Tuesday, January 27, 2015

jjcm@penang: tune hotel downtown penang!

total kos 3d2n: rm86/pax; termasuk towel, shower kit,aircond 24hrs.

amacam..murah tak?aku rasa ok la kot.kenapa tune hotel?simple je alasannya sebab aku tak pernah merasa stay di rangkaian tune hotel pak tony ni.


front desk.setel check-in, dapat kunci dan goodies yang berisi tuala dan shower kit.aku memang jakun kejap sebab first time kot.tak pernah lagi aku stay hotel yang towel dan shower kit dibekalkan ketika check-in!haha apa salahnya kalau terus letak dalam bilik?oh lupa pulak, kat tune hotel ni memang semua pon kena add-on,macam naik flite jgk, nak kena add on macam-macam.huh layan je la;p


tadaa.nice & comfy biliknya.memang diakui agak sempit, tapi oklah, bukan nya nak main kejar-kejar dalam bilik pon, setakat nak tido je.deko cantik dan penggunaan cermin memang bijak untuk menampakkan ruang bilik lebih luas.

toilet bersih berkilat. cermin sana sini;p

pintu toilet pon cermin, tapi bukan see through eh.

lokasinya pulak di jalan burmah. memang tak jauh dari komtar, jalan lebih kurang 10 minit je .stesen CAT terdekat adalah #11 iaitu stesen jalan transfer.eh macam familiar kan transfer road ni?ehem..ehem tak kan tak ingat,kat sinilah kedai roti canai yg femes tu...wajib cuba bila dah sampai penang ni katanya...

lagi satu kat tune ni, kalau nak tukar tuala baru setiap hari, jangan lupa bawak turun tuala ke front desk sebelum  keluar jalan-jalan.nanti bila balik, ambil tuala baru sebelum naik bilik.faham!haha macam-macam la.apa salahnya kalau terus letak tuala baru waktu kemas bilik?

luggage storage.
part ni memang penting la bagi aku yang flite balik KL jam 6pm. check-out jam 11 pagi.memang aku park bag kat sini dulu la nak tunggu petang kan.hehe bayaran yang dikenakan pon tak mahal cuma rm2/bag/day.

sebelah hotel ada 7-eleven.kot la emergency tengah malam nak cari barang kan.overall aku puas hati la untuk 3d2n kat sini.ok tu je nak cerita pasal tune.
.
.
.
till then
xoxo.



4 comments:

  1. 2 mlm RM86 murah gila...bila dgr harga tu naik meroyan murah sgt ahaha..nampak..mmg murah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tula.sblm ni malas nak stay tune sebab semua nak kena add on..leceh.tapi bila tgk harga murah dan all included, terus grab je la..nak merasa dok tune katanya;p

      Delete
  2. Aku duk Tune KLIA2 baru ni, dapat RM123 per nite. Tapi hotel baru ni xde add on dah sebab diorang dah provide semua dalam bilik tu yang harga lawa je. Aku banyak kali gak duk Tune Hotel & paling aku suka sebab banyak cermin. Senang nak bersiap. Bahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan...dah macam rumah cermin. senang nak bersiap ke senang nak berjoget dpn tu;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...