Tuesday, January 13, 2015

overland 2014: lost in bangkok...pt.7

sambungan dari entry pt.6...

day 6:16/11/2014

plan asal: day trip to Ayutthaya- 1jam 30min perjalanan dari stesen Hualamphong. harga return tiket thb30 je.

last minute plan: maeklong railway market- di samut songkram, 80km dari kota bangkok.

alkisahnya....nak dijadikan cerita, bangun pagi tu bun cakap nak ke maeklong market..terkesima kejap..haha.aku pon memang teringin jugak nak tengok sendiri the most dangerous market in the world ni...sebelum ni pernah tengok dalam national geographic je..tapi sempat ke? malam ni tren nak ke surat thani jam 7 malam...tapi tak cuba tak tahu kan?untuk tidak menghampakan bun, aku setuju untuk ke sana..walaupun aku rasa macam agak mustahil...kenapa? nah aku ringkas kan route yang bakal ditempuh;

  • bts wong wien yai- keluar dari stesen, kena menapak lebih kurang 1km untuk ke stesen keretapi wong wien yai pulak.kalau kat mesia ni macam stesen komuter la untuk naik tren ke stesen mahachai. perjalanan ke stesen mahachai pulak makan masa 1 jam.kekerapan tren adalah setiap sejam. dah sampai mahachai, kena menapak cari bot pulak nak menyeberangi sungai ke stesen Ban Laem.perjalanan dari ban laem ke maeklong pon lebih kurang 1 jam.
nampak?betapa complexnya perjalanan ke maeklong...harga tiket bukanlah halangan yang besar sebab memang murah, dari wwy ke mahachai thb 10 je,naik bot ke ban laem thb3, tren ban laem ke maeklong thb10...memang tak sampai rm10 pon harga return tic.tapi halangan terbesarnya adalah MASA!

keluar hostel jam 8 pagi, menuju stesen Hualamphong untuk simpan bagpack dulu sebab malam ni nak naik tren ke surat thani.


bayaran untuk 2 bagpack 30l: thb140.pelik tak? memang lain daripada kadar harga yang dipaparkan.aku tak tau macam mana dia kira.memandangkan takde luggage storage lain, bertabah je la bayar walaupon tak puas hati;c

dari hualamphong stn, naik mrt ke silom (thb18) sebelum tukar naik bts di sala daeng stn untuk ke wong wien yai stn. dari sala daeng ke wong wien yai, harga tiket thb 34.masa sampai kat bts wong wien yai stn tu lebih kurang jam 11.30.keluar bts....lost!haha lebih kurang 40 minit jugak dok menapak cari stesen keretapi nak ke mahachai.sign board pon takde.tanya pak guard,no english!yang bestnya siap bagi direction salah lagi..haha sabar je la..

tengok jam hampir 12.30 tengahari dah...kalau nak teruskan niat ke maeklong memang tak sempat dah...perjalanan tren pergi balik dah 4 jam...tambah kalau sesat pulak?memang haru la...akhirnya, ambik keputusan untuk patah balik dan lepak santai ke mall yang berlambak di kota bangkok ni sambil tunggu tren jam 7 malam nanti.hihi ada alasan la nak repeat bangkok!woohooo

usha map jugak..kot la ada tunjuk celah mana stesen keretapi wongwian yai..hampa;c

new season hotel...lalu masa nak ke platinum shopping mall

hotel lagi...arnoma..ye la kata nak repeat kan..hihi

isetan uiblis;p

novotel..paling dekat dengan platinum.

akhirnya...platinum fashion mall.nak ke sini naik bts ke ratchadamri stn.keluar stesen, jalan terus je sampailah jumpa platinum ni.apa yang bestnya kat mall ni?dia macam kenanga wholesale kalo kat KL.harga barang memang murah.tempat ni recommended by local kat sana.tujuan utama mencari barang wacoal.thailand ni negara asal wacoal...jadi memang murah sangat.boleh borong stok setahun terus.sebenarnya kakak aku yang kirim..mall ni ada 2 bangunan.memang sangat besar.jadi nak senang, sila ke kaunter pertanyaan, bagi nama kedai apa nak cari...setel.jimat masa.

tuk-tuk versi thailand pulak..lebih kurang dengan auto kat india je.

bas antik!hehe 

madam tussaud bangkok @siam paragon- naik tren turun kat bts Siam stn.

menapak ke hard rock untuk misi mencari t-shirt ayah bun. naik bts turun di bts national stadium.kemudian pandai-pandailah cari jalan.hehe tak susah pon.jangan lupa untuk tanya orang kalau tak jumpa.aku nak bagi direction pon susah sebab aku main redah je.janji sampai.

gini la agaknya 'lambang' bila dah bergabung nanti...hihi

siam discovery.bagi aku bangkok ni saling tak tumpah macam KL je suasananya.dengan mall yang berlambak.dengan trafik yang super jammed.mungkin bezanya local kat sini lagi fashionable kot.bukan kata kat KL takde fashionista, tapi local bangkok ni lagi berani mati la fesyen diorang.

naraya.brand yang memang super popular di kota Bangkok ni.bag yang super comel dan cute.

hari pon dah hampir senja, sekali lagi aku ke yana restaurant di mbk mall untuk isi perut sebelum ke hualamphong station.akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.long distance train ride!!yeah...walaupun ini bukanlah pengalaman pertama, tapi tetap teruja sebab kali pertama dapat merasa tido atas katil dalam tren.hehehe masa orient trip dulu aku dapat hard seat je untuk tren 12 jam dari guilin ke guangzhou. nak tau best ke tidak?nantilah aku cerita dalam next entry....
.
.
.
till then
xoxo.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...