Sunday, October 19, 2014

transit @ Bombay: getaway of india

rentetan dari SINI...


destinasi seterusnya ialah ke getaway of india aka taj mahal of mumbai.sila jangan konfius dengan india gate aka war memorial kat delhi tu.yang ni adalah sebuah monumen yang di bina semasa era pemerintahan british sebagai simbol kekuasaan & kerajaan british..pihak british juga meninggalkan india melalui gate ni sebagai simbolik berakhirnya pemerintahan british setelah india mendapat kemerdekaannya pada 1948

selepas serangan bom pada 2008, sekuriti telah di perketatkan.nak ke getaway tu kena melalui security gate ini terlebih dahulu untuk full body & bag scan.

finally...i'm here!ada rupa manisha koirala tak?ala heroin dalam cerita mann tu..hero dia aamir khan tu...fyi, kalau korang layan cerita tu la, kat sini lah tempat hero & heroin janji dan sepatutnya jumpa untuk celebrate valentine.tapi tak jumpa sebab heroin tu eksiden pulak on the way ke sini dan kudung kaki.haha tragik sangat kan..aku layan cerita ni zaman sekolah dolu-dolu la..masa tu kan era bollywood, k-pop blom sampai mesia lagi masa tu;p


tak de apa yang istimewa pon kat sini.hanyalah sebuah monumen berlatar belakangkan laut arab. 

taj mahal palace & tower hotel.depan getaway of india tu.5 star hotel.pernah di bom pada november 2008.lebih 100 orang jugak yang terbunuh.lepas renovation, di buka semula pada hari merdeka, 15 ogos 2010.Obama adalah first foreign head of state yang stay kat hotel ni lepas pembukaan semula tersebut.

sambung cari fridge magnet lagi.hihi dengan harapan boleh dapat murah la kan. aku tak pasti apa nama jalan ni, tapi dekat dengan area getaway tu jugak. harga lebih kurang je.tak de makna nak dapat rm1-2/pcs.seketul dalam inr100 jugak.beli 10 dapatla free keychain satu.

 hasil tangkapan fm.1 di udaipur.15 di bombay..keychain tu free;p

hasil tangkapan pon dah dapat, lawat sekitar bandar pon dah.maka tamatlah sudah cerita transit 14jam di kota bombay ni.badan pon dah penat.rupees pon dah habis.nak buat apa lagi?balik hotel la..mandi dan bersiap ke airport.penat tak payah nak cerita memang penat tapi perasaan riang gembira nak balik mesia memang tak dapat nak digambarkan...haha nak pulak balik naik business class;p


saja je nak tempek kat sini.takde niat nak riak ke apa..hihi tuah yang bukan datang selalu, jadi kenalah dikenang selalu.lepak golden lounge baca paper.


craving for meats!haha dah seminggu asyik makan ikan je kan. in flight meal terus mintak satay dan beriani kambing...yummeh.padahal dah kenyang sebab melantak macaroni kat lounge tadi.tapi nak jugak makan walaupon separuh sedar.ye lah flite kul 11.55pm kot aka kul 2.30 pagi waktu mesia.waktu serve makan ni dah kul 3am lebih...mau tak separuh sedar. MAS memang terbaek!




sampai klia jam 7 pagi.tenkiu bun sudi datang jumpa iolls.makan lasagna pulak.kan dah cakap..iolls craving for meat!haha 

akhirnya...habis jugak entri pasal india ni.kalau trip biasa, aku akan bentangkan bajet di entri terakhir.tapi kali ni tak perlu sebab ini trip kerja.kesimpulannya, it's a great journey till the end!jadi tak payah nak teragak-agak lagi untuk travel ke india.just pack and go!

salam namaste.
.
.
.
till then
xoxo.






6 comments:

  1. cerita MANN tu rasaya berkali2 jugak tgk, setiap kali tgk mesti menangis je kejenya..hai..sedih betul citer tu. untung trip kerana kerja leh naik business class..kalau JM verangan je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mmg sedih pon.lagu dalam cerita tu pon semua best..
      lucky me jm,kalo tak mmg verangan jgk la;p

      Delete
  2. Overall transportation kat sana ok x? Btw kami baru post pasal trip 8 hari di Melbourne & Tasmania. Kalau ada masa jemput singgah di www.thetravelling3o.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tranportation mmg auto/taxi..metro/tren tak sempat naik.tapi metro pon baru beroperasi jun 2014.tapi mmg lebih senang amik taxi je kalau travel in group sebab lebih jimat.kalau solo naik auto utk pusing city.

      yes.memang akan singgah sebab nak baca pasal tasmania!!! one of my bucket list;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...