Monday, March 24, 2014

penyucian jiwa ditanah suci...pt.2


11 mac 2014;

ni la tentatif program selama 5d4n kat kota madinah al-munawarah ni...semalam sampai airport, terus naik bas pulak dlm 30-40minit bergantung pada trafik la...untuk ke hotel.kat sini kami stay Mubarak Silver Hotel, bilik berlima, jalan tak sampai 5 minit dah sampai masjid nabawi...

                  

usai solat subuh, gerak balik hotel, breakfast dulu sebelum program ziarah dalam...jangan salah faham pulak, ziarah dalam ni bukan pergi jalan-jalan melawat kota madinah ni, tapi ziarah maqam nabi kita Muhammad s.a.w.aka raudhah (taman syurga).ziarah dalam masjid nabawi la maksudnya...sebab maqam nabi ni terletak dalam masjid ni. so xpayah la aku nak cerita panjang.boleh refer buku panduan je pasal doa ke adab ke dll masa di raudhah ni.


ziarah #1:  maqam Nabi Muhammad s.a.w & 2 sahabat

nampak kubah hijau tu? bawah tu la maqam nabi kita...tengok la betapa ramainya manusia dari seluruh pelusuk dunia yang datang nak menziarah....maqam nabi bersama 2 sahabat beliau, Saidina Abu Bakar as-siddiq & Saidina Umar al-khattab.bukan senang nak masuk kat sini.bagi kaum hawa ada masa tertentu sahaja boleh masuk sini. biasa aku masuk lepas subuh...pintu akan dibuka bermula jam 7-9 pagi.kaum adam boleh masuk anytime.

bila dah masuk jgn lepaskan peluang solat di raudhah & berdoa...tempat makbul doa ni.memang agak mencabar tapi tawakal je la, minta tolong dengan Allah s.w.t mudahkan segalanya, insyaallah.banyakkan sabar & istighfar...kerana masa menunggu nak masuk paling cepat lebih kurang 2 jam ok...sila bertabah disitu. aku sempat ziarah 3x je sepanjang 5 hari disana...syukur alhamdullilah.tak sabar nak ziarah lagi...


                                      
ziarah #2:  perkuburan Baqi'- sebelum & selepas dipagar

lepas setel kat raudhah, keluar ikut pintu no.19, betul-betul sebelah perkuburan ni. kaum adam boleh masuk 1 jam selepas waktu subuh dan asar. perkuburan ni terletak di tepi sebelah kanan masjid. menempatkan kuburan isteri,puteri & sahabat nabi Muhammad s.a.w.penduduk madinah dan jemaah haji dan umrah yang meninggal di madinah juga akan dikebumikan disini.kaum hawa tak boleh masuk sini.so tengok dari luar je la...selebihnya, waktu persendirian, sila gunakan dengan bijak..jangan asyik sangat 'melontar' sampai lupa tujuan utama ke kota suci madinah al-munawarah ini...

.
.
.
till then
xoxo.




1 comment:

  1. Hahahaha....JM salah faham ingatkan baru nak pergi ...rupanya dah balik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...