Wednesday, October 15, 2014

foodies@shanghai


makan.makan.dan makan.aktiviti wajib kalau berkunjung ke tempat baru, tak kira dalam/ luar negara adalah untuk mencuba local food!yummeh.sebelum makan memang aku akan snap gambar dulu..hihi entri ni aku buat khas pasal makanan aku makan sepanjang di shanghai.kalau biasa aku buat entri ikut hari, kali ni aku ubah sikit coraknya sebab trip ni adalah trip kerja, kalau nak tulis ikut hari jadi tak best.


chinese style.memang suka makan besar.diorang cakap lebih takpe jangan tak cukup.adalah menjadi satu kesalahan besar yang tak boleh dimaafkan kalau tak dapat bagi tetamu makan sampai kenyang.kalau boleh meja tak nak licin, nampak macam tak cukup makan.pendek kata mereka ni suka membazir.
bukan kami je terkejut dengan makanan yang penuh meja, mamat spain tu pun ternganga...haha nampak lidi bersepah atas meja tu?tu adalah lidi satay kambing yang super lazat sebagai pembuka bicara.sumpah sedap.aku yang tak makan kambing ni pon boleh telan berkoyan-koyan, sampai lupa nak snap gambar.yummeh...meleleh dah saliva aku ni....

roti macam roti arab tu.tapi lembut gila dan ada banyak perisa..onion.nuts.sesame dan banyak lagi tapi aku dah lupa..masa orient trip pon roti ni jugak aku makan.murah dan sedap.bos aku siap beli bawak balik mesia.

ayam masak stim halia.jangan risau sebab restoran ni halal, so boleh la makan ayam.tapi kawan aku memang makan ikan je,was-was katanya.aku? balun saja..yakin sudaa dah halal katanya;p

udang pon ada.ala butter prawn gitu tapi macam tasteless.stail diorang makan memang banyak jenis lauk.jenuh nak cuci pinggan lepas makan haha.

kekacang stim sebagai sayur.mencabar betul nak kepit kacang ni guna chopstick!chinese ni, memang cara makan diorang sihat.memang kurang pakai minyak dan kebanyakannya kukus dan panggang.

pencuci mulut.macam dumpling gitu.makan saja memang tawar.hirisan lada tu la sebagai pemberi rasa.mula-mula takut jugak nak makan risau pedas, tapi bila dah makan..yummeh!

lagi pencuci mulut.macam lempeng telur.rasa biasa-biasa je.

yang ni memang sedap gila.simple je luarannya tapi rasa memang kebaboom.sampai berkali-kali mintak refill.tekstur dia lembut dan ringan.tak tahu lah tepung apa diorang pakai.pencicah tu pulak macam susu pekat je pon.aku panggil kuih dragon ball..haha lupa dah namanya.yang penting makan saja pon sodap;p

hirisan daging masak ala sweet sour.sedap sebab daging dia rebus dulu kot, lembut dan chewy.bila gigit rasa sangat juicy...haha kelass ko maria..kalau bab komen makan memang skil semulajadi..hihi

ni pulak claypot kambing tak salah aku.ke ikan?hehe pon sodap.masak apa aku kurang pasti.

sup wajib setiap kali makan.macam-macam jenis sup ada.sup tomato.sup sayur.sup ikan.

ikan sambal.tak berapa nak kick macam kat mesia tapi masih boleh ditelan.

cuba teka apa ni?mula-mula aku ingat belut kot.aku macam biasa suka nak try makan semua selagi boleh.bila kunyah punya kunyah, apahal liat semacam je belut ni?macam makan getah pon ada.setahu aku belut ni isi dia lembut je.tak puas hati punya pasal,aku tanya si wang ping (chinese guy kemeja kotak-kotak gambar atas sekali),dia cakap ular!aku macam @#@$%!!oemmgieee..

kenapa tak cakap awal-awal!!dia boleh cakap sebab aku tak tanya pon..sigh..moral of da story, kalau curious sangat nak tahu, tanya dulu..jangan makan dulu baru tanya ye kawan-kawan....apa boleh buat lagi, dah selamat masuk perut kot.bertabah jela dan terima kenyataan yang aku dah termakan ular...haha semua hanya mampu gelak bila tengok muka aku dah lain macam.ada pro & cons jugak la bila ko ni jenis manusia yang mempunyai tahap curiosity melampau macam aku.bila kenang balik, ok what...tau jugak rasa ular tu macam mana kan...padahal dalam otak ligat fikir kalau ular tu bercambah dalam perut macam mana??imaginasi melampau kejap 

ok tu je pasal makan yang hard disk aku dapat recall..
.
.
.
.
till then
xoxo.

5 comments:

  1. Kalau restoran halal kenapa hidang ular... Saya suka makan mee tarik bila di China...

    ReplyDelete
  2. tu lah pasal..diorang cakap sebab ular laut..ingat halal macam ikan..haha pengsan dengar.
    aah mee tarik mmg da best..masa orient trip mmg cari mee tarik je.

    ReplyDelete
  3. ya ampun Sai mkn ular!!!!!!! ..omomom terkezut den..ni kes tak tahu lah kan..org tu pulak dh tak tanya dia pun x ckp lah kan...ahahaah...rasanya kalau tahu mmg x kan mkn kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila nak makan kalau dah tahu!.memang tak la...tapi salah sendiri, bertabah jela.masa tu masih naif lg..1st time g obersi katanya..haha

      Delete
  4. Sai .... I rasa bukan Ular , tapi Belut .... sebab belut memang popular di Jepun dan China ...

    So don't worry .... sebab kalau dah Halal, dia orang selalunya Muslim ... and memang tau tak makan ular ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...