Tuesday, October 7, 2014

sepetang di city palace...udaipur pt.3

sambungan entri pt.2

dalam entri sebelum ni, aku dah bagi gambaran lebih kurang macam mana keadaannya kat india ni, terutamanya area udaipur ni.aku skip cerita dalam kelas, terus kepada cerita lepas kelas. hari pertama, kami macam ala-ala jetlag gituew..haha beza 2 jam setengah pon jetlag ke?..bukan apa, penat seharian fokus kat kelas. habis kelas terus balik hotel.zzzz.so, end of day 1.tak remaja langsung!

masuk hari kedua,baru teruja nak pergi sightseing sekitar bandar udaipur. aku tak de la teruja mana pon, tapi dah orang ajak pergi aku layan je la. tempat pertama adalah lawatan ke city palace museum.sesak!.tu je la yang boleh aku simpulkan.nice palace sebenarnya tapi aku tak dapat nak menikmati sangat sebabnya kami tour dalam keadaan rushing. habis kelas dah lewat, tempat ni pulak tutup pukul 6 petang.jadi aku share je la gambar-gambar sekitar yang aku sempat snap & info berkaitan, kot la ada yang nak datang sini in future;p



harga tiket masuk city palace.adult inr115 (rm6).kalo nak bawa kamera kena bayar lagi inr 225 (rm11.30).alang-alang dah sampai, aku amik je la..memang diorang strict.kalau takde tiket macam kat atas ni kat pergelangan tangan, jangan nak berangan nak ambik gambar bagai, nanti kena halau keluar tak pasal.


pandangan dari pintu masuk.bahagian belakang palace ni.nice tak?boleh tahan la kan...fyi palace ni pernah jadi tempat penggambaran filem james bond, octopussy..tahun 1983..zaman sir Roger Moore jadi bond...aku pon belom kenal dunia lagi masa ni so nak kena cari filem itu dan tengok betul ke tak;p



group foto.semua 7 peserta workshop untuk batch kali ni bergambar berlatar belakang kan hotel 6 bintang, yang terletak kat tengah tasik pichola tepi palace ni.orang kenamaan kalau datang udaipur akan stay kat sini.bill clinton pon pernah stay sini dan ramai lagi tapi aku tak ingat nama dah...

pak cik yang tengah posing macam gangster tu, tour guide.aku memang nak jalan je tanpa guide,tapi mak cik-mak cik tu sibuk nak ambik guide katanya nanti tak tau sejarah.aku pon layan je la.tapi aku tak paham apa, sebab dalam 100 patah perkataan guide tu cakap, 4-5 patah je in english, lain dia hentam cakap hindi.dia tengok aku ni macam kajol kot?ke kareena kapoor?muahaha bila aku sibuk cari angle nak snap gambar, dia sibuk panggil aku suruh dengar penerangan dia..boleh?tak paham aku..haha aku apa lagi buat-buat faham je la..selebihnya aku baca je la apa yang ada...

sejarah pembinaan city palace ni secara ringkas:
  • Maharana Udai Singh (MUS) II mewarisi kerajaan Mewar tahun 1537
  • dibina oleh MUS II pada 1559,selepas kalah perang dengan Mughal emperor Akbar, sebagai permulaan kerajaan mewar baru di udaipur
  • tempoh masa untuk disiapkan: 300tahun (disambung oleh maharanas seterusnya)
  • MUS II mangkat 1572-diganti anak dia Maharana Pratap (MP)
  • 1576- MP kalahkan emperor Akbar dalam perang Haldighati-udaipur aman & damai..
  • 1736, kerajaan Mewar kena serang lagi-musnah 
  • British datang, kurun ke 19, re-build balik udaipur
  • 1947-selepas India merdeka, raja mewar hilang title & keistimewaan diraja.dgn kata lain, jadi macam orang biasa je.
tapi diorang dah wujudkan 'Mewar trust' utk kesinambungan palace ni, hasil dari pelancongan & heritage palace.penat aku mengetik keyboard fuhh..nak lagi info baca kat SINI..setel;p

Royal Angan..binaan mula-mula yang dibina oleh MUS II aka batu asas bagi city palace ni;p


gandhi!tgk cermin mata dia pon excited ke?haha

semua fokus dengar dia explain.nanti kena marah pulak...haha

view from top.congested city of udaipur.

memang ramai pelawat.padat sangat.rimas gila!

lorong yang super sempit untuk ke bahagian-bahagian berlainan dalam istana yang sangat luas ni.aku memang agak claustrophobia, jadi memang sesak nafas bila kena lalu tempat sempit macam ni.bertabah je la.tujuan dibuat macam ni ialah untuk mengelak daripada serangan musuh.bijak kan. kalau musuh masuk nak serang boleh sesat dulu sebelum nak jumpa raja yang menyorok.tu pon kalau jumpa la...

alex da lion tengah sengih..kata guide tu dia sengih sebab blom kahwin! aku macam??blurr..ada sesiapa yang faham?ke aku sorang je yang tak faham?haha tu la natijahnya bila guide sibuk bercerita aku sibuk dok snap sana sini..bukan degil tak nak dengar tapi susah nak faham,otak pon dah tepu.jadi apa lagi...gunalah konsep 'enjoy with your own way'...

pandangan hadapan istana.

memang super besar kot city palace ni.palace yang warna kuning terang sebelah kiri tu masih lagi didiami oleh kaum kerabat yang dah hilang kuasa, hanya bangunan yang warna krim tu dibuka untuk lawatan pelancong.

i'm free!posing sket..sengih dah macam singa dalam potret tadi..haha akhirnya nikmat betul dapat keluar dari palace yang super sesak  itu.

tempat parking gajah!

tempat jual saree & pelbagai souvenir lain..tapi kalau nak cari fm & keychain mmg takde.kat sini,banyak barang kraftangan macam ukiran dewa dewi,gelang-gelangan,gajah banyak tangan dll. kita masuk kedai,duduk mengadap penjual dan tunjuk mana nak.diorang akan bentangkan segala macam jenis saree yang ada, pelbagai jenis corak,warna dan fabrik.kita cuma tunjuk & belek macam mem besar..haha i loike!range harga saree kat sini mahal,jadi jgn gedik nak tanya macam-macam,tapi kalau duit berkoyan lain cerita..ko nak borong pon lagi diorang suka.sini memang kena singgah.jadi layan je, habis terus blah

shopping @ Hathipole!keluar je palace, jalan terus.kat area sini memang senang nak bargain dan range harga pon memang berpatutan.masa ni kami dah berpecah dgn makcik-makcik tu sebab diorang singgah sembahyang kat temple depan palace tu.aku berjaya grab saree untuk mak aku.dapat inr2k++ dlm rm 100++ untuk high quality la, yg murah pon ada..aku tak sempat nak snap pic banyak sebab hujan masa ni.lepas tu sibuk dok pilih saree dah...baju kurta utk lelaki/perempuan boleh dapat dlm inr 200-500 aka rm 10-25 je.shawl pashmina dapat rm10 je utk quality yang sama kat malaysia rm35-60...aku tanya harga je la..takde lah shopping bagai sebab bajet ciput;p

hathipole ni memang tempat shopping recommended by Lonely planet.jadi kalau dah datang udaipur ni, jangan lupa singgah okeh.memang berbaloi-baloi.setel shopping, balik hotel la, mana lagi...esok ada kelas lagi...jadi kita balik rehat dulu
.
.
.
till then
xoxo.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...