Sunday, April 10, 2016

jejak jepun day 3: misi mencari gundam di pulau buatan, Odaiba!

sambungan dari entri ini...

ohayo gozaimasu!
pagi hari ke-3 di negara matahari terbit ni, bermula dengan hujan yang turun dengan lebatnya.haha makin malas la rasa nak keluar dari selimut...apatah lagi untuk mandi!!;p

kami keluar dari rumah lebih kurang jam 9.30 pagi...agak lewat sebenarnya sebab musim sejuk...waktu siangnya pendek..tapi apa nak buat kan...kita hanya merancang..Allah yang menentukan..plan asal nak ke harajuku, tapi memandangkan hari hujan, agak susah untuk jalan-jalan kat sana...jadi kami plan ke odaiba dulu sebab kat sana ada mall...kalau hujan lebat boleh lari masuk dalam mall;p

untuk ke odaiba, naik tren Oedo Line ke stesen Shiodome (E19), then kena ambil private railway ke odaiba kaihinkoen stn. harga tambang sehala ¥320. 

Odaiba ni sebuah bandar pelabuhan yang agak luas..nak pusing satu odaiba dalam masa yang singkat memang tak sempat la..jadi aku fokus kepada misi utama iaitu untuk melihat dengan lebih dekat giant gundam yang ada kat sini.aku bukanlah peminat tegar gundam, tapi bila dah sampai jepun ni, memang tak sah la kan kalau tak tengok salah satu robot hasil ciptaan diorang yang memang terkenal dalam dunia robotik ni.memang terbaek!

gundam?apa benda tu? korang tau tak? ala...anime series yang famous tu la...gundam ni nama robot dalam cerita tu la..dia banyak jenis gundam ni...ada nombor siri masing-masing tau..

tiket pon dah beli...map pon dah ada...apalagi..jomlah kita;p

handsome gundam!
finally....walaupun hujan makin lebat masa sampai kat sini, berbekalkan semangat berkobar-kobar nak tengok gundam tu depan mata...ku redahi jua....hehe...besar gila gundam ni ok.mana taknya, nisbah 1:1 kot dengan yang digambarkan dalam cerita.memang terbaekla kan...robot ni bukan sekadar tugu keras kat situ, tapi akan bergerak juga pada waktu-waktu tertentu...katanya waktu malam robot ni akan memancarkan cahaya berwarna-warni dan kaki robot ni akan bergerak...dia pergi mana tu aku kurang pastilah...sebab aku datang waktu pagi...plan asal memang nak datang malam...sebab nak tengok dia bergerak la..tapi dah hujan, plan pon berubah jugak...alasan untuk repeat ni;p

gundam ni berada di hadapan diver city mall..keluar dari stesen tren, kena jalan sikit dalam 5 minit.jangan risau sebab memang orang ramai menghala ke sini....follow je diorang.

lepak dalam mall...sebab hujan makin lebat;p

kat jepun ni memang bersepah mesin mainan macam kat atas ni.masa aku ke ueno semalam pon banyak je..yang berbeza mungkin karakter dalam mesin tu.harga pulak bergantung kepada saiz karakter tersebut...dari serendah ¥200 hingga ¥500 untuk sebiji bola. memang gian main benda ni...haha sakit hati pon ada bila karakter yang keluar bukan yang kita idam-idam kan;p

bola  ¥200 vs bola  ¥400 

peace y'all...bola ¥300

gundam ¥400 vs goku ¥500

hasil setengah hari di odaiba...bukan aku punyer la tapi....aku tukang pusing mesin je...hehe aku punya sekor je robot vacum cleaner kaler oren tu je...cukuplah sebagai souvenir dari odaiba;p dalam diver city mall ni pon ada daiso...bolehlah kalau nak beli souvenir murah...¥100 je...aka rm3;p

bangunan Fuji TV

keluar mall dah hampir tengahari...langit pon dah cerah kembali...alhamdulillah...dapat snap gambar bangunan yang agak futuristik ni...

dah sampai NYC y'all;p

masa ni tengah lepak santai tengok statue of liberty...berangan kat new york kejap...tetiba tengah snap gambar...nampak bunga pink nun jauh kat bawah sana...tetiba terfikir...sakura di bulan februari? tak kan kot?winter pon tak habis lagi...spring kan bulan 4....tapi gigih jugak turun untuk tengok dengan lebih dekat....

sakura in february...why not?

kawazu- zakura!

japanese pon excited jumpa sakura di bulan februari;p

tiada yang mustahil kan....semuanya kuasa yang maha Esa..sakura ni setahun sekali je kembangnya dan kebiasaannya akan kembang sekitar penghujung mac sehingga awal april di tokyo...tapi rezeki aku tahun ni sakura kembang awal! dapat la tengok sakura di musim sejuk. musim bunga aka cherry blossom kat jepun ni memang peak season...memang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia untuk datang tengok bunga sakura ni...jadi semua benda akan naik harga..dari tiket flight sehinggalah penginapan dan makanan.


memang cantiklah sakura ni...yang aku tengok ni baru sedikit kot..kalau dah musim betul...semua bunga dah kembang..memang terbaeklah kan...patutlah ramai yang teruja nak ber'cherry blossom' kat jepun ni....

setengah hari jugak aku kat odaiba ni....mengagumi gundam ciptaan manusia, jalan-jalan dalam mall, layan elvis presley yang menari tak ingat dunia...selfie dengan deretan pokok bunga sakura yang memang ohsem dan lepak santai tengok gelagat orang lalu lalang....memang best. ikut hati memang tak puas lagi lepak kat odaiba ni...tapi banyak lagi tempat nak kena terjah...jadi..moh le kita...
destinasi seterusnya....jumpa hachiko!

.
.
.
till then
xoxo


3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...