Wednesday, June 25, 2014

horas Medan!...day 3

cerita day 2 pt2...

morning...beras takde lagi aka berastagi;p hari terakhir di bumi medan.perasaan gembira sungguh sebab dah nak balik malaysia!!yahoooo bangun pagi ni, perut aku dah ok sikit..

pool depan bilik..24hrs.tapi tak sanggup nak terjun sebab sejuk sangat...sebelum gerak ke bandar medan, lebih kurang 80km dari berastagi, bergambar dulu berlatar belakangkan gunung sinabung..


group photo.wajib kata pak lutfi.fantasy holidays....terbaekk;p

harga diesel kat indon. harga 1 liter lebih kurang rm 1.50...mahal?murah?sendiri nilai.

istana maimoon.tak payah pergi pon takpe.xbest langsung.amik gambar dari luar pon ok.sebab dalam istana memang xde apa, ada la potret raja-raja & explaination sikit dari penjaga istana.ak dengar tak dengar je sejarah maimoon ni.entry fee idr5k.

gelap. gambar di snap penjaga istana tu.hampeh. masa kami sampai ni, diorang dah nak tutup utk solat jumaat.petang xbukak dah sebab ada majlis kahwin kerabat katanya.tapi sebab nak gak tambah collection of the day, diorang bagi kami masuk, tapi kejap je la.bosan kot xde apa menarik nak tengok pon. 

institusi di raja kat indonesia ni dah xde kuasa dah.fungsi diorang semata-mata untuk kekalkan adat je.kerabat dok goyang kaki kat istana tanpa gaji.masa nak keluar boleh pulak minta sedekah ikhlas untuk kegunaan istana.sedekah kat masjid lagi bagus daa..

papepon...group photo itu wajib!

 
keadaan sekitar pasar ikan.kecewa gila.aku ingat cam pasar baru kat bandung, rupanya saling tak tumpah macam jalan tar kl je.haha dah la panas, habuk lagi...complete package!terus hilang mood nak shopping.moral of da story, medan bukanlah tempat yg best untuk shopping.sekian.masa tengah pusing2, jumpa la pisang salai cheese made in bandung.borong sakan la sebab nak beli kain,lace memang takde yg berkenan..


fridge magnet...sebab rimas dengan penjual yg asik ikut belakang, akhirnya aku rembat sepaket.ada 10 keping idr50k lebih kurang rm14...



dah penat jalan kat pasar ikan,terus request pak supir bawak g lunch ayam penyet.dah bosan makan masakan minang.

recommended!yummeh

masjid raya al-masyun...antara bangunan bersejarah kat medan.di bina pada tahun 1906 oleh sultan ma'moen al-rasjid perkasa alamsyah.lebih kurang 200m je jarak dari istana maimoon tadi. niat dihati nak lepak santai kat sini sebelum flite ke kl mlm ni...tapi hampa.masjid tengah buat renovation.toilet pon tutup daa...gerak cari masjid lain.

selesai solat semua kat masjid lain yg aku lupa nama apa, terus gerak ke epot.flite kul 9.25pm tapi kul 4petang dah tercongok kat epot.haha bosan yang amat.sebab aku memang amik flite malam kononnya nak spend masa untuk shopping.semua kedai dlm epot tu ak masuk...nak bunuh masa la katakan.

 

oh ye sebelum aku terlupa...epot baru ni tax pon mencanak naik...dari idr75k kepada idr200k uolls..gila la..agak-agak la nak naik pon, epot xde la besar mana pon..angin betul..ramai yg xtau sebab baru je dikuatkuasakan bermula mei 2014

aku pon nasib pak lutfi dah bagitau masa kat lake toba.tapi ok la sebab duit yg spare untuk shopping memang xluak kot.begitulah berakhirnya percutian kali ini.
kesimpulannya...

  • medan tak best
  • berastagi & lake toba agak best tapi kejang bontot nak sampai
  • makan tak se-heaven kat bandung/bali
  • nak shopping?sila ke bandung..
  • setiap pintu kena bayar fee masuk
  • parking tepi jalan pon bayar ok..
  • pasar ikan tak sama macam pasar baru, bandung
  • b1=bian=anjing, b2=babi
  • perlu repeat?memang tak la...
untuk bajet, aku bawak idr 1juta pon xabis...sekian.
.
.
.
till then
xoxo.





3 comments:

  1. CT singgah sini jenguk sebab CT suka travel blog yahuuuu.. CT pun suka jalan-jalan haha fulus saja ngak banyak.. CT follow sini :D
    jemput singgah blog CT yang tak seberapa..

    www.sitiyangmenaip.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam..kami ada menyediakan ground pakej ke medan-lake toba-berastagi dengan harga yang berpatutan dan paling penting kami bawa ke restoren yang halal..korang cuma bawa duit shopping je =)
    whatsapp/message ONLY: +6012-6047593
    ig: @percutianbajet

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...