Wednesday, February 4, 2015

jjcm@penang:makan.makan.dan makan.

makan.makan.makan. sepanjang 3d2n di penang ni, aku macam dah lupa wujudnya perkataan lapar!haha memang heaven!kat sini aku kongsikan beberapa tempat makan yang 'femes' kat penang ni yang sempat aku singgah.


makan #1: nasi kandar line clear.

hari pertama.touchdown je, terus naik bas ke komtar.sampai komtar terus menapak cari nasi kandar yang terlajak femes ni.hehe naik bas shuttle free aka CAT pon boleh, dari stesen #9 komtar ke stesen #12 chowrasta market.kedai ni tepi lorong je.kalau nak makan dalam kedai, boleh ke kedai sebelah dia, siap aircond lagi.

aku agak kesian dengan kedai sebelahnya, sebab semua yang datang memang bertumpu nak ke line clear ni.sebab memang dah femes kot.rata-rata blogger sarankan kedai ni.nampak?kuasa keyboard warrior disitu.hehe sanggup beratur tu.masa aku pergi, awal lagi, dalam pukul 11.30 camtu jadi takdelah kena beratur bagai. total untuk sepinggan nasi macam kat atas tambah teh 'o' ais rm9.

comment:2/5 bintang. 
bagi aku sedap lagi nasi kandar kayu, tak pun hakim sek.7 shah alam.lain tekak lain citarasa.jadi kalau tak singgah makan sini pon ok je.tak payah nak meroyan sangat.

makan #2: teochew chendul

lepas dah penat dok menapak memburu street art, singgah minum makan cendul kat sini pulak.lokasi asal warungnya di salah satu lorong area chowrasta, seberang jalan kedai ni.kat situ takde kerusi meja nak lepak makan cendul.tak sopan pulak aku rasa kalau nak makan berdiri.tu yang aku pilih untuk makan kat kedai ni.lagipon kata amoi pelayan kat sini, sama je cendulnya.cuma kat kedai ni ada pilihan makanan lain selain cendul.kat KL pon ad kedai teochew ni, kat ioi mall putrajaya & the mines, serdang.

ais kacang special.cendul.rojak.laksa penang kaw. memang terbaekk.aku pernah makan kat the mines.rasanya memang sama.sedap!total untuk semua makanan tu rm18 sahaja. 2 kali makan kat sini.haha memang sedap, tak tipu.

comment:5/5 bintang!


makan #3: roti canai transfer road.

tempat sarapan wajib singgah katanya. untuk sarapan hari ke-2, aku gigih menapak mencari warung ni.tak jauh pon dari stesen CAT#11.jalan terus je dari bus stop tu nanti akan nampak orang ramai makan macam kat atas sebelah kiri.lokasi kedai tepi jalan je.kaler hijau kuning.sebelah dengan hotel penaga yang mewah itu.waktu operasi pagi sampai jam 12 tghari sahaja.

opposite kedai ni ada bakery yang femes dengan roti benggalinya.wajib cuba jugak.bun beli dan katanya memang lembut rotinya.aku lupa nak snap pic kedai pulak.

roti canai banjir rm6.60 dan roti telur goyang.lupa pulak berapa rm!

comment: 3/5 bintang!
aku kurang gemar dengan kari nya yang masam.husband kawan aku cakap pure kari penang mari memang masam.tekak aku tak berapa nak terima.tapi habis jugak la aku telan sebab tak nak membazir.hehe otak aku ligat berimaginasi dok fikir macam-macam bila dah ngap dan rasa masam!haha tapi ayam dia lembut.

makan #4: restoran kapitan

lunch hari ke-2, selepas balik dari penang hill aka bukit bendera.lokasi restoran ni sekitar little india.aku naik bas CAT turun kat stesen #15, kg kolam jalan depan sikit jumpa masjid kapitan keling, masuk lorong kanan opposite masjid.jalan sepanjang little india, nanti jumpalah kedai ni.

beriani claypot.sedap!

tandoori dan roti nan.
2 menu yang patut cuba kat sini.nasi kandar pon ada jugak.total untuk 2 menu di atas tambah mango lassi,teh o ais rm 23.

comment:4/5 bintang! 
beriani memang tip top tapi tandoori cam biasa sajo.


