Wednesday, December 3, 2014

overland 2014:Dari phnom penh ke siem reap...pt.3

sambungan dari SINI...

Day2;12/11/14: Phnom Penh ke Siem Reap.

pagi di phnom penh... sekadar lepak depan guesthouse tunggu van datang pick-up untuk ke siem reap sesambil usha local tengah sarapan.nampak sedap.gulp.tipikal breakfast macam kat vietnam jugak,makan sup.patutlah mereka ni slim melim je semua.takdelah breakfast macam kat malaysia, nasi berlemak dan teh tarik..haha tapi i love nasi lomak..yummeh;p 


depan guesthouse, ada velkommen backpackers untuk yang pilih bilik jenis dorm.masa tengah lepak ni lah owner guesthouse yang baik hati tambah kacak bergaya ni datang nak bagi guide book untuk siem reap.tapi aku terpaksa tolak sebab dah rembat awal-awal..hihi masa check-in semalam aku dah nampak guide ni.

buku panduan 155 muka surat ni memang terbaek.complete!dan yang bestnya memang kena dengan selera aku sebagai traveller dengan bajet ciput.nampak? sebelah kanan atas tercatat 49th edition untuk oct 2014-jan 2015. jadi tak payah nak risau info/entrance fee tak update ke hape.memang latest edition ni.


tepat jam 0730, van pon sampai.van 13 seater.memang terbaek lah.aku snap pic ni semata-mata nak tunjuk keadaan dalam van yang bersih dan selesa.sesuai sangatlah dengan jarak perjalanan lebih kurang 350km aka 5-6 jam.sila abaikan gambar muka sememeh tengah breakfast makan biskut tu;p

dan perjalanan pon bermula tepat jam 0830, selepas semua penumpang mengambil tempat duduk masing-masing.sempat jugak snap gambar masjid .area ni dah masuk perkampungan islam kot sebab banyak je nampak masjid kat tepi jalan.kalau tak memang jenuh dok tengok temple/ wat je la. boleh jugak nampak ramai adik manis & mak cik-mak cik hot yang pakai tudung.kedai tepi jalan pon jual tudung dan jubah bagai.


versi tuk-tuk yang berbeza dengan tuk-tuk di bandar.mungkin dah masuk kawasan kampung sikit, diorang modified tuk-tuk ni mengikut penggunaan.jadi boleh angkut lebih ramai penumpang dan barang dagangan/ternakan/hasil tanaman sekali gus.jimat okeh, pakai moto sajo sebagai kereta/bas/lori.manusia akan jadi lebih kreatif dalam situasi yang terdesak.it's true indeed;p

rumah comel..memang banyak kelihatan di sepanjang jalan.kebanyakan rumah diorang ni dibina tinggi-tinggi macam ni.mungkin selalu banjir kot.sepanjang perjalanan, memang tak bosan sebab boleh tengok permandangan yang super indah.the sky is blue,the house is red.perfect!

tapi aku agak sedih bila tengok lembu-lembu kat sini.memang kurus kering je.sampai boleh nampak tulang selangka.eh ye ke?tak kisah la tulang apa pon.macam mana tak kurus, makan pon haystack aka rumput kering je kot!takde rumput segar ke? tetiba emo la pulak kan.aku ni memang jenis yang sangat berperikebinatangan...jadi memang akan concern lebih pasal makhluk tuhan bernama binatang ini.kalau manusia slim itu normal, tapi kalau lembu slim itu memang sadis;c

inilah sebabnya kenapa perjalanan sejauh 350km sahaja tetapi ambil masa sampai 5-6 jam!!jalan tanah merah ok...no highway, no jalan tar..ke ni dikira highway?kompius sudaa.memang berdebu sangat, sampai lembu putih pon ko dah nampak kaler coklat.rumput pon dah diselubungi debu..rumah ,kereta tak payah nak cerita la..semua dah bersalut debu.aku tak boleh nak imagine bila bukak tingkap...memang makan habuk je la pagi ke malam.

