Saturday, January 7, 2017

3d2n di Brunei Darussalam..

Brunei...the hidden kingdom!

ada apa dengan brunei? sebelum berangkat, aku ada jugak la google here and there..nak tengok aktiviti apa yang boleh buat di brunei ni...kebanyakannya lawatan ke masjid-masjid dan museum. seni bina masjid di brunei ni memang sangat cantik la..tapi kalau dah banyak sangat, aku rasa tak perlulah kot nak terjah semua...lainlah kalau memang dah lalu tu..boleh la singgah untuk solat.lagi?ada jugak aktiviti canopy walk, jungle trekking, waterfall, melawat museum dan lain-lain...

kenapa hidden kingdom? sebab aku rasa sektor pelancongan bukanlah sektor utama yang memberi hasil kepada negara ini...bagi aku, brunei agak kurang mesra pelancong...dari segi public transport pon agak susah...jadi sebab itulah brunei ni kurang mendapat perhatian dan jarang dilawati...walaupun kat sini banyak je tempat menarik untuk dilawati..

selepas trip 3d2n baru-baru ini, aku ringkaskan antara aktiviti atau tempat yang aku sempat terjah di brunei...takdelah aktiviti sangat pon, sebab trip kali ini memang trip santai..jadi plannya nak rehat santai....aktiviti masuk hutan memang tak buat la..7/10 yang sempat aku cover .ok lah kan...3 lagi aku bagi peluang korang untuk lengkapkan..hehehe

day 1: 10/3/2016 (khamis)

selesai kat imigresen, jalan keluar terus nampak nama terpampang, di pegang oleh staff dari hotel Badiah yang setia menunggu untuk pick-up ke hotel..tak payah susah-susah nak cari teksi bagai dah..muahaha bukan selalu dapat ni...selalu bas je la jadi pilihan...sampai hotel bilik belum ready sebab masih awal..jadi letak bag dan terus keluar untuk meneroka bandar brunei....jom!

1) melewati Kg Air yang 'famous' itteww

untuk mendapat feel yang sebenar, korang memang kena jalan melalui rumah-rumah local kg.air ni...kalau setakat naik bot, pusing-pusing dan snap pic macam tourist tu memang tak feel...oleh sebab itulah, aku sengaja booking untuk stay di badiah hotel, seberang kg.air ni...memang boleh jalan kaki je ke pusat bandar melalui kg.air..nampak macam jauh je kan? sebenarnya tak jauh mana pon, lebih kurang 10-15 minit je. barulah local...

rumah diorang ni kebanyakan berdindingkan zink, tapi siap ada aircond kot! aku tengok agak daif jugak la, dengan kawasan bawah rumah yang penuh sampah dan air bertakung...mungkin sebab musim el nino..jadi air surut, sampah sarap pon timbul la kan...hurmm aku pon tak pasti samada diorang ni rakyat brunei atau kaum pendatang...sebab keadaan yang dapat aku lihat macam tak kena je dengan status negara kaya...korang rasa? 

2) Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB)

fuhh berpeluh jugak la berjalan di musim el-nino ni...sampai seberang terus masuk kompleks yayasan ni untuk cari makan tengahari..tak banyak kedai dalam ni...food court pon takde..tak tahulah kot aku je yang tak jumpa...mula-mula nak masuk C.A Mohamed restaurant ni risau gak...sebab tengok dari luar macam restoran mewah...tapi gamble je la sebab dah lapar...bila dah tengok menu memang murah sangat harga makanannya...macam harga makan kat warung je...harga untuk set makan sekali air minum lebih kurang BND4-5 saje....janganlah korang gatal nak convert pulak kan...anggap la mcm rm5 macam tu...kalau kat mesia..harga set makan sekali minum mau cecah lebih rm10 kalau kat restoran macam ni...

makan tengahari ber'view'kan masjid ikon brunei...memang terbaeklah kan!tambahan pulak waitress pon cantik flawless gitu...memang tak jemu mata memandang;p



3) solat di masjid ikon...Sultan Omar Ali Saifuddin


dah kenyang makan, terus ke masjid untuk solat zohor. kedudukan masjid ni memang betul-betul tengah bandar...banyak bangunan pejabat kerajaan berdekatan..jadi bila azan berkumandang, maka berduyun-duyun warga kerja yang tengah lunch hour ke masjid untuk solat berjemaah...memang aku respect betul! dah la dalam masjid ni semuanya dihiasi batu marmar daripada lantai, dinding terus ke bumbung..fully aircond pulak tu...memang nyaman sangat la untuk solat kan.

taman sekitar kawasan masjid jugak sangatlah bersih dan dijaga rapi. kubah masjid ni dengar cerita disalut emas??betul ke?hurmmm ak pon tak pasti tapi memang sangat cantik dan berkilauan terutamanya waktu malam bila disimbahi cahaya bulan purnama...ewahhh ayat tak nak kalah kan;p



4) Royal Regalia Museum


selesai solat, terus ke royal regalia museum pulak. alang-alang dah dekat, aku terjah je la..lagi pon tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk masuk ke sini. korang boleh google map je untuk jalan kaki ke sini dari masjid sultan omar tadi. 

bagi aku oklah masuk sini, boleh tahu lebih tentang sejarah sultan brunei...kenal dengan alat-alat kebesaran kesultanan brunei dan seangkatannya...jujur cakap, aku jarang kot nak masuk melawat museum ni...hihi tak tau nak komen apa...tapi best gak..sebab tak ramai orang... hari khamis kot...

