Tuesday, January 27, 2015

jjcm@penang: bas CAT penang terbaek!

happy new year 2015!

kembara pembuka bicara tahun baru aka pemanas tapakakiku kali ni ialah trip jjcm ke P.E.N.A.N.G (8-10/1/2015 ) yallss.penang memang terkenal sebagai syurga makanan. masa kat hatyai sebelum ni, ada jumpa minah poland.dia pon teringin sangat nak ke penang sebab nak merasa makanan kat sana.maka silalah berbangga wahai orang penang!trip ni jugak dinamakan jjcm sebab aktiviti utama adalah makan sampai lebam!

Bendera Pulau Pinang

sedikit info: 
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut semenanjung Malaysia.negeri ni terbahagi kepada 2 bahagian oleh selat melaka.juga merupakan penempatan British yang pertama di semenanjung malaysia. nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang.juga dipanggil tanjung bidara sebelum dikenali sebagai pulau pinang.

to cut short, ni bukan first time aku ke penang, sebab sebelum ni dah berkali ke sana.tapi untuk kerja la.jadi trip kali ni akan ku teroka penang dengan serius.hehe.frankly speaking, hobi masa lapang aku adalah browsing web AA.yup.pantang ada masa terluang je, mesti terjah utk tengok tiket murah...dan bila dah tengok, tak kan tak beli kan? haha maka terbeli lah tiket return ke penang ni..rm 60 sajo.

touchdown @ bayan lepas international airport jam 10 pagi 8/1/15.airport besar.not bad.selesa.
perkara paling aku suka ialah rangkaian pengangkutan kat penang ni.sangat terbaek!keluar je airport, jalan ke kiri ada bas rapid 102 untuk ke komtar, pusat bandar georgetown.tambang semurah rm2.70!
sampai komtar, boleh naik bas Central Area Transit aka CAT pulak untuk pusing bandar secara percuma.yes.it's FREE! best kan? bus CAT ni cover 19 stesen, yang memang tourist spot area.selang masa kekerapan bas adalah 20minit saja.memang terbaek.untuk tengok laluan, sila rujuk kat sini

ni kat pengkalan weld,stesen terakhir #19. untuk naik bas CAT ni, kena tunggu kat stesen bas yang telah disediakan, sebab bas ni tak kan stop sesuka hati, melainkan di stesen bas CAT sahaja.

nak naik bas pastikan ada tulis free shuttle CAT!

ni pulak stesen CAT kat komtar, #9.

tiket bas rapid.masih menggunakan tiket manual cam dolu-dolu.klasik tak? rm2.70 tiket dari airport ke komtar, rm2 tu dari komtar ke penang hill aka bukit bendera.

ok tu je nak cerita pasal bas CAT.hehe pendek je entri ni. sepanjang 3d2n aku kat penang ni, memang turun naik bas CAT ni je melainkan ke penang hill dan airport je yang naik bas berbayar.super jimat okeh.i loikee;p bajet lebih boleh topup untuk makan la..wohooo.

.
.
.
till then
xoxo.





4 comments:

  1. wahhhh JJCM ke Penang katanya..best jugak jenjalan dlm negeri..asyik luar negara je ye dok

    ishhh murah tu RM60..JM rajin gak terjah AA tu tapi nasib x pernah baik..nak try JJCM di Singapore lah ok tak?

    wahh..dah ada perkhidmatan bas CAT..cukup bagus tu salah satu tarikan di Penang tapi FREE sampai bila eh

    JM risau sebenarnya nk ke tempat yg tiada kemudahan awam sbb malas nk sewa kereta nampak nya mudah sahaja nk gerak di penang boleh naik CAT bas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jjcm penang mmg heaven...jm nak jjcm di s'pore?nak ikutttt

      CAT tu free dah 2 tahun, dan macam akan FREE sampai bila-bila kot..tourist attraction katanya;p


      Delete
  2. Google pasal CAT Penang terus jumpa entri ni.

    Info terbaik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...otai ni!tq bro.. sudi touchdown kt sini...CAT mmg terbaek;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...