budak baru balik sekolah.pergi pagi pakai baju putih,balik petang baju dah coklat.haha syukur la ko lahir kat mesia...naik bas sekolah siap ada aircond bagai.aku pon dulu naik basikal jugak ke sekolah, tapi takdelah berdebu macam ni sekali.kalau perasan, diorang ni pakai selipar je ke sekolah.ada jugak yang berkaki ayam sajo.tapi tetap gigih ke sekolah dengan harapan setinggi gunung untuk merubah kehidupan.Good luck uolls;p

selepas hampir 4 jam perjalanan, van berhenti untuk makan tengahari dan setelkan hajat yang mana patut.eloklah.bontot pon dah jadi macam spongebob squarepant.sempat snap no.plat kg.speu..akan melalui kampung ni untuk perjalanan ke sihanoukville dari phnom penh.


lunch katanyer.cengkerik masak belado.memang terbaek lah untuk mengisi perut yang hanya beralaskan biskut je dari pagi.haha penangan abang polis sado..bernama Bunthan..akhirnya merasa jugak la nak lunch cengkerik belado ni.Bunthan ni kerja polis kat phnom penh.kampung dia kat siem reap.dah setengah perjalanan,kat hentian ni baru aku perasan kewujudan dia ni.ingatkan dia naik van lain, sekali dah borak, satu van rupanya..haha dia gelak je bila aku tanya naik bas ke van ni ke siem reap? aku tak perasan sebab dia duduk kat seat depan ,sebelah driver.jadi aku hanya nampak belakang kepala je la..

dialah yang tolong tanyakan harga masa bun tengah sibuk nak beli buah mangga, sebab mak cik yang jual tu langsung tak reti nak speaking.aku nampak dia tapau cengkerik.mungkin pengganti 'kacang' dalam van nanti.memang saja cari nahas la bila mulut aku gatal tanya dia apa rasa?sedap ke tak? tanpa berlengah dia amik sekor bagi aku.dia cakap tourist yang datang cambodia memang kena rasa,baru local.hambek...nak tolak macam tak kena sebab dia dah tolong 'kupas' bagai..siap nak suap lagi...at last aku ngap je la...not bad la rasa sangat crunchy gittew.muahaha

baru aku tahu cara nak makan benda ni, kena buang kepala dan kaki dulu..kalau ada sayap pon buang sekali.makan badan tengah je.tapi kalau nak telan semua pon takde masalah.agak mahal jugak benda ni.kalau yang besar sikit tu mahu sampai rm1 sekor.mungkin payah nak tangkap kot...burpppp kenyang;p

saya dah kenyang dah mak cik..dah makan sekor tadi cukuplah.terima kasih ye...;p

tepat jam 1330, van sampai di siem reap.aku dah email siap-siap untuk free pick-up dari hotel.turun van je, driver tuk-tuk dah tunggu sambil pegang tanda nama.yes.nama aku lah yang terpampang itu.sepantas kilat,dia amik bag naik tuk-tuk.tak sempat aku nak snap gambar dengan abang sado...Bunthan.huhu sempat babai je.mungkin sudah tertulis yang muka Bunthan memang exclusive untuk lipatan memori aku saja, bukan untuk ditempek dan dikongsi disini.kehkeh.sorry uolls.

lebih kurang 10 minit naik tuk-tuk,dah sampai hotel.eh silap bukan hotel tapi villa sebenarnya.kat siem reap ni aku check-in di golden temple villa. usd17/nite/2pax.aku stay sini 2 malam.jadi total burst sorang hanya usd 17.memang terbaek dan very recommended!!best sangat.memang berbaloi-baloi lah untuk bayaran rm30 semalam tapi dapat layanan bertaraf hotel 5 stars.kat mesia boleh dapat ke?entah lah, tapi aku belum jumpa lagi la.jadi apa yang bestnyer pasal villa ni?

pertama,sampai-sampai je ada welcome drink okeh.memang kena sangat lah selepas menempuh perjalanan jauh dari phnom penh kan.tekak pon tengah kering, sebab aku memang tak minum sangat risau nak kena cari toilet pulak.sangat menyegarkan tekak ice lemon tea yang dihidang bersama kacang salai tu.bilik aku kat level 4 lagi dan villa ni pon takde lif.tapi takpe sebab diorang hantar beg sampai ke bilik ye..hihi tak payah nak risau.jalan lenggang kangkong je naik..weeeee

taraa.bilik aku.best tak?memang super best la kan bagi traveller bajet ciput macam aku yang biasa check-in kat hostel je.dapat bilik macam ni dengan harga hostel memang bonus la wa cakap lu.ok rasa nak tido je terus tak nak keluar bilik dah.haha

lagi tv pregnant.tapi tak penting pon..bukannya nak melangut tengok tv pon kan.sebagai aksesori semata je ni.