welcome to Padang Kota!
setel lunch kat kapitan, balik hotel dulu untuk solat dan rehatkan perut, sebelum keluar balik petang tu untuk misi mencari mee goreng kat padang kota yang terlajak femes tu. naik free CAT jugak turun kat stesen #18 padang kota lama.

makan #5: mee goreng sotong hameed pata.

tadaa.ni la mee nya.memang terlajak sedap!mee rebus dia biasa-biasa je.pekena mee goreng sotong ni dengan coconut shake..memang heaven la kan;p

comment:5/5 bintang! 


tapakakiku@ tepi tembok padang kota, georgetown

bila perut sudah kenyang, hati pon banyak suka la...lepak santai dulu tepi tembok penghadang pantai.ingatkan boleh jalan-jalan tepi pantai fefiling maya karin ombak rindu jap.meleset.kalau nak sangat boleh ke pantai batu feringgi.trip kali ini aku tak pergi sebab sebelum ni dah pernah ke sana.nun jauh nampak kapal cruise libra yang ada pakej ke krabi dan phuket tu.dah lama teringin nak merasa naik cruise ni, mungkinkah masanya akan tiba jugak suatu hari nanti???

makan #6: pasembur @ padang brown.

makan ringan dulu sebelum pekena nasi kandar beratur yang bukak kedai jam 10 malam.boleh gugel jalan untuk ke padang brown ni, sebab laki kawan aku yang drive ke sini,jadi aku pun tak pasti jalannya.

comment:5/5 bintang! 

nasi kandar beratur

setel makan pasembur, terus gerak untuk pekena nasi kandar beratur, yang terletak sebelah je dengan masjid kapitan keling .nak ke masjid ni boleh naik CAT dan turun kat stesen #15 kampung kolam, jalan sikit ke depan jumpalah masjidnya.nasi kandar ni bukak jam 10 malam-9 pagi. tapi malangnya, malam tu hujan lebat pulak, nak tapau macam tak best pulak, nak makan kat situ, tempias hujan pulak, sebabnya kerusi meja memang kat depan kedai, bukan dalam kedai.mungkin lain kali la kot.ada alasan la nak repeat penang!yabedabedu...

makan #7: sup hameed

nak pekena nasi kandar tak jadi, kita pekena sup kambing hameed je la.hirup sup panas-panas dikala hujan membasahi bumi...memang terbaekk! sup hameed ni pon ada banyak cawangan.kat area chowrasta pon ada.yang aku terjah ni area lain,tapi aku rasa sama je la kot rasanya..

burpppp..5x aku makan untuk sehari.mampu? biasa je kan..haha kenyang tak boleh nak cakap.balik hotel tak boleh nak tido.nak tak nak kemas bag untuk check-out esok dulu dan  sembang sampai pagi...eh sebelum terlupa, aku nak ucap terima kasih untuk cikgu izzah dan suami sebab sudi datang jauh dari mainland untuk bawak aku dan bun makan.mmmuahhh;p
.
.
.
till then
xoxo.




3 comments:

  1. ini baru betul JJCM...JM cukup takut sbb mkn sikit je BERAT naik bagai di pam pam huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mmg trip ni khas utk cari makan je...takde misi tersembunyi lain melainkan makan.makan dan makan..;p

      Delete
  2. Kami adalah organisasi perundangan yang diwujudkan untuk membantu Orang yang memerlukan bantuan, seperti bantuan kewangan.

    Jadi jika anda atau anda berada dalam masalah kewangan dalam kegawatan kewangan, dan anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membayar bil anda, memulakan perniagaan yang baik, atau telah meminjam lebih banyak Masalah dari tempatan bank, hubungi kami hari ini melalui E-mel: di catherinewilliamloancompany@gmail.com

    E-mel: catherinewilliamloancompany@gmail.com


    Permohonan pinjaman termasuk:

    Nama: _________
    Alamat: _________
    Negara: _________
    Kedengaran: _________
    Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: __________
    Pupuse _________
    tempoh pinjaman __________
    Pendapatan bulanan: _________
    Telefon: _________

    Sila hubungi kami melalui e-mel

    E-mel kepada kami: catherinewilliamloancompany@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...