Saturday, September 19, 2015

memandu dari Karlsruhe ke Interlaken Switzerland!

sambungan dari SINI...

22 may 2015- day 7.

semalam, seharian melepak dirumah je, tren semua tak jalan sebab tengah streik aka mogok!hari ke-6 aku dibumi german berlalu begitu sahaja..haha

hari ini, plan nya untuk pick-up kereta sewa kat europcar dan memandu ke interlaken!hoho lama kot aku menunggu saat-saat nak memandu di autobahn tanpa speed limit yang memang terkenal seantero dunia tu...satu-satu nya di dunia ni weh..takde kat tempat lain dah..gilalah kalo tak teruja kan;p



untuk sewa kereta di eropah, banyak website yang boleh diterjah seperti europcar, avis,rentalcars.com dll.aku pilih europcar sebab dapat murah dan dekat untuk pick-up kereta. aku 9 orang, jadi kena sewa 2 kereta sedan.nak sewa minibus macam tak yakin pulak..sebab left-hand drive kan..masa booking, macam biasa aku akan pilih kereta yang paling murah...tapi untuk insurance aku pilih yang full coverage punya...ye lah malang tak berbau kan.

bila sampai nak pick-up kereta dia akan bagi mana-mana kereta setaraf yang available..kalau nasib baik, boleh dapat kereta yang lagi mahal dari yang korang booked... untuk memandu di german & swiss, tidak perlu international license, cukup hanya dengan lesen memandu malaysia tapi dengan syarat lesen tu dah lebih setahun berdaftar.

nak dijadikan cerita, abang aku baru renew lesen dia...tukar lesen baru yang kad keras macam kad atm tu...kelemahannya ialah lesen baru tu hanya ditulis tarikh lesen diperbaharui, bukan macam lesen lama yang ada tertera tarikh mula-mula kita dapat lesen tu..jadi tak lepas nak drive sebab tak sampai setahun katanya.... moral of da story, sila bawa sekali lesen lama korang kalau baru renew lesen baru.

*terpaksa guna ID adik aku le nak dapat kereta kedua, tapi harus diingat, insurans tak cover sebab adik aku tu berstatus PR...bukan tourist...but thank God....everything went smoothly...fuh;p

kos sewa kereta aku bajet dalam €100/pax termasuk minyak dan tol, tapi kos sebenar hanyalah €60/pax. sila jangan keliru, kat autobahn germany memang takde tol untuk kereta, tapi nak masuk swiss kena ada stiker tol ye kawan-kawan.yang tak tahannya, stiker yang ditawarkan hanyalah stiker tahunan sahaja dengan kos CHF 40/car aka €40/car! walaupun nak masuk untuk 2-3 hari pon kena bayar untuk setahun jugak...gila tak? nak cabut lepas guna pon no point sebab once dah cabut, sticker dah tak valid dah... kalau nasib korang baik dapat kereta yang dah ada sticker ni, memang untung sangat!


swiss Autobahnvignette aka stiker tol swiss.

skoda vs audi A3 s-line @ RNR Bad Bellingen-West

Bad Bellingen ni rnr terakhir sebelah german sebelum masuk ke swiss...kalau berpeluang memandu di eropah, sila singgah di rnr mereka...sangat tip top wa cakap lu!nak masuk toilet memang kena bayar, tapi dapat voucher diskaun juga untuk beli air dll dalam mart...cool

merasa jugak le drive Audi A3 S-line!

nampak?stiker kena tampal kat sebelah kiri atas...salah tampal pon tak boleh ye.nanti kira tak valid..untunglah siapa yang sewa kereta ni lepas aku.. sebab aku yang baik hati ni dah bayar untuk setahun ok!

gambar sempadan german-swiss...interlaken aku datang!!

menurut wikipedia, lingkaran Autobahn meliputi jarak sejauh 12,917km dan dilabel bermula dengan 'Ax', x ialah nombor untuk lebuhraya tersebut, A1,A2 dll...untuk ke interlaken aku akan melalui A5 dari karlsruhe.

perjalanan daripada karlsruhe ke interlaken lebih kurang 340 km .walaupun masa pemanduan hampir 4 jam, tapi memang tak bosan...tak percaya?meh aku belanja gambar sepanjang jalan kenangan...

mendamaitenangkan...

perasaan aku memandu di Autobahn dengan left-hand drive car? memang terbaek!!momentos yang tak mungkin aku lupakan...cuak tu memang ada bila mula-mula dapat kunci...tapi bila dah mula drive, not bad la kan...bukan susah mana pon...sama je dengan pemanduan sebelah kanan...cuma bila sampai simpang/roundabout confuse kejap nak exit mana...

antara do and don'ts bila memandu di autobahn ni pulak...
  • jangan sesekali berhenti di lorong kecemasan melainkan memang ada kecemasan
  • jangan sesekali mengekori belakang kenderaan lain terlalu dekat....aku tak risau sebab audi A3 ni memang ada sensor kalau ikut dekat....beep...beep..beep sumpah memang bising...so ikut je la.
  • jangan sesekali memotong di lorong kanan
  • bagi signal bila nak tukar lorong/memotong..sebab pemandu di german takde 6th sense macam pemandu di malaysia;p
  • bagi lampu tinggi bila nak drive laju tapi kereta depan bawa perlahan ( aku kena high beam sebab bawak 220km/h je...errr slow lagi eh? )
  • ikut had laju yang ditetapkan di tempat-tempat tertentu sebab bukan semua tempat tanpa had laju...tapi jangan terhegeh-hegeh sangat pulak sebab had laju minimum ialah 60km/h

kalau cakap tak buat silap langsung masa drive left-hand car untuk pertama kalinya memang tipu la kan...dalam kes aku, sempat jugak la masuk jalan tram masa drive dalam bandar karlsruhe sebelum nak sampai Autobahn!hahaha confuse dengan signage punya pasal.. nasib baik la tram tak lalu...apa-apa pon, yang penting, aku berjaya cabar diri untuk drive  di Autobahn...yahoo mission accomplished!

.
.
.
till then
xoxo.










2 comments:

  1. Salam camne nk cari tempat park kereta di swiss?


    ReplyDelete
  2. Salam..nak tanya klu nak drive kat sana nak kena dapatkan international license tak???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...