Wednesday, December 3, 2014

overland 2014:Berbasikal ke Angkor wat!...pt.4

sambungan dari SINI...

Day3;13/11/2014: misi berbasikal ke Angkor Wat!


plan asal adalah untuk tengok matahari terbit di angkor wat.tapi tinggal kenangan je la..nak tengok sunrise nak kena gerak seawal 4 pagi, waktu tengah syok belayar dengan black pearl...memang payah la kan.lagipun nak berkayuh dalam gelap nak kena ada headtorch pulak.memang tak prepare pon.. banyak alasan kan? kalau tempah tuk-tuk mungkin boleh jadi kenyataan,tapi sebab nak berkayuh punya pasal.. santai sudaa..kul 0700 turun lepak baca paper sambil breakfast makan mi sedap dan bihun sup pama kat cafe.ada jugak free coffee & tea.pisang pon free jugak tapi tak pernah dapat.habis je memanjang.masa tengah minum welcome drink semalam banyak pulak aku nampak stok pisangnya.hurmm


setel sarap, terus gerak ambil basikal.sebelum tu nak kena ambil resit macam ni kat kaunter dulu, baru boleh ambil basikal kat depot basikal depan villa je.guide dah ada,basikal pon dah ready...tunggu apa lagi?jomlah kita kayuh...weeee angkor wat...kami datang!

jauh perjalanan, luas permandangan.pengalaman pon turut bertambah.kalau sebelum ni,aku tak pernah tahu, ada 2 jalan sebenarnya untuk ke angkor wat ni, sekarang aku dah tahu.yup...2 jalan!nak dijadikan cerita, aku terambil jalan ke-2 itu ke angkor tanpa melalui sebarang tiket kaunter.selepas hampir 40 minit kayuhan, akhirnya sampailah aku di kaunter pemeriksaan tiket?.aku dah blurr...nak check tiket apa, aku baru nak beli tiket kot.petugas kat kaunter tu cakap kami kena patah balik ke kaunter tiket untuk beli tiket, kaunter dia untuk check tiket sahaja.aku macam @#%#%^%&@?? apa kes pulak ni?aku takde lalu mana-mana kaunter tiket kot sepanjang kayuhan tadi?

dia cadangkan untuk tinggal basikal kat situ, nanti kawan dia akan hantar kami naik motor ke kaunter tiket dengan bayaran usd5/pax kalau tak salah.gila!ingatkan ikhlas nak tolong.hampeh.nak tak nak kena la patah balik cari kaunter tiket.bila tengok balik dalam peta, memang nampak jalan terbahagi 2 kalau datang dari pusat bandar.tapi takde pulak label kaunter tiket.jadi aku ingat boleh la ikut jalan mana pon.biasanya kaunter tiket kan depan pintu masuk je.tak tahu lah pulak jauh benar kaunternya.

tengah kayuh,jumpa pulak dengan polis sado hensem.apa lagi terus tanya direction ke kaunter tiket la..tetiba aku terus teringat si Bunthan, polis phnom penh yang satu van dengan aku masa datang siem reap tu.memang salah satu syarat ke nak jadi polis kat cambodia ni kena hensem? haha.ada hikmah jugak la kami ditakdirkan kena patah balik...dapat jumpa polis hensem rupanya...lebih kepada ayat untuk tenangkan hati je ni;p

akhirnya...selepas berkayuh lagi lebih kurang 20 minit,kami di jalan yang benar.haha kalau nampak signage ni maka betul lah tu.sila berhenti beli tiket dulu.gambar ni aku snap masa on the way balik, sebab tu nampak kosong je...hakikatnya...

nah.ramai orang weh.masa aku sampai ni dah hampir jam 10 pagi.hari pon dah mula panas.kat tepi jalan pintu masuk, penuh dengan bas dan van pelancong parking.tu yang tak boleh nak snap gambar pintu masuk tu.

jadi tepuk poket, tengok bajet;p

tadaa.cool kan tiket dia, siap tempek muka okeh.dah macam penyamun dah gaya nya.a day pass to angkor wat...usd20/pax. tiket pon dah dapat,jadi marilah kita sambung balik perjalanan ke angkor wat dengan riang gembira!weeeeee

welcome to angkor wat! selepas lebih kurang 5.5km kayuhan...jarak ni ialah jarak yang sepatutnya la dari pusat bandar yang google cakap.aku rasa kami kayuh lebih kot sebab kes kena patah balik kan;p

tasik tepi jalan sebelum sampai pintu masuk angkor wat.berhenti lepak kejap sebab kebas montot;p

dah sampai.parking basikal dulu sebelum menapak masuk menuju angkor nun jauhhhhhh di sana.memang agak jauh sebenarnya, sebab kawasan angkor ni memang super luas.the largest religious monument in da world ni!patutlah ada pass untuk 3 hari bagi mereka yang betul-betul nak jelajah dan memahami sejarah tempat ni.aku sekadar tinggal jejak pon jadilah, tak payah nak bertapa bagai sampai 3 hari kat sini kan.rata-rata aku tengok mat salleh je la yang gigih beratur beli 3 day pass.

