Sunday, October 12, 2014

fateh sagar lake...udaipur pt.5

sambungan entri pt.4...

turun dari wildlife santuary, kami terus dibawa ke tasik yang wajib singgah kalau dah sampai udaipur ni, tasik fateh sagar, permata bandar udaipur.cewahh ayat.bukan aku yang cakap, dah memang macam tu gelarannya kan..apa yang istimewa sangat dengan tasik ni?meh aku bagi pencerahan sikit..

  • tasik ni adalah tasik buatan oleh maharana Jai Singh (1687), tapi dah musnah selepas 200 tahun sebab perubahan struktur bumi dan banjir, dibina semula masa pemerintahan maharana Fatah Singh.tu yg jadi nama fateh sagar. ni macam kes lembu punya susu tapi sapi yang dapat nama..hihi ok melalut.
  • berbentuk pear
  • sumber utama air adalah dari hujan monsun, kalau tak hujan tasik kering
  • 3 punca masuk air & 1 overflow section ke masonry dam.kawalan utk elak banjir jika hujan lebat
so? apa yang istimewa nyer?tak faham lagi?haha aku pon tak faham, jadi moh le kita layan gambar pulak..

tempat lepak layan sunset! memang cantik.nampak air yang melimpah ke jalan tu?mr.dushyant cakap kami datang tepat pada masanya, jarang nak dapat tengok air melimpah ke jalan kalau bukan musim yang betul sebab air tasik tak banyak.ok lucky us;p

permandangan dari atas.nampak tak ? air lebihan akan mengalir terus ke masonry dam, kalau takde overflow protection macam ni, mau tenggelam bandar udaipur ni gamaknyer kalau hujan lebat.tasik ni jugak adalah sumber air utama bagi bandar udaipur ni.


muka makcik teruja berwe-fie.kat sini memang kurang pendedahan pasal selfie bermonopod ni.sebab tu orang tengok aku punyer monopod dengan kagum.muahaha memang diorang tengok aku macam alien kot.jadi penjual monopod yang bersepah kat jalan tar tu, silalah datang jual monopod kat udaipur ni pulak..confirm laku keras!

ada apa dengan tugu kuda tu?haa..fyi, kuda tu la yg digunakan oleh maharana pratap singh masa dia menang perang Haldighati yang aku cerita dalam entri sebelum ni..kuda tu tewas dalam perang, tapi sebelum mati, dia sempat bawak maharana ke tempat selamat dulu sebelum menghembuskan nafas yang terakhir...ni barulah dikatakan setia hingga hujung nyawa;c

night view.gigih makcik-makcik ni nak jugak singgah sini, walaupun dah lewat nak pergi dinner dan jalan sesak takde parking.aku pon tak tau apa yang bestnyer.tengok...ramai gila yang dok bersidai kat tepi dam ni..aku snap pon sebab nak tunjuk tahap kesesakan disitu..dengan bantuan monopod ni..kalau harap aku yang tinggi lampai ni,memang takde harapan la...

sempat lagi singgah kat museum hall of heroes.kat kawasan tasik tu jugak, sebelum nak keluar gate.cerita bergambar tentang zaman kegemilangan kerajaan mewar dahulu kala.macam mana susahnya nak pertahankan kerajaan masa tu...

nampak?kuda yang ada belalai gajah tu?kuda maharana pratap singh (mps). tugu yang aku sibuk dok bergambar tadi sempena mengingati kuda maharana ni la.kuda dipakaikan belalai gajah tu adalah salah satu taktik perang, sebab pihak musuh guna tentera bergajah.konon nak kasi saiko sikit la kat gajah-gajah pihak lawan.mps menang dalam perang ni dengan berbekalkan taktikal yg hebat & kebijaksanaan, walaupun bilangan tentera dan senjata kurang daripada pihak lawan, emperor monghul,Akbar.

antara gambar yang ada dalam rentetan cerita..

gambar akan disertakan dengan penerangan kat sebelah.jadi senang bagi pelawat nak faham apa yang berlaku.gila betul la sampai bakar diri tu...ko sanggup?

 padang perang haldighati..perang ni memang terkenal dalam sejarah kerajaan mewar ni.kat city palace pon dok bercerita pasal perang ni jugak.

dan lagi..group photo seperti biasa.yang ni memang tak boleh elak sebab 'srimati' aka madam-madam ni memang suka bergambar;p 

selesai bergambar, terus ke tempat makan malam.biasa makan kat hotel je, tapi malam ni special sikit sebab diorang nak belanja makan luar.nice!kat sini aku tak snap gambar sangat sebab tempat tu sangatlah cozy & romantic.hanya diterangi oleh lilin yang bersepah..gambar pon jadi tak cntik..ke aku je yang tak berapa nak pro ambik gambar?

srimati uma (yang pakai sari biru tu) puasa pulak hari tu,dia boleh makan buah saja, jadi srimati rekha (sari merah gelap) & srimati lakshmi dok semeja teman dia makan buah.kami?meja asing sebab senang nak melantak la apa lagi...hihi makan sambil layan lagu kuch-kuch hotak hang yg ditujukan khas buat iolls...so sweet..diorang tahu yang aku ni peminat srk, siap suruh aku request lagu dan nyanyi sama atas stage..takde makna sebab iolls ni kan pemalu orangnya..request lagu ok lah..muahaha..

tak payah la aku nak share vids kat sini sebab lagu tu semua orang tau.ak tempek pic klon srk tengah nyanyi kat iolls je...yang penting pitching terbaek..memang boleh layan la suara mamat ni.a very tiring day...finally end with a memorable dinner;p
.
.
.
till then
xoxo.












2 comments:

  1. ye ke lucky...ke saja mr dushan cakap camtu eheheeh...
    Sai..3 org lagi perempuan tu dari msia or udaipun...Sai pegi berdua kan dari msia..yg mana sorang lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku pon rasa dia main cakap je tu..but still nak rasa lucky jugak;p
      3 dari msia..3 madam tu dari bangalore, pakcik sorang tu pulak dari delhi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...