Saturday, October 18, 2014

transit @ Bombay aka mumbai!

say bye to udaipur...and hello bombay..city of bollywood!muahaha srk i'm comingggggg.hihi walaupun hanya untuk transit 14 jam sampai jugak tapakakiku ke kota bombay ni.aku suka nama bombay lagi daripada mumbai sebab kedengarannya lebih klasik gitu..boleh?



jam 4 pagi dah gerak dari hotel ke maharana pratap airport.flite jet airways ke bombay jam 7 pagi.

ehsan google.pandangan luar chhatrapati shivaji international airport, mumbai.

welcome to mumbai!selepas lebih kurang 1 jam flite dari udaipur.kat mumbai ni, airport untuk international & domestic flite adalah berbeza.tapi jangan risau sebab jarak antara 2 airport ni dekat je macam klia & klia2.ada free shuttle bus disediakan.lepas ambil luggage, terus naik bas ke international airport.plan asal nak cari loker untuk letak bag dulu, sebab flite ke KL jam 11.55pm.

tapi malangnya, penumpang hanya akan dibenarkan masuk ke dalam airport paling awal pon 3 jam sebelum penerbangan.ada polis yang akan check boarding pass di setiap pintu masuk airport.bagi yang takde boarding pass pulak nak kena bayar kalau nak masuk airport boleh?pelik betul la.katanya security purpose.sabar jelah.

terpaksa menapak cari loker kat luar airport.bila dah jumpa, mahal sangat pulak diorang caj.jadi plan b nya adalah untuk sewa hotel sekitar airport.


               
R.K Residency aka motel.not bad la sekadar untuk transit.sebagai customer pertama untuk hari tu, dapat la bilik double a/c dgn harga inr2500 @rm125.diskaun inr200...ok la kan.mumbai ni macam KL, jadi rate hotel memang mahal.kalau kat udaipur dah dapat hotel 3 star dengan harga ni.

plan asal nak jalan-jalan naik tuktuk aka auto je,tapi bila dah keluar hotel cari auto, payah pulak nak komunikasi sebab rata-rata driver  auto  memang cakap hindi 100%.lagipun katanya jauh nak ke bandar mumbai, auto cover area sekitar je.terpaksa tukar plan lagi dan setuju untuk sewa taxi yang owner hotel cadangkan dengan rate inr1500/2pax lebih kurang rm37.50/pax untuk 10am-7pm. 


gambar kenangan dengan mr.driver taxi yang fasih berbahasa inggeris dan tahu selok belok sejarah kota bombay.highly recommended untuk hire dia tour kota mumbai.nama dia aku lupa pulak.

sedikit fakta tentang kota mumbai;
  • ibu negeri Maharashtra,salah satu dari 28 negeri di india ni
  • bandar paling popular di india 
  • bandar ke-5 terpadat di dunia dengan populasi seramai 18.4 juta!
  • bandar terkaya di india (70% of capital transaction to india's economy)
  • tukar nama dari bombay ke mumbai pada tahun 1996
  • Bombay: portugese phrase 'bom baim' yang bermaksud 'good little bay'
  • Mumbai: kombinasi daripada perkataan mumba@maha-amba- dewi koli, mumbadevi & aai-ibu dalam bahasa marathi, bahasa ibunda kolis & bahasa rasmi maharashtra.

the black & yellow premier padmini taxi...iconic of mumbai. no plate:MH utk maharashtra, sebelum ni kat udaipur RJ utk rajasthan.tapi aku tak naik pon, lalu tepi je.hihi

auto versi mumbai.cantik dan nampak bersih sikit kalau compare dengan auto kat udaipur.tapi asasnya tetap sama, motor 3 tayar jugek;p

lagi ehsan pak google. jambatan merentasi sebahagian laut arab.bandra-worli sea link yang menghubungkan central mumbai dan kawasan luar bandar.aku dari airport nak ke kota mumbai memang kena lalu jambatan ni.dah macam penang bridge aku tengok.


singgah @ saga department store.cari fridge magnet!rate fm kat sini dapat inr100/pcs...aka rm5.agak mahal tapi sebab nak jugak,pejam mata je la. dari udaipur lagi dok cari fm.memang susah dan tak banyak choices.mungkin kalau kat tourist spot macam taj mahal senang dapat kot.kat sini semua ada..sari,kurta,bags,shirts dll..bukan fm je.tapi aku fokus fm je,sebab rupees pon dah tak lebat mana tapi sempat gak usha harga barang lain.. not bad la.fixed price no bargain.

Antilia...(bangunan banyak kaca belakang bangunan krim tu) milik billionaire ambani!apa?tak kenal ambani?? omg..nah ice breaking dulu..bangunan 27 tingkat dengan 600 orang servants untuk melayan ambani,wife dia dan 3 anak dia..can u imagine da super luxurious life they have?ambil masa 8 tahun nak siap dengan kos usd50-70million!!rumah orang terkaya di india dan kedua terkaya di asia katanya...ko mampu?mampu tengok je la...

ehsan google.detailed view of da house.gila kentang betul...siap dengan air traffic control tu dah macam dca klia la pulak.

ehsan google lagi.nak kasi tengok dengan jelas lagi antilia ni. al maklum la aku punyer gambar hanya nampak dari kejauhan...


kalau ambani dengan bangunan antilia mewahnya...mereka ni pulak hanya mampu tinggal bawah jambatan,tepi jalan yang sibuk dan berhabuk di tengah kota mumbai.hidup penuh risiko sebab bila-bila masa boleh dirempuh kereta/lori/motor yang mungkin hilang kawalan ketika membelok. mungkin hanya beralaskan kotak atau surat khabar lama je, tapi masih mampu main kad sambil makan tengahari like no worries at all!!haha this is india!

entri ni macam dah panjang sangat pulak dah aku rasa, padahal banyak lagi aku nak cerita ni.belum masuk cerita tujuan utama.haha ni baru transit, kalo stay 2-3 ari kat sini mau berpuluh entri nak kena tulis.ok lah tu je.
.
.
.
till then
xoxo.




















2 comments:

  1. waduh..kaya tul ambani nih tapi sedih bila lihat kehidupan mereka di bawah jambatan nih

    ReplyDelete
  2. wah laju betul komen!haha tula hidup mereka dah macam langit dgn bumi kot..masa tengok terfikir jugak..apa yg ambani ni fikir masa tengok mereka ni dari atas bangunan mewah dia..hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...