5) Tamu Selera

setel kat museum, balik hotel dulu.lepas maghrib keluar balik untuk makan malam di tamu selera..macam food court gitu..sekali lagi guna google map yang aku dah siap print sebelum datang aritu.makanan diorang lebih kurang je dengan mesia...nasi goreng, mee sup, ikan bakar dan lain-lain...harga bnd 4-5 untuk satu hidangan...layann

waktu malam di brunei memang sunyi sepi...semua orang dah balik rumah bersama keluarga...hehe lepas makan, layan view masjid kejap, singgah beli bekal anggur kat kompleks yayasan dan terus menapak balik hotel...

day 2: 11/3/2016 (Jumaat)

6) Tamu Kianggeh


plan hari kedua di brunei ni nak terjah tamu kianggeh aka pasar pagi nya...dengar cerita macam-macam ada kat sini..kami jalan kaki je ke sini..selain untuk jimat, aku memang suka jalan kaki je masa buat trip..sebab bagi aku lebih feeling dan dekat dengan locals...tapi kalau dah jauh sangat tu takdelah nak menapak kan...

kat sini aku jumpa bedak yang katanya hanya ada di brunei je..takde kat tempat lain...bedak 7 warna!haaa inilah rahsia kecantikan dan kemulusan kulit orang brunei rupanya...muahahaha..seriously...orang brunei ni memang cantik-cantik dan hensem ok! bedak ni jugak diorang guna untuk make-up kan pengantin...hurmm lagi lawa lah kan...

bahan asas untuk buat bedak ni ialah beras...very well known for flawless skin kot..no wonder la kan...hurmm memang meratalah yang jual bedak ni kat sini...aku tak beli pon sebab aku kan dah flawless...muahahaha mati lah kena kecam!

lepak tengok penduduk tempatan yang datang pasar ni naik perahu pon syok gak...dah tengahari, hari pon makin panas, aku gerak balik hotel dengan bekalan kuih muih yang di beli....



7) Gadong mall & pasar malam Gadong


sebelah petang, keluar lagi untuk ke gadong mall dan pasar malam...untuk ke gadong mall ni boleh jugak lah kalau nak menapak..tapi aku tak tahulah jam berapa nak sampai kan...aku guna servis shuttle dari hotel...bayar lebih kurang bnd7/pax kot...nanti diorang hantar dan bagitau jam berapa nak balik diorang akan datang jemput....tak pon boleh call hotel suruh datang jemput bila tetiba rasa nak balik ke bosan dah...

gadong mall ni dengar cerita antara mall yang happening kat brunei ni...jadi jom terjah!tapi jujur cakap pkns shah alam lagi happening kot...hehe aku lepak coffee bean je sambil makan anggur...plan nya nak tunggu pasar malam buka, beli makanan dan balik..

kat sini memang aku banyak makan anggur, sebab apa? murah, manis dan segar! rasa macam kat aussie kot! mungkin sebab currency diorang sama dengan aussie, jadi bila import buah-buahan segar dari sana harga pon tak jadi mahal macam kat malaysia...harga sebekas 900-1kg hanya bnd 5-6 je....sekali lagi tolong jangan convert ye;p

kat pasar malam, makanan yang dijual lebih kurang macam kat malaysia je...tapi yang bestnya aku jumpa kuih selorot!!bnd1 untuk 5pcs..wahhh lama tak makan...dulu pernah makan masa trip ke kuching..best ok!aku tapau pulut panggang daging pon bnd1 untuk 5pcs, kambing panggang skew besar bnd3/pcs, kecil bnd2/pcs...setel tapau terus call hotel untuk pick up...sampai hotel, kenyang makan terus terjun pool!haha kan aku dah cakap, pool kat sini ana yang punya!!muahahaha

berakhirlah malam terakhir di bumi brunei...esok dah nak balik...hurmm bagi aku memang bestlah brunei ni..walaupon aku hanya datang untuk masa yang agak singkat dan banyak lagi tempat serta aktiviti yang tak sempat aku buat. betul lah orang kata, tak kenal maka tak cinta kan...

kalau ada kesempatan untuk ke sini lagi, mungkin aku akan terjah...

8) Canopy walk
9) Waterfall
10) Istana Nurul Iman

day 3: 12/3/2016 (sabtu)

lepak santai dalam bilik  makan anggur yang super manis dan segar...sambil tunggu nak check-out;p
bye2 brunei...till we meet again...
.
.
.
till then
xoxo.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...