Tuesday, March 19, 2019

3D2N: Mabuhay... kalibo.caticlan.boracay!

trip pembukaan untuk tahun 2017..ke boracay pulak. trip kali ni memang sekejap je...sebab aku bukanlah penggemar pantai yang tegar..hehe sebab ada final call untuk boracay jadi aku rembat je la...sekadar untuk menambah koleksi cap imigresen di buku merah;p

return ticket KL-Kalibo-KL aku dapat rm125/pax sahaja untuk tarikh 14-16 januari 2017. penerbangan mengambil masa lebih kurang 3 jam 55 minit. waktu di philipine dan malaysia adalah sama, cuma di sana cepat cerah macam di sabah sarawak. waktu subuh lebih kurang jam 5.15 pagi. untuk bajet, aku bawa philipine peso (php) 5k...lebih kurang rm445, sebab rate waktu tukar pada 12 jan 2017 ialah php100=rm9.1

perasaan untuk ke kalibo memang agak teruja sebab ini kali pertama tapakakiku akan jejak tanah pinoys...woohooo tapi..bila sampai?hurmmm tak tahu nak cakap seronok ke tidak...tapi yang pasti tiada sebab untuk aku repeat tanah pinoy..haha..nak tahu kenapa? jom layan aku membebel;p

day 1:14/1/2017
kalibo-caticlan van & caticlan-boracay boat- php175
terminal fee-php100
environmental fee- php75
tricycle jetty-hotel- php25
mineral water- 50ml=php80, 1l=php150
mango shake 500 ml- php80

sampai di kalibo airport, kena naik van/bas untuk ke caticlan jetty pula...jarak lebih kurang 71km je, tapi semasa trip aku hari tu ambil masa hampir 3 jam!sebab apa?sebab ada perayaan ati-atihan...aka festival meraikan anak jesus...haha bayangkan diorang boleh buat perarakan kereta superhero yang ada captain america dan rakan-rakan superhero lain tu tengah-tengah jalan utama! mana tak jam woi...bertabah je la semua kenderaan lain ikut beratur sekali...aku pon layan je la berpesta sekali..haha

sampai di caticlan jetty, kena beratur pula nak beli tiket boat dan bayar terminal & environmental fee..mula-mula aku boleh sabar lagi...tapi disebabkan ramai pulak manusia yang mentalitinya tahap jamban duduk, potong barisan sesuka hati aku pon mula panas hati...rasa nak cepuk je muka..haish..di tambah pula dengan sistem ticketing yang tidak sistematik...memang boleh naikkan darah semua orang kot..nak senang korang booking je semua dengan agen..but definately not my style...jadi bertabah je la.

dah setel bayar semua, naik bot lebih kurang 10-15 minit, akhirnya sampailah di pulau boracay! fuhh tapi sampai kat jetty la, nak ke hotel pula, kena naik tricycle, kenderaan roda 3 macam auto kat india atau tuk-tuk di thailand tu...

day 2:15/1/2017
island hopping (private boat, without lunch)- php625
snorkel gear- php100
flying fish- php650
snorkelling fee- php20
magic island entrance fee- php150
fresh buko (coconut) shake 500ml- php65
jonah's mango shake- php100
grilled corn with salt- php60
dried mango 100g- php65
6 coin bags- php100
fm- php50/pcs

day 3:16/1/2017
tricycle+boat+environmental & terminal fee+van to airport- php400
airport tax- php700

total: php3770 aka rm 343



xoxo.

it's jeju!


