Sunday, December 7, 2014

Overland 2014: cambo-thai border crossing...pt.5

sambungan dari entri ni...

Day 4;14/11/2014: siem reap-poipet-bangkok



ah run sure sdei uolls!!!motif gambar? ni lah depot basikal yang aku cakap semalam.depan villa je.sesaje gatal tangan snap gambar ni sesambil bosan dok menunggu van datang pick-up untuk ke poipet dan seterusnya ke bangkok!!!yahooo.aku pernah ke bangkok dulu, tapi masa tu aku budak lagi, jadi tak berapa nak ada memori sangat.jadi aku anggap ini kali adalah kali pertama tapakakiku akan ke bangkok.


tiket minivan ke bangkok ni usd 15/pax.tepat jam 0800, seperti yang dijanjikan, van pon sampai depan villa.Alhamdulillah, sekali lagi keadaan van memang tip top.sangat selesa.kali ni van 9 seater, tapi tak penuh pon.cuma ada 6 orang saje.hati pon berbunga riang sebab dapat conquer 3 seat.siap boleh baring lagi.hoho

permandangan yang terhidang sepanjang lebih kurang 3 jam perjalanan ke poipet, sempadan kemboja-thailand.pokok kabung bersepah dan sawah padi yang luas terbentang.sawah mungkin biasa kita lihat kat mesia, tapi pokok kabung memang rare la.

lebih kurang jam 12 tengahari, sampailah di poipet. fyi, van akan turunkan kita sampai sini sahaja.setiap orang akan ditampal dengan stiker berwarna mengikut destinasi masing-masing.ada yang nak ke bangkok macam aku.ada juga yang nak ke chanthaburi,ko chang dan lain-lain tempat.akan ada van lain yang tunggu di sebelah thailand.jadi pastikan stiker tu tak hilang, supaya proses pengecaman sebelah thailand nanti berjalan lancar.sebelum tu kena jalan ke kaunter imigresen kemboja dulu untuk cop keluar.

setel cop passport, teruskan berjalan menuju keluar gate kingdom of cambodia ni. Lea sen hery aka good bye cambodia!

sawadeekaa..thailand!dah nampak thai's flag.jalan je terus untuk proses cop passport masuk thailand pulak. bila buat overland trip macam ni, part lintas sempadan ni la yang paling best.rasa puas sangat bila tengok cop kat passport.hehe

imigration checked...Aranyaprathet.couple dari poland yang satu van dari siem reap tadi.diorang nak ke chantaburi kalau tak silap.laju sungguh jalan.untunglah kaki panjang kan..langkah pon besar.aku jugak la jalan  terhegeh-hegeh kat belakang ni..

couple yang bakal terlepas tren jam 1900 ke surat thani;p

lebih kurang 45 minit jugak masa yang diambil untuk setel imigration.jadi bagi mereka yang merancang untuk naik tren ke bangkok, sila plan betul-betul kalau tak nak terlepas tren jam 1330 kalau tak silap aku.dah setel, jalan keluar dan terus je, nanti korang akan nampak ramai yang dok beratur kat sini dulu, sebelum van datang pick-up.mereka akan tunggu semua orang setel dengan imigresen kot...dan bermulalah episod 1 part yang kurang best untuk trip kali ni....

setelah menunggu hampir setengah jam, kami disumbat naik van pick-up dan diturunkan di sebuah restoran untuk menunggu van seterusnya.diorang cakap sekejap sahaja transitnya...tapi hampir 40 minit kot!!!aku dah habis 3 botol oishi lemon okeh.muka semua orang pon dah mula berubah..nak marah pon tak guna..bertabah je la tunggu.akhirnya lebih kurang jam 1430 ke 1500, barulah datang van untuk ke bangkok.aku pon takde nak snap gambar bagai sebab mood dah ke laut.

ingatkan dah boleh lega dapat naik van.hampeh jugak. bermula pulak episod 2 part kurang best,jam 2100 baru sampai bangkok!gila tak?perjalanan hanya 255km dari poipet ke bangkok, sepatutnya mengambil masa lebih kurang 3-4 jam je, tapi aku? 6 jam hokehh!!!driver van tu bawak 50km sejam jalan highway pulak tu!korang rasa apa masalah driver tu?gila? ya tepat sekali.memang gila.2 couple yang naik van sama dengan aku tu dah terlepas tren ke surat thani jam 7 malam.

