan hotel ke stesen bas/van utama untuk beli tiket ke sg.kolok/golok.fyi, tiket ke sg.kolok ni boleh walk-in je.tak payah nak risau sold out sebab banyak.tapi diorang akan tunggu van penuh baru gerak.nasib kami baik sebab tak payah tunggu lama. van penuh dalam masa 30 minit je lepas dah beli tiket. harga tiket van hatyai-sg.kolok thb 200/pax.

bon voyage...thailand

welcome to malaysia!
selepas perjalanan lebih kurang 3-4jam, selamat sampai di sg.kolok, sempadan msia-thai.van akan drop kat sebelah thai je.untuk masuk ke malaysia, kena menapak sikit.tak jauh pon..5 minit je.

menapak merentasi golok bridge ini untuk masuk ke malaysia.

lepas berjaya menambah satu lagi 'cop' di buku merah,maka dengan rasminya berakhirlah sudah pengembaraan aku dan bun selama 10 hari bermula dari misi jelajah killing field choung ek di phnom penh, berbasikal menawan angkor wat di siem reap, berjimba di bangkok, snorkelling di krabi dan cuci mata di hatyai.

harapan untuk tahun baru 2015? semoga tapakakiku akan terus melangkah dengan jayanya untuk misi menawan dunia..muahahha.tak salah kan nak berangan?bukan kena bayar pon.



.
.
.
till then
xoxo.









6 comments:

  1. same to me waktu ke pasar kimyeong tu HUJAN..so mmod ke laut..just jalan2 tgk2 je tak ada yg berkenan

    psst : nak tanya Sai..overland dari PP - Siem Reap - Bangkok - Krabi - Hatyai selama 10 hari ni trip SOLO ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe berdua la jm...mmg tak feel lg kot nak solo skrg...tp in da future who knows....

      Delete
  2. bestnyaaa banyak kekacang.. i looike..
    murah gila chestnut diaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...best2...jom dtg kelantan...murah gak kacangnya;p

      Delete
  3. Sekarang brp la tmbg agknya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm yang tu kurang pasti pulak...mungkin dah naik la sebab duit kita dah banyak jatuh kan....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...