Tuesday, November 4, 2014

city of concrete...shanghai!


sambungan dari sini...

hello shanghai!ok perasaan riang gembira aka excited ni bukan kerana first day di shanghai tapi first day sebagai tourist di shanghai. sebab kerja semua dah setel, jadi marilah kita berjimba di kota shanghai pulak walaupun hanya untuk sehari..ayat cam sedih je haha tapi aku tetap bersyukur...


riverview hotel...jalan kaki saja dari hotel ni ke area the bund yang sangat femes tu.lawa kan lobby hotel ni.

bilik hotel 3 star. sumpah super comfy!

rate hotel.agak mahal sebab dekat area the bund.tapi company yang bayar, jadi layan saja.kalau aku confirm cari hostel atau hotel bajet, jauh sikit menapak takpe, janji murah..itu penting hihi

lepas check-in, wang ping bawak pergi shopping dan pusing-pusing tengok bandar shanghai ni.nampak bangunan yang macam ada pemegang tu?salah satu ikon kota shanghai ni.lebih terkenal dengan panggilan bangunan plastic bag. apa yang boleh aku cakap, shanghai ni memang sebuah kota konkrit!

unik kan tower tu?dekat dengan stadium shanghai.bila tengok dari jauh memang nampak macam tower tumbang.kreatif sungguh arkitek yang design tower ni..kalau italy ada leaning tower of pisa, kat sini pulak ada collapsed tower of shanghai..haha

tempat beli sutera.aku pon kurang ingat dah nama kedai ni.kat sini memang cantik chinese silknya tapi harga pon cantik jugak.katanya pure silk, haruslah mahell.aku hanya mampu cuci mata saja tengok bos aku borong untuk bini dia..untunglaa.

tempat shopping ke-2. AP Plaza tourist shopping mall.katanya murah barang-barang kat sini.ini baru betul mampu..hihi jom tengok apa yang ada kat sini.

memang happening dan boleh dapat murah sangat kalau ada skill bargain yang mantap.biasalah kat china ni memang diorang akan letak harga 2x ganda daripada harga asal.jadi jangan malu dan segan untuk tawar menawar sehingga 50-70% daripada harga asal.tapi make sure memang nak beli baru tawar.kalau tak tanggung la telinga dengar sumpah seranah diorang.lebih malang lagi diorang tak kan lepaskan korang sampai beli.jadi jangan gatal tangan sentuh dan sesaja tanya harga kalau memang takde niat nak beli.semua barang ada kat sini..bag.kasut.baju.souvenir dll.gambar lain takde sebab semua sibuk cari souvenir;p

nak ke ap plaza ni boleh naik metro line 2.exit berapa aku lupa, tapi ada sign board untuk exit ke ap plaza ni.aku tau sebab malam tu kami pergi lagi sekali ke ap plaza ni untuk last minute shopping.bos tak ikut jadi boleh shopping sakan!ngeh...ngeh depan bos shopping ala kadar je..

memang menarik perhatian aku. dengan suka hatinya diorang boleh jemur baju tengah-tengah alam?yang tak boleh tahan lagi, kat transformer pon boleh?haha this is china..with the tagline..apa pon boleh!

weolls.yang kemeja merah kotak-kotak tu la wang ping.aku dah kenalkan masa kat entri lepas rasanya.hihi atas permintaan, semua setuju posing untuk group photo...click!

kereta polis.motif gambar?kurang pasti...mungkin sebab nak tunjuk polis shanghai pakai vw..polis mesia?
.
.
.
till then
xoxo.

6 comments:

  1. part shopping paling best tapi part yg tanya harga pastu x beli kena marah...itu biasa..itulah sikap org cina sbb pernah ada experience di Beijing. Teringin nak jejak kaki ke China lagi tapi nak pergi buat VISA tu yg bercinta...maybe one day nk try terjah shanghai jugak lah..

    ReplyDelete
  2. kan?nak shopping pon takut haha.kalau xde visa kan best..teringin nk travel dgn jm.muahaha tak pon terserempak kat mana2 la..

    ReplyDelete
  3. Sai ...

    Terima kasih kerana sudi singgah blog saya tempuh hari ... Salam perkenalan ...

    Tak pernah sampai ke China lagi ... teringin sangat ... Insya Allah suatu hari nanti ...

    ReplyDelete
  4. salam kenal jugak. Insya Allah...one day sampai la tu..saya pon blom sampai canada lagi;p

    ReplyDelete
  5. Huntunglah kan gi Shanghai duk hotel mewah...rezeki company bagi katanye. Seriously tempat ni dah lama aku list nak gi tapi xtau lah bila terlaksana. Nampak lak tower collapsed tu, lagi lah aku suka. Benda macam tu lah best nak tengok kalau travel. Xde kat negara kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha collapsed tower mmg terbaek.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...