Thursday, October 13, 2016

jejak jepun day 4: my 3rd disneyland...it's Tokyo Disneyland!

continue from HERE...

hari ke-4 aka hari terakhir di Tokyo...malam ni akan gerak ke kyoto dah...
misi menjejak kaki ke semua disneyland yang wujud di muka bumi ini diteruskan lagi....fyi, ada 5 disneyLAND dan 1 disneyWORLD dalam dunia ni;

  1. Anaheim, California Disneyland
  2. Florida Disneyworld
  3. Hong Kong Disneyland- checked!
  4. Paris Disneyland- checked
  5. Tokyo Disneyland- checked!
  6. Shanghai Disneyland..newly added.. Jun 2016!
3 dah berjaya ditawan, tinggal lagi 3 untuk diterjah...haha gigih tak...aku pon tak tahu la kenapa aku suka sangat disneyland ni...padahal lebih kurang sama je pon semua...kalau ada beza pon 1@2 game je...lain padang lain belalang, jadi lain orang pon lain la jugak kegilaannya..

tren mickey ke Tokyo disneysea...
dari Hiroo station (H03) naik tren ke Hibiya station (H07) untuk tukar ke Yurakucho Line (Y18) ke Shin kiba (Y24)...¥240/pax untuk tiket...hari ni tak guna subway pass sebab sehala je...dari situ kena naik JR pulak ke maihama..lupa pulak harga tiketnya..kalau nak naik tren mickey macam kat atas tu, kena la ke disneysea....untuk ke disneyland tak perlu naik tren comel tu, dari maihama station, exit terus masuk ke disneyland.



with disney ladies yang super baik hati!
alkisahnya, sampai je pintu masuk, aku terus tanya lokasi terminal bas ekspress untuk ke kyoto malam nanti....nak tengok tempat dulu jauh mana dari main entrance ni, untuk bajet masa nak kena keluar dari park malam ni.....haha body language habeslah masa tu...siap buka map disney tunjuk simbol bas!dia punya susah nak explain membuatkan aku berlalu pergi begitu sahaja...tekad nak cari sendiri je la...

tengah dok bincang tengok map bagai..tetiba akak disney tadi (kedua dari kanan tu) datang bawak kawan dia yg boleh speaking english better than her katanya....haha gigih weh...datang cari balik...orang kita ada macam tu?mungkin ada la kot tapi tak ramai aku rasa...kalau dah salah tunjuk jalan kat tourist pon terus pergi macam tu je kot...tanpa rasa bersalah...haha 

#respectjapanlocalcreature!

dah jumpa tempat nak naik bas, terus gerak ke loker berdekatan untuk letak bag dulu sebelum berjimba...harga loker besar ¥500, muat la letak futura 32l tu...fyi, loker ni sekali bukak je, kalau tetiba tertinggal barang dalam loker nak ambik, kena bayar lagi 500.ada faham...setel semua tunggu apa lagi...kita enjoy la!

a moment to remember...riang ria di main entrance!

masa kat sini, hujan renyai-renyai la pulak...lagi gigil la rasa...dah la masa ni masih musim sejuk...grrr kalau tak silap aku suhu masa kat disney ni lebih kurang 10-11 deg c..tapi japanese ni gigih tak gigih pakai skirt pendek datang sini kot!alah bisa tegal biasa orang kata...hehe

it's a small world!
macam biasa, tempat favourite bila kat disneyland...hehe memang confirm kena masuk..enjoy the ride..very relaxing!aku yang tak berapa nak muda ni pon suka, apatah lagi kalau kanak-kanak ribena kan...my niece, aisyah sampai repeat 3x masuk small world masa kat disney paris dulu..haha

sejuk punya pasal, memang train ride menjadi pilihan utama la...haha kurang sikit sejuknya daripada melilau jalan tak tentu arah kan.sumpah...masa ni memang sejuk gila...gambar pon aku tak snap banyak sebab sejuk nak keluarkan tangan...malas nak bukak glove lagi...inilah antara cabarannya kalau datang winter! masa naik roller coaster lagilah...beku muka aku kot!

tapi aku respect la dengan orang jepun ni. diorang memang komited dan bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara yang diorang buat.kenapa aku cakap macam tu?sebabnya dalam hujan lebat pon, pekerja yang keje pegang signboard tunjuk arah ke hape tu tetap tegak berdiri dan tersenyum manis!takde la nak lari berteduh ke, masam muka sebab sejuk ke...takde ok!aku tengok muka dia dah merah menyala sebab sejuk kot...gigih gila!mana tak sejuk dah la suhu 10 deg c...hujan pulak...mau tak gigil....hurmmm mungkin diorang dah biasa kot.

ada akak jurupandu jungle boat  pon gigih dan penuh semangat lagi bercerita walaupon hidung dah merah macam badut sarkas sebab sejuk..sampai semua tourist gelak...konon faham la apa dia cerita..ye la dia bercerita dalam bahasa jepon kot..aku pon acah-acah faham je la sebab terhibur tengok kesungguhan dia bercerita..hehe orang kita semangat macam tu ke bila kerja? entahlah...

tema frozen fantasy.. winter la katakan;p

kami kat sini sampai malam..sebab nak tengok fireworks show...tapi tengok dari luar je sebab nak kejar bas jam 9 malam....tapi parade dia sempatlah tengok.. gambar takde sebab waktu parade tu hujan...jadi memang tak keluar kamera...tambah pulak memang tengah menggigil kesejukan...hujan dari pagi sampai malam kot...suhu masa ni dalam 8 deg c.

