Thursday, April 7, 2016

Hotel Badi'ah Bandar Seri Begawan..terbaek!

travel like a king!

muahaha..sekali sekala booking kat hotel mahal apa salahnya...brunei kan negara kaya, jadi penginapan ala backpackers memang terhad...bila google, dua tempat je aku jumpa...
  • pusat belia brunei aka brunei youth hostel ; +6738873066/+6738998852 ... boleh whatssup no ni utk booking ..memang xde online booking
  • K.H Soon guesthouse...taip je kat google nanti keluarlah websitenya..through booking.com pon boleh
harga untuk semalam boleh dapat serendah bnd30/pax aka rm90! ya...itulah ratenye...memang agak mahal kat brunei ni.alang-alang dah mahal, aku terus booking hotel 4 star terus..haha puas hati aku!



ehsan google...haaa ni lah hotelnya...4 star ni..

total 3d2n untuk 2 orang ialah bnd196 aka rm593..agak mahal la...rm150/pax/night untuk cheapskate macam aku ni yang biasa stay hostel/hotel dalam rm30-60/night je...hehe kat europe aritu pon aku dapat murah lagi kot!redha je la...bukan selalu kan;p

menuju entrance!

lupa nak bagitau...bagusnya hotel ni ada sediakan airport shuttle secara percuma ya...yeah...it's FREE! berbaloilah bayar mahal kan...keluar je balai ketibaan, akan ada pekerja dari hotel yang dah siap tunggu sambil pegang nama korang!hehe macam pak asep, supir kat bandung tunggu aku kat bandung dulu la...kenapa pentingnya airport shuttle ni?

untuk pengetahuan, kat BSB ni pengangkutan awamnya sangat susah untuk didapati. contohnya bas dari lapangan terbang ke bandar ada je tapi masa menunggu tu....memang menguji kesabaran lah...bukan 10 minit...bukan 20 minit...tapi boleh lebih dari 1 jam ok!nak naik teksi pulak tambang dia memang agak mahal lah...sebab duit kita kan kecik nilainya berbanding brunei dollar....harga standard dari airport ke bandar dalam bnd25-30...which is rm90!kalau ramai ok la kot...boleh kongsi bayar. yang tak tahan tu...jarak airport ke bandar takdelah jauh mana pon...naik kereta dalam 20 minit je kot dah sampai...klia2 ke semenyih pon baru rm60...40 minit kot naik kereta...kesimpulannya sila buat pilihan bijak ye kawan-kawan.

pintu masuk hotel.

lobi hotel takdelah besar mana pon....but nice and simple. staf pon baik,peramah dan yang penting hensem dan cantik-cantik belaka ok!haha serius weh...apa rahsia?

our spacious room!

kami dapat bilik kat tingkat paling atas iaitu tingkat 6. untuk pengetahuan semua, kat BSB ni, ketinggian bangunan tidak boleh melebihi ketinggian kubah masjid ye...it's a rule ok...bagus tak?sebab tu kat BSB ni memang takde bangunan pengcakar langit macam KLCC mahupun KL tower sebagai ikon;p

buka je pintu bilik, terkejut beruk aku tengok ada 2 katil queen dan keluasan bilik yang agak melampau untuk 2 orang kot!masa booking memang aku pilih 2 katil single...mungkin bilik kami telah di'upgrade' atas sebab-sebab tertentu kot!hehe aku memang takde nak complaint la sebab harga masih sama kan...layan je la dapat bilik besar pon;p


toilet and shower...without bath tub;p

bersih dan luas jugak.tapi takde bath tub pon...ingatkan dah 4 star ni ada la kan...demand la pulak kan..biasa dok hostel pon share toilet kot!hehe but overall memang puas hati la.


complementaries and flat screen TV...

trip kali ni memang banyak masa lepak dalam bilik...tengok tv...fyi channel tv brunei kebanyakannya memang bersifat ilmiah dan penuh dengan program keagamaan...program bual bicara pon banyak tentang ilmu agama..penyanyi diorang pon semua bertudung....memang tak boleh free hair kot penyanyi kat brunei ni...kalau betul sangkaan aku ni memang bagus sangat la...memang takde program bersifat melalaikan macam program nyanyian ke...realiti tv ke...tapi tak tahulah kalau ada channel sebegitu tapi tak termasuk dalam list channel tv kat hotel ni...mungkin dah filter ke kan;p


my private swimming pool;p

hehe part ni paling best kot!aku memang suka berenang...jadi bila hotel ada swimming pool ni memang aku suka la....lagi best bila takde orang lain berenang bersama...terasa bagai kolam itu aku yang punya...muahaha nak buat private pool memang tak mampu la kan....jadi masa ni lah nak verangan pon.

lokasi biasa pool kalau kat hotel, mesti tepi tempat makan/cafe dan boleh digunakan dari 7 pagi sampai 7 malam je..memang tak best la kan...tak syok la nak berenang...terasa macam kita tengah buat show kat diorang yang tengah makan tu je...perasaan aku la kan..#tolongjangankecam;p

hotel kat badi'ah hotel ni kat level 2, memang open...boleh nampak jalan besar dari pool ni...dan waktu operasi dari 7 pagi- 10 malam ok!sangat best.sepanjang 3d2n aku kat sini memang aku sorang je yang guna kot...first day tu adalah 2 orang lelaki terjun sama...tapi masa diorang masuk tu aku dah sejam dah swim...dah nak keluar dah pon. hari kedua dan ketiga memang tak terserempak dengan sesiapa pon...cuma aku... and only me;p

walaupun keluasan pool ni bukanlah bersaiz olympic, setakat 5 kali kuak dah sampai end to end...still puas hati sangat.ok tu je.nanti aku kongsi pulak aktiviti aku sepanjang 3d2n di hidden kingdom of Brunei Darussalam ni.....

.
.
.
till then
xoxo


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...