Wednesday, December 31, 2014

overland 2014: chatuchak market bangkok...pt.6

sambungan dari entri pt.5...

day 5:15/11/2014
pagi di bangkok.bangun dengan senyuman.ok menipu..haha bangun dengan kelaparan sebenarnya.pagi tu memang bangun awal sebab perut dah berdansa mintak diisi.semalam makan dalam mimpi je.hihi marilah kita turun ke pantri,(pintu merah tu) sebelah je dengan pintu masuk hostel.

pantri luas dan selesa.guest lain masih syok dilamun mimpi lagi kot..baru jam 7 pagi.aku memang suka sangat dengan mural kat hostel ni.memang cantik.tengok saja la dinding kat belakang bun tu.nice!
 
ada sorang je amoi tengah makan ramen.nampak?semua ada kat pantri ni, lengkap!microwave,peti sejuk,dapur (keluar pintu kaca sebelah peti ais tu),kopi,teh,gula semualah.dah macam dapur kat rumah.dan yang paling best,dalam peti ais tu ada disediakan aiskrim kelapa secara PERCUMA!! ya..it's FREE..makanlah banyak mana ko nak.fyi kat thailand ni memang femes dengan aiskrim kelapa.sedap okeh..lemak berkrim..yummeh.breakfast makan aiskrim? apadehal kan..hihi

dah kenyang baru boleh plan nak ke mana...

destinasi wajib bila dah sampai kota bangkok ni ialah untuk terjah #chatuchak market, the longest & biggest open air market in the world!!untuk ke sini senang je, boleh naik mrt ke chatuchak park station exit 1 atau naik bts ke mo chit station. jadi pilih mana yang senang.macam aku sebab hostel kat station mrt queen sirikit, aku terus ke chatuchak park station, 10 station dari hostel.harga tiket pulak thb35/pax.

 
exit 1 dari chatuchak park station, akan nampak taman.jalan terus je nanti nampak kedai berderet tepi jalan dengan payung bagai, maknanya dah sampai la tu.jalan je la ikut kaki nak melangkah ke mana.harus ingat, bahawa pasar ni memang tak berpenghujung kot!seharian aku jalan memang tak habis.masa sampai pagi tu manusia tak ramai lagi.cuaca pon tak panas.sesuai sangat nak jalan santai cuci mata.pasar dah buka seawal jam 8 pagi lagi.kalau nak datang,datang awal sebab tengahari dah sesak dan panas.
kat sini macam-macam ada.sediakan duit je lah.dan seperti biasa, jangan segan silu untuk tawar menawar.mungkin tak kan dapat separuh harga macam kat china, tapi tak cuba tak tahu kan?mungkin kat sini dah terkenal dengan tempat tumpuan pelancong, tu pasal lah peniaga kat sini agak demand.

sempat jugak snap tokei jual gelang yang bergaya sakan ni;p

memang tak dinafikan terlalu banyak benda kat sini yang membuatkan aku leka sampai tak sedar dah tengahari.haha sumpah aku tak jumpa penghujung pasar ni sampai sudah. kaki pon dah mula minta belas untuk rehat.kalau datang sini jangan lupa beli minyak aroma terapi, tak pon massage oil.memang murah dan packagingnya memang cantik untuk buat souvenir.lupa pulak nak snap gambarnya.

 
dah tengahari memang best lah pekena aiskrim kelapa ni.memang beratur panjang.tengok saja kelapa yang bersusun tu.aku tak beli pon sebab kat hostel dah dapat makan free kan.hihi.kat kelantan pon ada aiskrim macam ni, aiskrim baba.memang dah biasa makan.tu yang sekadar snap gambar kenangan sajo.


untuk makan tengahari pulak, tak payah nak risau sebab kat pasar ni memang banyak kedai makan halal.gambar kat atas antara kedai halal yang sempat aku snap.

menu lunch kami.nasi goreng thb 120 dan kuew tiow tom yam thb 120 jugak.jus oren tu pulak thb40.singgah makan kat kedai rahmatullah, sambil mengusha sunglasses berharga thb39/pcs!!mana nak dapat weh, rm3.90 kat mesia!!paling murah pon rm10 okeh.


motif gambar?ok nak dijadikan cerita, masa on the way nak balik, tengah cari jalan keluar ke station mrt, ternampak pulak orang ramai berkumpul.tak tahu la diorang tengok apa.street buskers? biasalah, kat mesia pon ada kan? apa yang beria sangat nak tengok kan?gigih aku hulur tangan nak snap gambar ni okeh.

bila aku tengok balik gambar ni barulah aku ternampak x-factornya..hihi brader ukelele tu lah puncanya!!!faham-faham je lah, malas aku nak explain lebih-lebih.patutlah beria si bun dok snap gambar.haha 

masa balik aku naik mrt di stesen  kamphaeng phet, 1 stesen lepas chatuchak park.punyalah syok berjalan sampai tak sedar dah sampai stesen lain.rehat sebentar pekena mango sticky rice aka pulut mangga yang ditapau kat pasar tadi. dah recharge, kami gerak ke MBK shopping mall (bts: national stadium) untuk solat di surau tingkat 6.


usai solat, tetiba rasa nak makan lagi!boleh?haha hari ni memang makan je kerjanya.ramai yang cakap kalau dah sampai MBK ni kena pekena tom yam kat yana restaurant, kat level 6.memang terbaekkk! sedap sangat tom yamnya sampai aku tak tahu nak describe macam mana.pad thai pon thorbaekk.pendek kata makan kat sini memang sedap semua kot.ramai je malaysian makan kat sini. mat salleh pon ramai. total untuk makan 2 orang seperti diatas ialah thb 358. berbaloi-baloi.

setel makan, kami lepak santai, jalan-jalan tengok apa yang ada kat MBK ni.plan asalnya nak ke
  • khao san road; bts sathorn saphan taksin-chao phraya express boat to phra athit pier 13-walk
  • patpong; bts sala daeng
tapi biasalah bila dah kenyang perut ni, penyakit 'm' pon datang menyeranglah.hihi tambahan pulak hujan lebat.jadi lepak mbk je la sampai malam.mungkin tuhan nak selamatkan aku daripada melakukan zina mata kot.hihi fyi patpong ni area yang 'hot' kat bangkok ni.kalau nak tahu apa ada, kena terjah sendiri la ye

tu jelah rasanya aktiviti aku.dah puas lepak mbk, gerak balik hostel pulak...dan plan apa pulak nak buat untuk hari esok...
.
.
.
till then
xoxo.





4 comments:

  1. trip baru2 ni transit di Bangkok sebelum ke Surat Thani dan sempat singgah 1 jam di Chatuchak Market ni hari Ahad..Ya Ampun ramainya manusia!!!! bersesak dan berselisih baru. Betul cakap Sai..harga agak mahal maybe penaiga agak demand kerana ia merupakan tourist spot...market yg yg sgt besar dan luas kami x habis explore pun just singgah beli souviner je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha besar kan? kami yang spend separuh hari ni pon tak sempat nak cover semua.

      Delete
  2. Haritu memang langsung xsempat nak menjejak kat Chatuchak ni. Penyesalan sangat. Huhuhu. Tapi tom yum kat Yana memang sedap. Tetiba kan.

    ReplyDelete
  3. wajib repeat la cmtu..jomssss.haha tomyam yana mmg terbaek.2x makan kat situ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...