Tuesday, March 25, 2014

penyucian jiwa ditanah suci...pt.5

entri pt.4...

15 mac 2014; free & easy

usai solat subuh berjemaah di masjidil haram yang ganjarannya 100000 kali ganda dari masjid lain, terus gerak balik hotel untuk breakfast dan rehat.hari ni free & easy je. time to recharge energy balik, sebelum aktiviti ziarah esok.cuaca kat mekah berbeza dengan madinah.madinah lebih sejuk & nyaman udaranya.mekah ni agak panas dan berhabuk teruk akibat daripada heavy contruction yg sedang rancak dijalankan sekitar masjidil haram. so mask is a must!



16 mac 2014; ziarah luar & umrah kali ke-2


#jabal thur

sejarah ringkas pasal bukit ini ialah pernah menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW & Saidina Abu Bakar sewaktu penghijrahan dari mekah ke madinah. masa ni geng kafir quraisy mekah nak bunuh Rasulullah SAW sebab risau dengan pengaruh ajaran islam di kalangan penduduk mekah.

abu jahal la bagi idea untuk bunuh Rasulullah SAW.diorang kepung rumah baginda.masa keluar baginda ambil segenggam pasir lalu dibacakan ayat 9 surah yassin yang bermaksud;

"Dan kami adakan dihadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat"

dengan izin Allah SWT, baginda selamat keluar dan terus gerak ke madinah bersama saidina abu bakar.on the way, jumpa bukit ni, singgah untuk berlindung.masa naik kaki baginda melecet dan dipapah abu bakar sehingga jumpa sebuah gua atas bukit ni.masa kat dalam gua ni baginda terlelap di riba abu bakar.waktu baginda sedang tidur tu, abu bakar kena patuk dengan ular berbisa/kala jengking...xsure sebab banyak versi penceritaan...

sebab tak nak Rasulullah SAW terjaga, saidina abu bakar tahan je sampai akhirnya jatuh air matanya ke pipi Rasulullah SAW. selepas diceritakan saidina abu bakar, baginda terus ludah ke kaki sahabatnya itu sambil baca al-fatihah.dengan izin Allah SWT, terus sembuh.tu lah sedikit sebanyak ceritanya...nak tau lebih boleh gugel..

#padang Arafah
padang Arafah dari kejauhan...

destinasi seterusnya di luar tanah haram iaitu Padang Arafah yang jaraknya kira-kira 18km dari kota mekah.
bagi jemaah yang melaksanakan ibadah haji, mereka dikehendaki berkumpul di sini sekurang-kurangnya sebelum atau di awal waktu zohor 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

wukuf diwajibkan bagi jemaah haji kerana ia adalah detik kemuncak dan merupakan syarat utama sah haji.wukuf di padang yang tersangat luas ini seolah-olah menggambarkan keadaan manusia di padang mahsyar kelak.Allahuakbar...

kami tak berhenti pon, sekadar melihat melalui tingkap sewaktu bas melalui kawasan tersebut. Sambil membayangkan betapa besarnya rahmat Allah pada hari wukuf, aku berdoa semoga dipanjangkan umur dan dapat kembali untuk menunaikan haji...insyaallah.

#jabal Rahmah
 

jabal rahmah ni terletak di sekitar padang arafah.merupakan lokasi penting yang menyaksikan pertemuan di antara Nabi Adam AS dan Siti Hawa setelah beratus tahun lamanya terpisah kerana ingkar dengan perintah Allah serta terpedaya dengan hasutan iblis maka mereka pun makan buah khuldi yang terlarang dan dihantar ke dunia.

tempat ni telah dijadikan tempat untuk bermohon jodoh rentetan peristiwa itu. tapi sebagai umat islam yang percaya bahawa Allah itulah satu-satunya tempat untuk kita bermohon, maka pohonlah kepada Allah SWT dan bukan jabal rahmah ni. lebih afdal kiranya doa disampaikan sewaktu berada dihadapan rumah-Nya Kaabah dan di tempat-tempat yang mustajab doa contohnya di multazam, antara hajarul aswad & pintu kaabah.

tapi aku panjat gak bukit ni,hihi saja nak ambil feel...

#Mina
nampak atas bukit tu?kat situ penempatan golongan diraja Arab Saudi di Mina waktu musim haji...sila jangan mimpi nak satu khemah dgn kerabat okeh...kita golongan kebanyakan ni dok khemah putih tu je.

khemah putih ni kalis api tau..

#masjid Ja'ranah

lepas setel ziarah, kami singgah di masjid ni untuk niat umrah kali ke-2 dan solat sunat ihram. masjid ni memang menjadi lokasi tumpuan bermiqat walaupun  lokasi miqat ini adalah yang paling jauh jaraknya dengan masjidil haram, kira-kira 16km. setelah selesai semua,tanpa berlengah kami gerak balik untuk ibadah umrah kali ke-2 ni...
.
.
.
till then
xoxo.










2 comments:

  1. Memang betul..Jabal Rahmah mmg sinonim dengan tempat org berdoa agar cepat di pertemukan jodoh. Ramai rakan2 JM kalau ke sana yg belum berkahwin dah berniat nk berdoa di Jabal Rahmah katanya..

    Sai ada doa kat sana x?..hiks..mestilah ada kan..tak kan nk kabor kpd semua org heeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...