Tuesday, October 14, 2014

thanks parth!...udaipur last part.

sambungan dari entry pt.5...

tgif!!!selesai penyampaian sijil penyertaan oleh managing director n.k.bhati, maka tamatlah sudah workshop untuk kali ni.semoga aku dapat manfaatkan segala ilmu yang aku dapat sepanjang seminggu di udaipur ni.amin.

seterusnya adalah aktiviti bebas. geng madam-madam dari bangalore tu ada aktiviti ke waterfall katanya esok pagi,aku tak join sebab sesudah subuh besok dah naik flite ke mumbai..diorang nak mr.dushyant sebagai escort, jadi kami akan di escort oleh kawan ofis mr dushyant, mr.parth.




hari terakhir di udaipur, nak buat apa lagi selain last minute shopping kan;p...mr.parth bawak kami ke celebration mall,sebab kawan aku sibuk nak cari suit.mall terbesar di udaipur ni..tapi takde lah besar mana pon, lebih kurang macam capital mall ampang je.


tadaa..nak masuk mall pon macam kat airport, full security & body scan ok...katanya untuk elak terrorist bawak bom masuk mall..biasalah kalau negara yang bergolak ni, tak macam kat malaysia aman je..syukur.

indian big brand for suits and all...blackberrys.murah jugak aku rasa.kawan aku beli full suit lebih kurang rm800..katanyer kalau kat malaysia mau beribu dah..kain pun kualiti bagus.puas hati sangat katanya, aku no komen sebab tak pernah tau dan survey harga full suit berapa...

setel kat mall, ke kedai kasut pulak cari kasut kulit.memang murah sangat, full leather dpt kurang dari rm100!!aku pon sempat rembat sandal kulit bagi ayah aku..rm60 je..berbaloi-baloi.kat sini memang murah produk kulit.tambah pulak si parth ni memang skill nego dia terbaek..hihi

sekali lagi ke hathipole.sebab dah tak tau nak ke mana.parth pon cakap memang murah barang-barang kat sini.sebelum ni pergi dengan mr.dushyant,dapat baju kurta inr350-400 sehelai pon dah rasa murah.kali ni dengan bantuan skil nego si parth ni, boleh dapat inr190-220 je sehelai.nampak? beza banyak sangat ok!thanks parth;p

aku macam biasa, jalan-jalan snap gambar je.nak shopping pon rupees tak lebat.tengok orang shopping pon jadi la..nampak?ada masjid jugak kat hathipole ni, tapi aku tak sempat singgah pon.
setel shopping,naik auto aka motor 3 tayar ni balik hotel.murah je tambang dalam inr 20-30 @rm1-1.50.gambar dalam auto aku tak share sebab tak berapa elok keadaannya..hihi korang datang 4 orang naik auto ni dan ambik gambar..nanti faham lah maksud aku..
posing dulu sebelum naik auto;p

sampai hotel,letak barang dulu.then keluar balik sebab si parth kata nak bawak pergi taman.ada fountain lagi.dekat je dengan hotel, boleh jalan kaki.aku bayangkan macam tasik titiwangsa tu, tapi bila dah sampai....hampeh.macam fountain kat klcc tu je.tapi kat klcc lagi cantik la.cuma dia buat dalam sikit kolamnyer, supaya boleh main paddle boat ni.bayar inr20/pax untuk kayuh setengah jam kot..berpeluh jugak la keti aku..ok lah night exercise sekali sekala kan.
cuma aku macam pelik sebab ramai sangat orang.tempatnya biasa je pon,mungkin diorang ni memang suka lepak santai malam-malam.parth cakap kalau masa hari cuti umum/weekend lagi padat.layan je la alang-alang dah sampai..

tengah jalan balik ke hotel, boleh pulak pakcik taxi yang dok bersidai tepi jalan tu kencing depan aku!aku macam wtf!!tak de perasaan malu langsung ke diorang ni?aku terpaksa buat-buat tak nampak walaupun memang jelas kot!nasib tak kena kaki aku..uwekkk terus pecut 100m tak sabar nak sampai hotel.

sebab tu lah aku memang tak suka nak keluar jalan walaupun sekitar hotel.perkara macam ni lah aku nak elak.aku ni bukan jenis boleh dok bertapa kat hotel kalau dah sampai tempat orang, mesti nak keluar jalan sekitar selagi boleh.tapi bukan di sini.tu tak kira lagi dengan orang yang bersepah tidur tepi jalan,bawah pokok..sigh..lepak kat hotel lagi best la pendek kata..hihi padahal malas sebab tu banyak je alasan kan;p

makan malam terakhir baru aku snap gambar penyanyi ghazal ni.diorang memang perform setiap malam masa dinner.amacam? ada rupa srk tak?haha..parth dengan boss dia pon join skali dinner malam ni.diorang ni memang bagi layanan terbaik la sepanjang kami kat sini.thanks ympl;p

selesai makan malam, balik bilik kemas bag pulak sebab flite ke mumbai jam 7 pagi.pukul 4 pagi dah gerak dari hotel.sumpah penat sangat.siap request wake-up call lagi dari reception takut ter overslept..hihi.pihak ympl dah tempah taxi untuk pick-up dan bawa kami ke airport.finally..i'm coming home..coming home..tell da world i'm coming home..sangat lah teruja untuk balik malaysia...thanks parth for the awesome day that we spend together..till we meet again;p
.
.
.
till then
xoxo.



4 comments:

  1. wowo last pic bergambar kenangan bersama jejaka ensem tu hihihi

    ReplyDelete
  2. Kalau tengok foto macam cantik tempatnya... tak sangka banyak gelandangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik mie, tapi sesetengah kawasan je la..kalo aku snap segenap penjuru kang ko pon tak nak pergi nanti..haha. rakyat bertambah tapi tanah tetap luas tu jugak.tu yang ramai takde rumah..tido tepi jalan,alas pon ala kadar...sedih tengok.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...