Monday, May 19, 2014

from kuching with love...part1

15 april 2014
woahhh...luas giler klia2 ni.nak menapak keluar pun boleh tahan jauhnya...bagi warga emas la.aku ok je sebab selalu praktis ukur jalan dalam shopping mall hehe.dengan rasminya...flite pertama aku dari 'the biggest low cost terminal in da world...klia2' adalah ke kuching sarawak.yeahh..tiket return dapat rm63 je ok..tq AA...hihi.2 tahun lepas aku backpack ke sini, tapi kali ni berbeza sebab datang dengan family, so trip ni memang santai habis.lebih tepat lagi trip ni adalah trip jjcm.yummeh;p


 
untuk percutian 3d2n ni, aku stay kat che su homestay.memang aku sangat rekomen.rumah cantik & sangat luas ok.muat je kalo nak masuk 4-5 family.

bilik1: 1 queen, 2 single bed. with attached bathroom. gambar gelap sebab kimera dah low bat, aku lupa nak bawa charger daa;c

bilik2: 1 queen bed, tapi toilet kat luar.ada juga disediakan comforter lebih.

bilik3: 1queen bed.

toilet sangat luas & bersih. ada heater lagi.ada 3 semuanya, 2 kat tingkat atas,1 kat bawah.

see? very nice & spacious living hall...ada astro lagi okeh.heaven;p

dapur pon lengkap.bagi yang nak masak ke apa memang takde masalah.

bilik4:bilik ni kat bawah.juga disediakan comforter lebih.

mesin basuh pon ada uolls.ok berapa ratenyer untuk homestay yang best ni?sangat murah ok...cuma rm250/day... aku sewa sekali toyota unser rm150/day, so senang nak gerak ke sana-sini..so apa lagi?jom kita explore kuching town!!!

#1: Bangunan DUN Sarawak.haha saja aku bawak diorang datang sini sebab bangunan DUN ni memang sangat cantik senibinanya.unik.dulu datang tak sempat datang sini,hanya tengok nun jauh dari waterfront aje..masa tu bajet, masa ada sewa kereta bagai kan..hihi

ok dah penat drive & berpusing di roundabout bandar kuching yang tersangatlah besar dan mencabar skill driving aku, singgah makan kat #2Kopi O' corner yang terletak di tingkat 1, kubah ria medan niaga satok.

tanpa berlengah aku terus order mi kolok special.rasa dia not bad la.tapi aku lagi suka mi kolok goreng kat medan selera kg.boyan.marvelous. gambar terhad sebab kimera aku dah low bat.nak kena jimat..hihi.so aku snap mi kolok ni je sebagai signature dish kat kuching ni.

setel isi perut, terus ke #3 cat museum pulak.kat sini banyak cerita pasal sejarah kucing yang memang aku tak pernah tau kot.best.dapat info baru pasal kuching mengikut pelbagai kepercayaan seperti melayu,cina,iban dll.nak tau, kena datang sendiri la ye.

ada jugak kucing yang diawet.kira macam nenek moyang bagi spesis kucing ni la kot.fyi...bandar kuching ni mendapat nama sempena nama kucing pertama yang menjejakkan kaki di tanah kuching ni...bernama Tom;p

masuk dalam ni handphone & kamera nak kena bayar, kalo nak snap gambar.aku cheapskate, so aku seludup je tak bayar pon.tapi tak amik gambar pon.tapi ada la jugak sekeping dua, pakai henpon je la..hihi

tapakakiku & semua @#4 kuching waterfront

santai pose by mi luvss...muka cuak lepas naik bot penambang rm0.50..i loike, even minyak dah naik pon, tambang bot ni still maintain cam 2 tahun lepas...salute!

motif? sebab berkenan dengan seluar aladdin minah belgium ni..haha


#5 Mira Cake House, Kg.Boyan..yang ni aku respek.dah besar kedai dia...aku datang 2 tahun lepas, diorang jual kek lapis ni kat stall je kot.tapi memang kek lapis masam manis dia lagi lembab dan sedap compare to dayang salhah.

maka berakhirlah tour untuk hari pertama kat bandar kuching ni.lepas tapau makan malam kat food court kg.boyan, gerak balik homestay.....zzzzz


.
.
.
till then,
xoxo.

5 comments:

  1. Salam Sai...lama dia x update blog...kepingin JM nak baca entry baru...bercuti ke Kuching rupanya..
    Kalau ke sana haruslah sewa kereta kan baru berbaloi..pastu plak pegi Family trip lagi berbaloi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..haha bz baca entry jepun jm...xpuas.best..bila la nk sampai jepun ni;p

      Delete
  2. Seronok tgk sai jln2.. Merate gi.. Teringin.. Kita takat bandung, kk, hcm je dh..bnyk tmpt lg belum gi..

    ReplyDelete
  3. Seronok tgk sai jln2.. Merate gi.. Teringin.. Kita takat bandung, kk, hcm je dh..bnyk tmpt lg belum gi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan, sy pon baru mula je...tapi kalau dah minat tu, memang akan cari jalan jugak nak escape!hehe bukan tempat yg penting...perjalanan tu yg priceless...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...