Thursday, June 30, 2016

Jejak jepon day 3 pt2: Hachiko...eh camii mosque i'm coming!

bila rindu jepon bertamu...alkisah bersambung;p

sambungan dari SINI...

destinasi seterusnya mencari masjid untuk solat jamak. kami ke Camii mosque di Yoyogi Uehara. untuk ke masjid ni, senang je,



  • naik tren ke Yoyogi Uehara station (C01), West Exit
  • bila keluar akan nampak jalan kecik, belok KIRI kat jalan tu dan jalan TERUS je
ok jom mula menapak...selepas keluar stesen tren.
kami jalan dari tren station nun jauh disana....tak jauh pon...dalam 5-8 minit je kot...motif gambar? nak tunjuk lorong yang super duper bersih...serius..memang tak jumpa walaupon 1 pembalut gula-gula...apatah lagi puntung rokok yang bersepah! rasa macam nak baring je...cuba ko jalan macam ni kat mesia...hurmmm mau berkoyan sampah la ko jumpa...oh Malaysiaku..bilalah nak jadi macam ni;c
ok sambung balik
  • sampai nampak kedai AEON  kaler pink, tepi jalan sebelah kiri
ni lah kedai pink tu...tulisan AEON tu kecik je pon...jadi memang kena tengok betul-betul jangan menonong je jalan tu...ko jangan imagine macam AEON mall kat mesia ni pulak...memang tak jumpa la kan.
  • just after AEON tu ada junction besar, kat situ belok KANAN
ni lah rupa junction itu..belah kiri kedai AEON tadi...jadi kita cross ke kanan..ikut brother hensem kat depan tu..muahaha
  • then jalan terus je sampai nampak masjid sebelah kiri.
tadaa...nampak suda camii mosque nya..just across the road;p

sampai masjid, punyalah ramai niger...lelaki semua...dah confuse..mana wanita cantik punya entry?..hurmm mulanya nak memandai cari..tapi ada pulak brother niger sorang ni yang baik hati datang dan tunjuk jalan ke laluan masuk untuk adik-adik manis ni;p....dia kena turun tangga ke bawah macam tu....ada tempat wudhu dan boleh solat dalam bilik rehat yang disediakan..gambar?memang aku lupa nak snap... nak tau cantik ke tidak...selesa ke tidak...ko kena datang sendiri la..hahaha..memang selesa la..sebab lama jugak lepak sini..nak kumpul haba panas secukupnya sebelum keluar ukur jalan balik;p

next: tugu Hachiko!
Shibuya station, Hachiko exit.

ok apa yang bestnya pasal tugu anjing yang femes seantero dunia ni? hurmm aku sebagai seorang animal lover aka pencinta haiwan, memang akan mudah tersentuh dengan cerita-cerita berkaitan binatang ni...tak kisah lah pasal ayam ke kucing ke zirafah ke badak ke pape jela yang bergelar haiwan termasuklah cerita tentang kesetiaan anjing yang bernama Hachiko ni...lepas tengok cerita Hachi yang Richard gere berlakon tu, terus jatuh cinta dengan si Hachiko ni...tapi takdelah sampai nak bela ke peluk ke sentuh ke eh..eh tetiba pulak..haha oopss.....say NO to ' I want to touch a dog' campaign..


A proud of an entire dog's clan... Hachiko's statue!

nampak? punyalah ramai manusia yang bersesak nak bergambar dengan tugu Hachi ni...aku tengok dari jauh jela...takdelah gigih mana nak bersesak bagai kan.

next to the Hachi's statue: Shibuya's Crossing..world famous crossing!

aku pon tak faham kenapa femes sangat lintasan pejalan kaki shibuya ni...tempat lain pon ada jugak lintasan macam ni...tapi lepas dah tengok....hurmmm unbelievable!tempat lain ada ke macam ni?

sebelum lampu hijau..

bila lampu bertukar hijau...

kalau ko nak cross kat sini, pastikan ko jalan macam lipas kudung dan bukan lenggang mak limah..kalau ko tak nak stuck kat tengah-tengah jalan..sebab lampu hijau dia sekejap je...aku pon naik mengah jugaklah nak lintas jalan ni. yang aku pelik setiap kali lampu hijau, memang padat macam tu la manusianya...padahal setiap kali lampu hijau, semua pon berjaya lintas....dari mana la datangnya lautan manusia yang macam tu hanya dalam masa beberapa minit je kot!

lama jugak lah aku lepak kat sini, ralit dapat tengok gelagat manusia yang pelbagai gaya;p kat sini banyak shopping mall dan shopping street...tapi aku lebih suka lepak tengok orang lintas jalan je..tak masuk pon mall yang berlambak tu.

