Monday, June 15, 2015

guten tag...karlsruhe!

sambungan dari sini,

selesai ambil luggage,keluar-keluar terus nampak adik aku dah terpacak keriangan menyambut ketibaan jemaah...lupa pulak nak suruh pegang sepanduk..haha setel jejak kasih kat airport, kami terus bergerak ke bandar karlsruhe yang terletak dalam negeri Baden-Wurttemberg,southwest germany, sempadan german-france.yang kaler kuning kat bawah tu...frankreich tu ialah france, schweiz tu pulak switzerland ye...




ihsan google: peta german- 16 negeri

terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam dari airport untuk ke destinasi seterusnya seperti teksi,tren dan yang paling murah dan menjadi pilihan aku mestilah bas.harga tiket sehala ialah €16.9.

 frankfurt airport ke karlsruhe by meinfernbus.de

perjalanan menaiki bas dari frankfurt airport ke bandar karlsruhe mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit (~116km).tiket bas boleh dibeli awal di website meinfernbus.de.kat german ni, public transport dia memang boleh diharap...tip top!tepati masa.lagi satu tak payah nak print e-tiket bagai, scan code je masa nak naik bas.setel.


pic para jemaah @main train station,karlsruhe...checked!

lepas naik bas, jalan merentasi stesen keretapi untuk naik tram pulak.tak sampai sehari di bumi german, dah pelbagai pengangkutan awam aku naik...overall memang terbaek.

tempat tunggu tram.akan ada display yang menunjukkan bila tram akan tiba dan arah tujuan.jadi sila rujuk papan kenyataan dan confirmkan betul baru naik.masa menunggu tak lama pon...dalam 2-3min sahaja.

tiket tram

bagi yang datang berjemaah macam kami,beli tiket group (5 person) lagi jimat berbanding beli tiket single....tiket single €2.3/day, kalau group €9,80/5pax/day...jimat banyak kan?boleh naik bas & tram dengan tiket yang sama.lagi satu bagusnya tiket ni, waktu 24jam akan dikira bermula dari waktu kita punch tiket..contoh kalau punch jam 4 ptg, boleh guna sampai kul 4 ptg keesokkan harinya...tak seperti kat malaysia, hanya boleh guna pada hari tiket dibeli, tak kisah la kalau beli jam 11malam, hanya sah sampai 12tgh mlm hari yg sama..agak rugi sedikit disitu.

di karlsruhe, aku stay di apartment kawan adik aku.plan asal memang nak stay di A&O hostel karlsruhe & kaiserpassage karlsruhe, dengan kos €110/pax untuk 7d6n.dah booking pon,tapi kawan dia last minute offer rumah sebab dia akan ke itali untuk diving 2 minggu, jadi rumah kosong.rezeki jangan ditolak..ye dok?hehe selepas bayar penalty sebab cancel booking, alhamdulillah masih dapat jimat banyak.

tapi langit tak selalunya cerah...gambar tiket tram diatas adalah gambar terakhir sempat aku snap, menggunakan kamera sebelum kena pickpocket dalam tram.haha malang sungguh nasib aku, belum sempat sampai rumah pon!aku memang tak sangka.adik aku pon terkejut sebab dah 6 tahun dia kat karlsruhe ni tak pernah pulak jadi macam ni.aku sedar bila dah turun tram...akak aku dengan ayah aku tak sempat turun, sebab pintu dah tertutup.diorang turun di stesen berikutnya, nasib baik jarak antara stesen tak jauh mana.bila aku tanya kenapa tak turun, akak aku terus bagitau yang ada orang cuba nak pickpocket dia dan ayah aku.sempat lagi dia terajang suspect.haha

dengar cerita dia, aku terus check sling bag.sah....kamera aku dah takde....masa tu sedih gila tapi apa nak buat...dah nasib...jadi aku redha je la...sebab tak nak spoil da mood...the journey is about to begin je kot;p

laluan ke rumah penginapan di Wilhemstrasse...#sedih...pakai henpon sajo.

nun kat tingkat 3...

sampai rumah, lepak dulu sebelum keluar balik ke rumah adik aku untuk lunch...

layan orchestra dulu...

tengah jalan, terserempak pulak dengan orchestra ni...layan jugak lah..adik aku cakap diorang ni memang suka dan selalu buat aktiviti macam ni...tambahan pulak masa aku datang ni bulan meyambut hari negeri katanya...memang banyak aktiviti diadakan untuk hiburan orang awam. diorang juga ada sediakan piano tepi jalan untuk sesiapa sahaja nak tunjuk bakat...


pintu masuk...

rumah sewa adik aku...tak snap pon gambar dalam rumah...privacy katanyer..padahal takde mood kimera dah hilang;p

selesai makan tengahari, keluar jalan-jalan sekitar bandar...cuaca sangat best...tak sejuk sangat dan tak panas sangat...bandar karlsruhe ni tengah heavy construction sebab pembinaan laluan tren bawah tanah..sempat jugak aku usha buruh-buruh binaan kat sini...90% muka local...bukan warga asing..giler ensem pulak tu...dah macam stok model2 dah...ke sebab cuaca sejuk? jadi tak nampak comot...hehe bukan macam kat mesia...penuh dengan indonesian dan bangla sajo...ada ko nak usha?confirm tak la kan..hahaha.nampak?macam mana negara diorang kawal kemasukan warga asing? 

jata negeri...

petang tu jalan santai je then balik rumah untuk rehat sebab esok pagi nak gerak ke hamburg pulak...
.
.
.
till then
xoxo.









9 comments:

  1. ramainya ahli jemaah...semua ahli keluarga lah ni eh...ohh..kira mudah lah eh..beli tiket tiket bus online, ada expired date tak..tanya mcm lah nk jejak kaki di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...mak ayah.abg.kakak.SIL.niece...tak pasti pulak pasal expired date...sebab kita beli mmg tarikh yg nak naik pon...
      eleh saje je jm...padahal tgh buat planning tu...tup2 jap lg dah kuar entry europe;p

      Delete
  2. jadi betul lah cakap Aisya salah sorang blogger yg sedang study di Jeman skrg ni..pickpocket bersepah kat sana....ishhh...bahaya tul...pandai tul dorang buat keje tu...menyirap darah dgr..mmg itu dah jadi keje harian dorang kan..so it's easy to them...tambah lak dia tahu itu tourist dgn beg luggage bagai

    Nasib baik kakak Sai perasa ada org nk pickpocket tu eh..isk...geram je rasa..so perlu carefull lah kan kalau ke Jerman

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..sblm ni dengar paris je ramai pickpocket...tak sangka dah menular ke german..huhu
      pickpocket tu muka cam east europe..pendatang kot...mcm kat mesia la..kalo indon/bangla yg buat hal...nama malaysia jugak yg rosak.

      Delete
  3. kes pekerja construction tu sama mcm di Seoul n Jepun...orang local yg buat keje n bak kak Sai..HENSEM!!!! hahaha...aduh!..klau di Msia..ahakss..faham2 je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...KAN!KAN! KAN!...nampaknya ad geng pengusha buruh..hahhahaha

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Gila best jejalan berjemaah ngan family. Something yang aku selalu looking forward to. Aku memang suka compare public transportation kat obersi ngan negara kita. For good reason it is. Btw, walau mood ke laut sebab camera kena copet haruslah ignore je. Hp pun hp lah janji dapat merakam memori indah. Gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..insyaallah bie...one fine day!
      aku dah redha pon pasal kimera tu...tapi yg bestnye...aku dapat balik kot!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...