dah sampai pintu gerbang pertama..

keluar pintu gerbang...nampak angkor wat masih nun jauhh disana.haha ingatkan keluar gerbang ni dah sampai la...kena teruskan menapak lagi lah nampaknya.berpeluh ketiak jugak lah nak sampai.dah la tengahari.panas terik hokehh.

 
akhirnya...angkor wat...checked!

masa nak keluar baru jumpa reflection pond ni.haha mula-mula masuk, jenuh jugak fikir mana nak snap gambar yang ada reflection macam ni kan.walaupun tak berjaya dapat gambar sunrise, gambar ni pon dah cukup baik dah.yeah


bahagian dalam angkor.lama jugak kami pusing tempat ni.lebih kurang 4 jam!aku pon tak tahu lah..nak kata syok tengok senibina angkor ni?takde lah sangat.mungkin terlalu leka melihat gelagat manusia yang lalu lalang kot.

mesti nak ada capture dengan pokok kan? hehe lepak santai sebelum gerak mencari bayon dan pokok lara croft;p

memang banyak wat kat sini.tapi yang femes ialah angkor wat,bayon temple dan ta phrom.bayon kah ini?

bayon lagi?entah aku nampak muka ukiran batu ni semua sama je.banyak jugak la wat yang aku lewati dalam perjalanan nak mencari ta phrom tempat dimana pokok lara croft tu.sampai muak dah aku dok tengok wat dari pagi sampai ke petang.lebih kurang jam 1500, hujan turun dengan lebatnya.berhenti berteduh seketika sebelum masuk ta phrom.


tadaa.pokok lara croft...checked!memang ramai yang gigih beratur nak bergambar dengan pokok femes ni.bagi sesiapa yang kurang jelas kenapa pokok ni femes, boleh la tengok cerita lara croft tomb rider lakonan angelina jolie itu.mission accomplished!hari pon dah petang, moh le kita pulang.sebelum tu singgah pekena air kelapa dulu dan proses melicinkan bekalan mee sedap goreng sebelum berkayuh pulang ke villa.

dah cukup rehat, dalam kul 6 petang keluar untuk cari makan pulak.semalam masa jalan-jalan kat angkor night market, jumpa kedai halal ni.ababa curry house.selain indian cuisine, ada jugak khmer cuisine.jadi boleh lah cuba masakan local.

aku makan lok lak aka nasi daging.sedap jugak lah masakan dia.datang pulak dengan sos pencicah cambodian style tu.black pepper campur garam halus dan perahan limau nipis.kata tokei kedai ni, orang kemboja memang suka sangat pencicah ni.bagus untuk cuci perut kot.kalau kat india,diorang akan minum air lemon campur garam lepas makan.not bad la rasanya.boleh telan.

bun pulak makan cheese nan dan tandoori.memang terbaeklah kan.

owner dia mr.Ranjit.orang malaysia yang dah menetap kat siem reap ni lebih 13 tahun dah.dia dulu kerja dengan rhb.datang siem reap dengan kontrak kerja 3 tahun.habis kontrak, dia kahwin dan bukak bisnes.memandangkan semuanya berjalan lancar, dia terus ambil keputusan untuk menetap kat sini.

perut pon dah kenyang,menapak ke hard rock cafe pulak untuk cari t-shirt ayah bun.tapi takde yang berkenan.nak cari kat hard rock bangkok pulak katanya.tanpa berlengah lagi, terus balik villa sebab ada appointment untuk complimentary massage jam 8 malam.yahooo.sebelum keluar berkayuh pagi tadi memang dah booking terus untuk massage.memang terbaeklah kan selepas berkayuh lebih 15km,pekena massage free pulak memang heaven!

selesai massage,sesi bergambar bersama staf villa,sophie (baju merah tu) dan kawan dia, memandangkan kami akan check-out awal pagi besok dan dia pulak off duty.si sophie ni lah yang entertain kami masa check-in.katanya memang diorang akan ambil gambar dengan guest sebelum check-out dan akan emailkan gambar tu nanti sebagai kenangan.jadi layan saja.

habis sudah percutian indah aku di cambodia.esok akan bermula episod cuti aku ke bangkok pulak.nak tau bangkok best ke tidak? nanti aku cerita ya...
.
.
.
till then
xoxo.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...