tujuan utama aku beli tiket van ni pon sebab nak sampai awal kat bangkok.senang nak cari hostel.kalau dah sama je sampai malam macam naik tren, baik aku naik tren je.lagi senang.murah pon murah.sepatutnya aku sampai bangkok dalam kul 1500-1600 macam tu.van tu pulak turunkan kami di khao san road, which is memang takde subway/mrt station.nak kena menapak cari tapi agak jauh la dan di malam hari?memang susah la sikit.aku dah mintak driver tu turunkan di hualamphong station, memandangkan semua orang dalam van tu nak naik tren untuk ke destinasi masing-masing.tapi driver tu buat pekak badak dia je.tak nak layan.memang siot.dah la bawak van macam siput sedut.

nak tak nak aku kena ambik taxi pulak ke hualamphong station.burn lagi thb100/pax aka rm10.huhu sakit pulak hati aku ni.padahal dekat je pon, lebih kurang 10 minit je.salah aku jugak sebab tak boleh nak berfikir waras dah malam tu.kalau jalan sikit cari tuk-tuk ke mungkin dapat murah sikit daripada taxi.inilah yang dikatakan dugaan....

sampai hualamphong, terus beli tiket tren ke surat thani pulak. combo tiket tren sleeper dan bas dapat thb948/pax. setel tiket, cari MRT nak ke hostel di Queen sirikit station pulak. 5 station je dari hualamphong.hampir 20 minit jalan turun naik jejantas, masih tak jumpa hostel.haha memang dugaan betul la...jalan pulak sambil pikul beban 12kg ni..memang ohsem la.

nasib baik jumpa sorang uncle ni yang muka ala-ala jepun baik hati nak tolong cari kan hostel.rupanya dekat je dari station mrt tu, kami je yang salah jalan.uncle tu suruh kami naik moto, bahaya jalan malam-malam ni katanya.dia siap nego dengan motor taxi tu untuk thb20/pax.padahal dekat je kot.aku mulanya tak nak naik, sebab bajet dah ke laut, tapi uncle tu tunggu sampai kami naik motor baru dia blah.haha nak tak nak..terkorban lagi thb20.thanks uncle.tak sempat nak snap gambar uncle yang baik hati ni.

finally...check-in @de talak hostel bangkok...thb 690/pax aka rm 69/pax untuk 3d2n.

pc corner.lalu masa nak naik ke bilik.nice.tepi tu ada tempat lepak nak tengok tv berjemaah


bilik kami.memang comfy enough.toilet bersih.bilik cantik.memang berbaloi-baloi.kettle takde dalam bilik sebab tak dibenarkan makan dalam bilik.nak makan kena turun pantri.pasal pantri tu nanti aku cerita apa yang bestnya.sampai bilik malam tu memang dah penat sangat.perut memang lapar, tapi memang tak larat nak cari makan.tunggu pagi je la jawabnya.zzzzzz

sebelum tido,sempat kira saki baki yang tinggal untuk 3d2n di bangkok.hehe
.
.
.
till then
xoxo.





2 comments:

  1. Pernah sampai ke Bangkok time budak lagi? umur berapa heeee

    Dari mana Sai sewa Van tu..ohh kiranya imegresen nk masuk Thailand dari Kemboja di Poipet lah eh..ke mcm mana

    kalau 40 min tunggu sesapa pun hangin..

    Ya Ampun..drama ke 2 tu...driver tu pandai bawak Van ke tidak..kalau JM waktu tu cam nk minta drive sendiri..isshh..dgr pun geram..kesian couple tu

    arghh..kalau mcm ni punya driver baik naik tren je..dia buat pekaka badak atau dia tu mmg PEKAK !! iisshh mendidih..ahah JM lak yg hemo nih

    ReplyDelete
  2. aah masa sekolah rendah rasanya darjah 2@3 kalau tak salah...g umh adik angkat mak..

    tic van tu beli kombo masa kat siem reap...van belah cambodia ok...yg belah nak ke bangkok tu yg buat hal...

    haha memang semua orang dah marah masa tu....tapi nak buat macam mana lagi....hadap jela ..haha nanti kang tak pasal kena jual ke mana-mana ntah...lagi parah haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...