"It would be a shame to come to Tokyo and not take a walk across the famous intersection outside Shibuya Station..'



hehe tu dia...sampai ada quote macam tu skali...nasib la aku cross hari tu...takdelah malu sangat..muahaha

next: harajuku street!
harajuku station. kalau nak jalan dari shibuya pon boleh, tapi memandangkan dah maghrib, aku naik tren je la..ada rezeki repeat nanti aku menapak la pulak;p

apa yang bestnya kat harajuku ni? well.....macam-macam kot!memang happening sangat kat harajuku ni...ada takeshita street iaitu lorong shopping macam jalan tar tu & harajuku fesyen street...kat sini boleh jumpa pelbagai local snack,products and fesyen yang ko akan automatik cakap....


''fesyen macam tu pon boleh?...sigh..tepuk dahi..haha

dengar cerita crepes kat sini best...betul ke? hurmm aku tak cuba pon sebab tekak aku punya taste crepes made in paris je..muahaha...gila berlagak kot! aku ke sini pon dah petang...cuma untuk tengok-tengok je pon...sebab ramai yang cakap kalau dah sampai tokyo, tak sah la kan kalau tak terjah harajuku ni...jadi aku pon pergilah meninggalkan jejak;p

takeshita street...checked!

eh sape ni? ntah..aku saja je snap buat kenangan...haha local creature!

gigih mengukir namaku di hati..eh..eh

brother ni akan bagi chopstick kayu siap dengan ukiran nama korang sebagai free gift bila ko beli souvenir kat kedai dia...jadi jangan lupa cari mamat ni kalau datang takeshita street ye;p

free gift...arigatougozaimashita hansamuna otoko;p

ok dah malam..marilah kita pulang..anime dan jepon memang tak dapat dipisahkan...sepanjang jalan dihiasi dengan lukisan anime yang memang cantik!

convenience store...very convenient indeed!

sebelum balik rumah, singgah dulu kat sunkus, kedai serbaneka macam 7E jugak...untuk beli tiket ke Disneyland esok! yahooo...boleh beli mana-mana convenience store pon...kat lawson ke family mart ke...semua ada jual tiket disneyland..aku dapat ¥6300/pax je...

aku agak terkejut sebab aku dah sedia maklum harga tiket disneyland patutnya ¥6900/pax..macam mana boleh murah pulak ni?ke unvalid tiket?haha dapat murah pon pelik...kalau mahal lagilah komplen kan..redha je la...bersangka baik..

update: balik malaysia baru aku tau harga tu untuk student rupanya...kena tunjuk kad pelajar...tapi aku dapat beli macam tu je...tak payah nak tunjuk kad pon... dia tengok kami ni muda remaja macam pelajar high school kot..*blushing*..muahaha..papepon...it's our lucky day! 

東京ディズニーランド.....今行ってる!!

.
.
.
till then
xoxo


















2 comments:

  1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI ALIH,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI ALIH DAN AKHIRNYA AKI ALIH MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI ALIH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI ALIH …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI ALIH: 082==313==669==888

    KLIK DISINI 2d 3d 4d 5d 6d




    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D dan alhamdulillah saya dpat Rp 150 juta dan semuaini
    berkat bantuan angka dari AKI ALIH]
    karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
    goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
    hubungi AKI ALIH] DI 082==313==669==888insya allah beliu akan menbatu k40esusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.? <<< ]



    ..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
    «´
    _ ¨`»082==313==669==888
    ..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..


    الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل










    ReplyDelete
    Replies
    1. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...