annyeong haseyo yeorobun!! ok tu je...haha demi menyokong route baru pak tony.. untuk pembuka bicara 2018...tapakakiku melangkah gagah ke jeju, korea selatan. lama sangat dah rasa tak terbang...last trip dulu awal 2017 ke boracay philipine...tu pun aku belum garapkan sepatah apa pun...waima upload barang sekeping gambar...hurmm makin tua ni makin malas aku nak menulis...jadi untuk trip jeju ni aku akan buat short note untuk tatapan aku di hari tua jela..hehe

transportation:
trip kali ni 6d5n...dari 15-20 jan 2018. tiket return aku dapat rm495..sepanjang di jeju, aku sewa kereta kia morning dari AJ rental car...KRW129200 untuk 6 hari...rate aku dapat KRW1000 = RM3.72...jadi lebih kurang rm468..murah kan? tapi kia morning ni bonet dia kecik je...kalau bawak beg banyak memang tak muat la...kami berempat pon hanya muat 3 bagpack kat belakang....1 lagi riba kat dalam..haha..tapi selesa je....

accomodations:
untuk penginapan aku booking di 3 area yang berbeza, iaitu gujwa, seogwipo dan aewol..untuk cover keseluruhan utara selatan timur barat jeju ni..hehe;

Myoungsong Resort, Gujwa- rm396 (15-17/1/18)
jeju i've resort, Seogwipo- rm 400 (17-19/1/18)
Ara aura pension, Aewol- rm 193 (19-20/1/18)

semua penginapan diatas very highly recommended! complete siap ada kitchen ok...kalau datang family memang cun sangat la.

attractions:
jika anda self-drive di jeju, benda paling ktitikal ialah untuk tahu no.telefon tempat yang bakal diterjah...ya..sebab gps diorang kena masukkan no telefon..but in case korang tak tahu pon boleh lah masukkan hangul character jugak..tapi jenuh nak tilik rupa bentuk karakternya la...haha alhamdulillah aku ada basic belajar karakter hangul...aku listkan kat sini yang mana sempat aku terjah...

Mazeland (running man): 7843838
seongsan ichulbong: 7830959
Mangjangul cave- 7834818
Aqua planet-7800900
seongeup folk village- masuk karakter
Seongsan port (ferry to udo island): 7825671
seopjikoji: 7827800
olle market seogwipo: 7622925
dongmun market: 7523001
camellia hill:7920088
spirited garden: 7723701
glass art theme park: 7727777
jeongbang fall: 7331530
chongjeyeon fall: 7381529
chonjiyeong fall: 7331528
teddy bear museum: 7387600
Ripley's believe it or not: 7383003
jeju loveland: 7126988
jeju airport: 7449189
trek eorimok hallasan: 7139950
yeongsil trail: masuk karakter

yang lain semua aku masuk karakter...sebab tak jumpa cari no.telefon...

restaurants muslim friendly/welcome:

badajanchi: 7028989
tamrabadang:7473727
rajmahal: 7494924
seopji haenyeouijip: 7820672
yeonsong galchiyori: 7328828
mulmaegol: 7135486
bagdad: 7578182

Budget: overall aku tukar rm1k




xoxo.

Saturday, January 7, 2017

3d2n di Brunei Darussalam..

Brunei...the hidden kingdom!

ada apa dengan brunei? sebelum berangkat, aku ada jugak la google here and there..nak tengok aktiviti apa yang boleh buat di brunei ni...kebanyakannya lawatan ke masjid-masjid dan museum. seni bina masjid di brunei ni memang sangat cantik la..tapi kalau dah banyak sangat, aku rasa tak perlulah kot nak terjah semua...lainlah kalau memang dah lalu tu..boleh la singgah untuk solat.lagi?ada jugak aktiviti canopy walk, jungle trekking, waterfall, melawat museum dan lain-lain...

Tuesday, December 20, 2016

jejak jepun day 5: pt.2 Arashiyama Bamboo groves,Togetsukyo bridge, shinkyogoku street

sambungan dari SINI...


setel letak bag di guesthouse, tanpa berlengah lagi terus jalan keluar untuk naik bas ke Arashiyama area yang sememangnya femes seantero dunia tu...aku kat kyoto ni sehari je....esok pagi dah nak gerak ke osaka....jadi aku terjah mana yang sempat je la...

untuk ke arashiyama, naik bas ke kyoto station dulu. dari situ baru boleh ambil kyoto city bus nombor 28 ke arashiyama-tenryuji mae, lebih kurang 30 minit perjalanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...