Sunday, September 28, 2014

udaipur...city of lakes pt.2

sambungan dari entri pt.1
day2:bangun dengan senyuman;p

haha mana tak senyum, kelas start kul 9.30 pg aka kul 12 tgahari waktu malaysia.puas tido sebab tak yah bangun pagi..tapi bila masuk kelas lemau...first day je la tapi..lepas tu ok je.

masa tunggu taxi datang nak ke kelas, tetiba rasa cam nak kena snap gambar dengan pak cik ikon hotel ni...tradisional rajasthan outfit.yg penting misai tu... A.galak gerak khas pon kalah haha.entah-entah A.galak tu asal dari rajasthan ni kot *just kidding.no offence*..fyi india ni terdiri daripada 28 buah negeri & 7 wilayah kesatuan.korang boleh rujuk sini. rajasthan ni adalah negeri terbesar kat india. ada 32 daerah.ibu negerinya jaipur.udaipur ni pulak salah satu daerah di negeri rajasthan ni..bagi info sikit sekali sekala perlu jugak kan;p


perjalanan menuju ke kelas...


permandangan biasa di sini..keretapi je xde yg duduk atas bumbung, sebab lalu tunnel katanya.caiit baru nak feeling joget-joget dengan srk atas tren cam dalam cerita hindustan tu..hihi lupa pulak tajuk nyer..ada lagu lirik lebih kurang camni;

'chale chaiyya..chaiyya..chaiyya..chale chaiyya..chaiyya..chaiyya' 

wah gittew.. ternyanyi la pulak tetiba...hihi jgn tak tau ak suka srk ni..sempat singgah rumah srk lg okeh masa kat mumbai...nanti ak story dlm entri kt mumbai. tapi aku rasa ada kot org duduk atas bumbung tren kat area lain yg tak lalu tunnel.haha xpuas ati lagi kan...

yeah..ni lah 'heavy trafik' yg dimaksudkan dlm entri sebelum ni..pagi ok lagi la, sebab tak semua yg dah bangun tido, kalau petang balik keje,hurm...jem kat federal pon kalah hehe..aku tau dalam kepercayaan hindu memang something special kot pasal lembu ni tp aku saja tanya diorang...

Q1: why too many cows on the road?can't they tie (ikat la) them?
Mr.Dushyant: here we don't tie them, we give freedom to everybody, including animals 

Q2: hindus doesn't take beef. so the purpose to raise that cow?
Mr.Dushyant: just to take the fresh milk.nothing else.

* aku cam nak tanya byk lg pasal yg minum kencing lembu dll, tp risau isu ni sensitif ..so ak skip*

Q3: Then, what happen to them (da cows) if they die?did u buried/burn them or?
Mr.Dushyant: we just throw into the river.simple.

membazir je buang camtu....freedom la sangat kan.tapi dah kepercayaan diorang macam tu takleh nak kata apa la...majoriti lembu la yg berkeliaran tapi ada jugak kaum minoriti macam anjing,keldai,babi yg berkeliaran macam ni.ak tak tempek gambar kat sini utk yg minoriti.fokus skrg adalah lembu.kang nampak macam hari melawat zoo pulak entri aku ni.

jadi bagi sesiapa yg nak sangat freedom tu, moh le dtg sini;p even hon pon diorang tak bagi kat lembu-lembu ni.heaven sungguh. driver bas ke lori ke motor ke auto ke akan hon sesama sendiri dan bertungkus lumus menggunakan segala skil pemanduan profesional yg ada supaya tak eksiden.

gajah pon dapat freedom jugak...haha pengsan!

see...daif sungguh..sumber air pon masih manual cam zaman malaysia sebelum merdeka dulu.xde paip cam kat rumah kita.fyi penduduk kat rajasthan ni saja hampir 57juta ok..kalau satu india? @#$$ korang kira la sendiri. di udaipur ni saja dah 390 ribu bilangan penduduk nyer.memang padat.ni kira ok lagi ada jugak rumah, ada aku jumpa yang memang takde rumah, tido berbumbung kan langit nan biru & berlantaikan tanah berdebu...waa sadis weh..

yg kaya tu kaya sangat..yg fakir pulak memang fakir habis la...jadi kalau korang selalu je rasa miskin sangat walaupun ada gaji beribu masuk akaun setiap bulan,sila fikir balik, ingat diorang ni,.jadi sila bersyukur dgn apa yg ada.lepas tu mesti hati pon jadi lebih tenang.*nasihat kt diri sendiri*

ok habis cerita sedih.dah sampai dah.ni lah tempat bertapa utk seminggu di udaipur ni.

dewan punye lah besar, peserta 7 orang je kot..3 wakil dari malaysia & 4 wakil dari india.huhu bertabah jela.inilah rutin aku selama 5 hari dari kul 9.30pg -5.30 ptg.habis kelas, diorang bawak pusing tengok tempat menarik & shoppinggg..nanti aku story mori dalam next entri.
.
.
.
till then
xoxo




4 comments:

  1. opss..pak cik misai tu peluk lah...kalau dia peluk JM mmg x kan peluk balik lain lah kalau rupa cam pelakon hindustan ahahah

    rupanya belajar sambil travel lah nih bestnya...jauh tu dorang hantar g belajar..Udaipur sana haa...ckp sleng sikit ahaha

    part rumah SRK tu mmg x sabar nk tgk snbb JM pun minat SRK tau :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..muke senyum terkejut tetiba pakcik misai tu peluk plak haha..suka ati dia je nak peluk bagai...kalau muka iras srk iolls xde la terkejut sgt...hihi

      belajar tambah ilmu yg masih cetek..

      haha tgk pagar rumah pon dah excited..kalau srk jmput masuk tak tau la..pengsan terus gamaknyer;p

      Delete
  2. laju je bila masuk blog Sai ni..dh upgrade sikit eh :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aah tq jm...loading page 2.1s lepas baca entry jm;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...