Sunday, March 22, 2015

misi memburu penang STREET art!

bersiaran lagi...rupanya entri ke penang aku hari tu belum complete!haha lepas dah buat entri pasal makan, terus lupa pasal entri misi sampingan iaitu memburu penang street art.kalau ke penang memang tak sah kot kalau tak buat aktiviti street art hunting ni..bagi aku memang bagus idea untuk mewujudkan street art ni.bunyi cam biasa-biasa je, tapi hakikatnya, memang mengujakan.haha



sebelum keluar airport pada hari pertama sampai penang, aku dah rembat siap-siap segala map aka peta yang ada bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan cuti 3d2n aku.hehe maklumlah jalan sendiri, kenalah gigih mencari aktiviti apa yang patut dibuat.nak dijadikan cerita, ada satu map tu, tersenarai semua street art yang utama patut cari dan tengok.apa lagi, aku dengan gigihnya menapak dan memulakan pemburuan itu..muahaha.

street art yang terdapat di penang ni terbahagi kepada 2 jenis, iaitu jenis lukisan dinding dan metal structure..ada faham? jom aku belanja gambar yang aku berjaya capture...

 lukisan dinding vs metal structure;p

memang kagum bila tengok metal structure ni...aku boleh rasa kegigihan dan kepayahan orang yang nak buat ni..bukan senang kot...memang terbaek!



yang ni agak tersorok..tapi jalan ikut map confirm jumpa;p

penang dan nasi kandar bagai irama dan lagu..takkan terpisah..yummeh


lukisan ni bukan sesaja buat tanpa motif ye.. mural pak cik tua dalam beca tu sebagai simbolik tempat parking beca yang terletak sebelah hotel cititel,berhadapan je dengan mural pakcik ni;p


nampak?


boleh jugak sewa basikal untuk street art hunting ni.. aku pilih untuk menapak saja untuk lebih jimat feel ala-ala amazing race gitu..;p




tengok kucing besau ni tetiba teringat cerita zaman kecik dulu yang anjing besar kaler putih boleh terbang tu...yes aku ingat dah tajuk dia..the neverending story..layan weh;p

tajam sungguh renungan itu;p


metal structure pulak dibuat untuk menceritakan sejarah berkaitan street/lorong berkaitan. jadi memang tak sia-sia la korang gigih mencari street art ni, boleh tahu sejarahnya sekali kan..2 in 1..






satu lagi kenangan indah tercipta.3d2n di penang memang terbaek...secara keseluruhan aku memang enjoy trip ni.siapa kata cuti-cuti Malaysia tak best?...bak kata pujangga....

' it's not the destination, but the journey that counts' .
.
.
till then
xoxo.


4 comments:

  1. ye betul...it's not about destination but it journey....yes..ramai baca blog jika ke penang..penag art street mesti masuk list...pstt...ke mana lak lepas ni...lama menyepi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sempat jugak menyinggah...tq..ke mana?hehe yg pasti bkn korea...tungguuuu;p

      Delete
  2. woooah banyak2 yang berjaya diterjah.. CT hahaha kat kawasan armenian tu je la.. jejauh xpi.. panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ct xpe la...bleh terjah lg bila-bila masa...aku ni dtg jauh, rugi la tak terjah semua;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...