posing dulu...

menumpang heater kat dalam kedai souvenir.
sehari di disneyland penuh dengan kejadian...nak kata suka tak jugak...duka pon tak jugak..hurmmm..aku cerita dulu then korang decide la suka ke duka ye;p

kami keluar awal dari park sebab nak lepak di kedai souvenir kat main entrance...saja nak tumpang heater sambil tunggu bas datang...dalam kedai, aku tercicir sebelah glove!ok yang tak bestnya glove tu aku pinjam adik aku punya..nak tak nak ak kena cari jugak...yakin cicir dalam kedai sebab bila tengok gambar dalam kamera glove masih ada waktu mula-mula masuk kedai.

dahla komunikasi macam ayam dan itik,siap explain tunjuk gambar kat staf kedai...minta tolong cari...finally memang dapat balik la...staf dia kutip simpan...fuhh setel part 1!

bon voyage tokyo disneyland!

dah jumpa glove terus berlari ke tempat naik bas...sebab lagi 30 minit bas akan sampai...nak sampai ke tempat bas tu agak jauh la jugak dalam 10-15minit. nak ambil bag kat loker lagi..keluar park tadi, sebelum ke kedai, kami tinggalkan bag dalam loker depan stesen bas tu...plan asal memang nak lepak je situ tunggu bas, tapi sebab sejuk sangat...tu yang gigih menapak ke kedai souvenir untuk menumpang heater kat sana.

sampai depan loker semua terkejut sebab loker kena seal..aka sita!blurrr semua bag dalam tu, bas pon lagi 10 minit nak gerak!ok masa tu memang hectic..tak tahu nak call siapa..xde nombor untuk dihubungi pulak tu...ok sesi larian pecut pun bermula!

memang salah kami sebab tak masuk coin masa tinggal bag kat loker tadi...sebab takde coin dan tak tahu nak cari coin kat mana...lagi pon kejap je konon...so just gamble tinggalkan bag tanpa kunci loker..haha sekali kena sita!ambik kau...

nak tak nak pergi minta tolong staf disney kat main entrance tu...punya la payah sebab dia tak boleh tinggalkan tempat tu tanpa arahan supervisor dia!pergi pulak kat kedai jajan sebelah bilik loker tu...dia try call security..and to cut short, ada staf disney pompuan tetiba datang, volunteer nak bawak kami ke management office locker...kami berpecah...kawan aku berlari ke office untuk setelkan pasal penalti loker, aku pulak berlari ke stesen bas untuk minta driver tu tunggu kejap...tapi ko tau jela..japanese ni memang tepati masa..1 saat pon dia tak nak tunggu ok!

siap akak disney tu tolong terangkan yang kami tengah usaha nak ambil bag yang terkunci dalam loker tu..tapi hampa juga. driver bas tu cakap kalau nak naik jugak bas tu, kami terpaksa berkejar ke next stop bas tu...kira main kejar-kejar dengan bas la kekdahnya....haha

dari kejauhan aku nampak  kawan aku berlari ke arah bas yang sedang pusing meninggalkan terminal dan...kami semua.!waaaaaa sedih ok..padahal lambat 15s je kot!!!tapi nak marah pon tak guna...dah memang sop diorang kena gerak tepat pada waktunya...

so???apa nak buat ni? sekali lagi akak disney yang baik hati tu bawak kami ke stesen teksi berdekatan pulak..punya laju dia jalan tak terkejar aku...haha sampai kat taxi, akak tu explain apa yang patut kat driver taxi tu...dia cakap pakcik tu kena cepat sebab kami kejar bas ke kyoto..berdesup macam schumacher pakcik tu bawak..alhamdulillah kami sampai dulu sebelum bas tiba..

merasalah naik teksi kat tokyo!

moral of the story...

jangan nak cheapskate tak tentu pasal and please follow the rule!

yang bestnya japanese ni, walaupon terang-terang kita yang salah, dia tak marah langsung! secara automatiknya kita pulak yang malu dengan diri sendiri....dari segi bayaran penalti pulak, kami hanya perlu bayar amaun yang sama dengan harga loker yang sepatutnya kami bayar...takde tambahan bayaran untuk penalti...biasa kalau dah nama pon penalti mestilah charge dia tak sama kan...let say harga loker 500, mungkin kita kena bayar 2x ganda atau lebih...hurmmm baguslah kan...secara tidak langsung kita akan terus rasa bersalah dengan perbuatan kita disebabkan kebaikan diorang.....adoi memang aku tak akan lupa sampai bila-bila la momentos ni;p

dugaan tak terhenti disitu.....

memanglah kami sampai awal kat bus stop tu, tapi awal sangat.. sejam kot!!stesen bas kecik tepi jalan je pon bukan dalam bangunan terminal ke hape..terpaksalah melompat-lompat dalam kesejukan malam 3deg c untuk panaskan badan...hazab ok! sejuk dia sampai ke tulang kot...nasib baik ada kedai macam 7e tu....lawson nama dia depan sikit dari bus stop tu...bolehlah menumpang panas..orang kedai tu pon senyum je tengok...kami keluar masuk kedai sambil tunggu bas datang...tak berani nak lepak lama...risau terlepas bas lagi!hehe

begitulah malam terakhir kami di tokyo berlalu...naik bas terus lelap dengan harapan pagi yang indah menanti di kyoto...
.
.
.
till then
xoxo.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...