toilet pon besar dan yang paling penting bersih.nak apa lagi? nah cuba baca betul-betul...free bicycle ok.yes.jimat duit sewa basikal usd1.yahoo.boleh rembat flag patch lagi.yang paling best part free complimentary massage itu.memang heaven la kan.sejam pulak tu bukan nya 10 minit!kalau massage kat luar harga dlm usd5 jugak untuk 60 minit.jadi sesiapa datang siem reap...WAJIB stay kat sini ye..sangat puas hati.lokasi pon terbaek!

lepas check-in, macam biasa membuta dulu.haha aku dah cakap trip kali ni memang banyak membuta je. santai habis.lebih kurang jam 5 petang baru keluar ronda bandar naik basikal free.yes.memang best.kat siem reap aku memang tak keluar bajet untuk pengangkutan langsung selain beli tiket van ke bangkok usd15/pax.kat villa pon diorang ada jual tiket tapi mahal...usd28/pax.katanya lebih mudah sebab tak payah nak tukar van kat poipet,tak payah nak turun cop passport bagai.tapi aku terpaksa tolak sebab lebih bajet.tak payah risau sebab banyak je tempat jual tiket ke bangkok sepanjang jalan.keluar villa pon terus jumpa authentic holiday travel ni.aku terus rembat sebab dapat harga macam yang dirancang.

kalau nak bajet lagi, boleh naik bas ke poipet berharga usd5,kemudian ambil tren ke bangkok kat stesen Aranyaprathet.tapi harus di ingat, tren ke bangkok hanya 2 kali sehari, pagi jam 0630 dan tengahari jam 1330.jadi rancang masa dengan bijak.ada jugak bas terus ke bangkok tapi aku tak tau pulak berapa tambangnya.plan asal aku memang nak naik tren tapi tak tau kenapa aku terbeli tiket van ke bangkok.hahaha petanda apakah?


#Siem Reap Art Centre night market...checked!

old market@ siem reap...checked! kat sini paling murah kalau nak compare dengan angkor night market atau russian market di phnom penh.nasib la tak borong banyak sangat kat russian market;p

siem reap night market...yang ni bukan original.harga pon mahal sikit.

yang ni la original Angkor night market.sebelah-sebelah je pon.

penat kayuh, pekena air kelapa dulu...usd1 saja.tapi besar gila kelapanya.terbaeklah;p

Angkor night market...checked!

jangan tertipu dengan harga massage yang tertera...usd1 tu harga untuk 10/15 minit sahaja ye kawan-kawan.massage nye pon ala kadar dan open air.jadi sila pilih betul-betul.aurat kita nak kena jaga jugak.

misi malam pertama di siem reap adalah untuk terjah semua night market yang ada di sini dan pusing bandar naik basikal.bandar siem reap ni bukanlah besar mana, jadi tak payah nak risau sesat ke apa.kayuhlah dengan riang saja.staff villa pon dengan baik hati akan bagi peta bertanda tempat-tempat yang patut dilawati.

aku rasa dah panjang sangat entri kali ni.ye ke? eloklah kiranya aku berhenti dulu.malam tu aku takde rembat papepon.sekadar jalan tengok-tengok saja.dah penat pusing, balik villa untuk mendapatkan rehat secukupnya.

tak sabar nak tunggu pagi untuk menyempurnakan misi utama roadtrip kali ini.apakah???...
.
.
.
till then
xoxo.





2 comments:

  1. Ok, noted. Memang kena bawa few biji face mask lah jawabnye ni. Nengok jalan pun dah tau debu & habuk dia macamana. Tapi gigih kan budak2 tu mengayuh basikal gi sekolah. Yang paling bertabah adalah emak di rumah yang bakal menyental baju. Fuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.tu la kesian pulak aku tengok diorang ni.insaf jap;p
      face mask is a must!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...