Tuesday, March 19, 2019

3D2N: Mabuhay... kalibo.caticlan.boracay!

trip pembukaan untuk tahun 2017..ke boracay pulak. trip kali ni memang sekejap je...sebab aku bukanlah penggemar pantai yang tegar..hehe sebab ada final call untuk boracay jadi aku rembat je la...sekadar untuk menambah koleksi cap imigresen di buku merah;p

return ticket KL-Kalibo-KL aku dapat rm125/pax sahaja untuk tarikh 14-16 januari 2017. penerbangan mengambil masa lebih kurang 3 jam 55 minit. waktu di philipine dan malaysia adalah sama, cuma di sana cepat cerah macam di sabah sarawak. waktu subuh lebih kurang jam 5.15 pagi. untuk bajet, aku bawa philipine peso (php) 5k...lebih kurang rm445, sebab rate waktu tukar pada 12 jan 2017 ialah php100=rm9.1

perasaan untuk ke kalibo memang agak teruja sebab ini kali pertama tapakakiku akan jejak tanah pinoys...woohooo tapi..bila sampai?hurmmm tak tahu nak cakap seronok ke tidak...tapi yang pasti tiada sebab untuk aku repeat tanah pinoy..haha..nak tahu kenapa? jom layan aku membebel;p

day 1:14/1/2017
kalibo-caticlan van & caticlan-boracay boat- php175
terminal fee-php100
environmental fee- php75
tricycle jetty-hotel- php25
mineral water- 50ml=php80, 1l=php150
mango shake 500 ml- php80

sampai di kalibo airport, kena naik van/bas untuk ke caticlan jetty pula...jarak lebih kurang 71km je, tapi semasa trip aku hari tu ambil masa hampir 3 jam!sebab apa?sebab ada perayaan ati-atihan...aka festival meraikan anak jesus...haha bayangkan diorang boleh buat perarakan kereta superhero yang ada captain america dan rakan-rakan superhero lain tu tengah-tengah jalan utama! mana tak jam woi...bertabah je la semua kenderaan lain ikut beratur sekali...aku pon layan je la berpesta sekali..haha

sampai di caticlan jetty, kena beratur pula nak beli tiket boat dan bayar terminal & environmental fee..mula-mula aku boleh sabar lagi...tapi disebabkan ramai pulak manusia yang mentalitinya tahap jamban duduk, potong barisan sesuka hati aku pon mula panas hati...rasa nak cepuk je muka..haish..di tambah pula dengan sistem ticketing yang tidak sistematik...memang boleh naikkan darah semua orang kot..nak senang korang booking je semua dengan agen..but definately not my style...jadi bertabah je la.

dah setel bayar semua, naik bot lebih kurang 10-15 minit, akhirnya sampailah di pulau boracay! fuhh tapi sampai kat jetty la, nak ke hotel pula, kena naik tricycle, kenderaan roda 3 macam auto kat india atau tuk-tuk di thailand tu...

day 2:15/1/2017
island hopping (private boat, without lunch)- php625
snorkel gear- php100
flying fish- php650
snorkelling fee- php20
magic island entrance fee- php150
fresh buko (coconut) shake 500ml- php65
jonah's mango shake- php100
grilled corn with salt- php60
dried mango 100g- php65
6 coin bags- php100
fm- php50/pcs

day 3:16/1/2017
tricycle+boat+environmental & terminal fee+van to airport- php400
airport tax- php700

total: php3770 aka rm 343



xoxo.

5 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Mestila ingat mana bleh lupa JM....hehe lama xbukak blog..xsempat la

      Delete
  2. alaa..nape x share pic keindahan di Boracay tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha xhabis tulis lg ni...tergantung sepi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...