Sunday, October 12, 2014

Wildlife Santuary Sajjan Garh...udaipur pt.4

sambungan entri pt.3

hari ke-4 di udaipur.rutin macam biasa, pagi kelas, petang lepas kelas baru sesi lawatan sambil belajar.hari ni kami ke wildlife santuary untuk melawat monsoon palace.istana ni dibina oleh Maharana Sajjan Singh. plan asal nak buat bangunan 9 tingkat sebagai pusat kajicuaca serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, tetapi tak sempat sebab maharana meninggal ketika usia 26 tahun, selepas 10 tahun (1874-1884) jadi raja.dia naik takhta masa umur 15 tahun.




sebelum masuk, mesti lah kena beli tiket dulu...inr20/pax & inr130/kereta 4 tayar..

ni la monsoon palace nya secara close-up...langit biru & cantik itu original ye, tak edit pon!kalau tengok gambar ni korang rasa berapa tingkat bangunan ni?mesti ramai yang jawab 3@4 tingkat..hakikat yang sebenar, bangunan ni hanyalah setinggi 2 tingkat..tak percaya? sila datang tengok sendiri ok! welcome to udaipur;p


full view of the monsoon palace...very picturistic!

dan macam biasa posing itu wajib!


view dari atas monsoon palace.sangat cantik!! jujur cakap, aku memang suka tempat ni kalau nak compare dengan city palace semalam.lagi tenang kat sini, pelawat pon tak sesak.raja zaman dulu bina istana ni untuk kubu semasa pergi memburu jugak selain untuk ramalan kaji cuaca.

kat sini masih lagi menjadi habitat bagi reptilia liar, seperti ular serta harimau,hyenas, panthers, wild boars dan banyak lagi binatang buas lain.sebab tu tempat ni tutup jam 7 malam.selain naik dengan kereta, boleh jugak hiking aka mendaki menuju puncak, tapi atas risiko sendiri kalo kena 'ngap'...


group photo dengan mr.dushyant. masing-masing senyum puas dengan permandangan yang terhidang kat sini.memang terbaek!aku malas nak cerita banyak pasal sejarah kat sini,kalau berminat nak tau, silalah baca kat SINI..dah banyak info yang dikongsikan oleh encik google kesayangan.tq mr google;p

setel kat sini, terus gerak ke salah satu daripada 4 tasik yang terdapat di udaipur ni, bak kata orang putih, 'the pride of udaipur...city of lakes'...nak tau dimana?akan dikongsikan dalam entri seterusnya..haha sebab dah kena virus 'm'..daaa
.
.
.
till then
xoxo.









4 comments:

  1. view sgt cantik...kenapa sikit sgt gambar x puas tau ..nampak nya perlu pergi sendiri ke Udaipur..ya ampun...susah nk dapat langit biru seperti itu di msia nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan..hihi kalau tempek byk pic nnt blog jadi gemok la jm...kan tengah 'diet'...

      Delete
  2. hmmm....bestnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke?hihi...syukur dapat peluang tengok negara orang.SS pon boleh..'now everyone can fly' kata pak tony;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...